Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V June 2013 ~ olahbersama® Blogger Widgets

June 29, 2013

0 Comments

Chapter 20 || Akad Jual Beli Islam

| Posting by: jie |


Bismillahirrahmanirrahim,

Aku dapat info ni dari blog kakikusukaberjalan. Rasanya elok jika dibuat peringatan untuk diri sendiri jugak. Boleh tengok blog dia kat sini

Malas nak taip balik so aku copy paste je..sebab ayat beliau dah menerangkan semuanya. Sama-samalah kita mendapat manfaat darinya. 

"Perkongsian Ilmu Seciput: Akad jual beli (Online Shopping) di sisi Islam


Jika online shopping, AKAD JUAL BELI hanya boleh berlangsung selepas barang sampai 
kpd pelanggan. dan saya sangat hargai kalau customer dapat barang, msg ckp brg dah sampai dan 
kita sama2 akad jual beli. insyaAllah, ada barakah utk kedua belah pihak.


Untuk mulakan bisnes, selain belajar selok belok ilmu accounting, margin keuntungan, 
kos overhead semua, jangan lupa ilmu jual beli di sisi Islam. aplikasikan Islam dalam setiap 
urusan hidup dan semoga kita berkat dunia dan akhirat. :)"

#ILoveISLAM! :)


June 28, 2013

0 Comments

Chapter 19 || Homemade - Frozen carrot yo..

| Posting by: jie || Photo by : jie & FB Izyan Masterchef |


Bismillahirrahmanirrahim,

haritu tengok pos Izyan Masterchef kat FB dia....ada yang tak kenal ke? kalau tak kenal, nak habaq mai la ni..Izyan ni juara Masterchef musim kedua. Lama dah la...dia ni Geologist..nak elaborate banyak-banyak aku pun taktau banyak pasal background Izyan nih..

eh banyak plak aku taip perkataan banyak ni...malas cakap banyak (banyak lagi..lempang kang), korang pi la terjah FB dia kat SINI.

Dalam page dia tu, Izyan ada share nak buat kiub ais pudina macam gambar kat bawah ni. Pada aku best jugak idea tu sebab kita bukan nak makan pudina tu banyak banyak sekali hadap. So cara ni memang bagus la yang aku pun macam tak terfikir plak sebelum ini..


Ni idea Izyan Masterchef.

Aku selalu masukkan elemen carrot dalam makanan untuk Zahra. Cuma kadang-kadang aku rasa agak leceh sebab carrot ni lambat sikit lembut dan sukar nak simpan. Sukar pada aku sebab sekali guna untuk masak bukannya banyak. Bila dah 2 hari, carrot pun kecut dan aku pun tension. So En. Edi telah sarankan aku buat konsep ni..Eh, apsal aku tak jumpa dulu idea ni? apsal apak ZZ plak ni? why why why...

So aku pun memulakan kerja-kerja seperti Izyan ini. Cara-cara pun lebih kurang cuma pudina tukar jadi carrot.



Carrot yang telah disagat. Ni kerja En. Edi la letak kat atas papan pemotong ni. Suasana sebenar yang telah disagat  tak la se'seni' itu ya puan puan.


Masukkan dalam bekas 'tipuware' untuk kiub-kiub ini. Beli kat giant je 2 pcs dlam RM4.99 tak silap. Ada lid lagi tau. Dah letak carrot masukkan air. Simpan dalam freezer.


Tadaaa...!!! Setelah di 'frozen' kan..Comel kan kakton....Keluarkan dari bekas tadi dan boleh simpan dalam 'ziplock plastic' ataupun bekas lain. Proses masak pun boleh jadi cepat, pastas dan tuntas!! 



Kesimpulannya,  aku rasa puas hati dengan cara ini sebab bila nak guna just ambik 1 kiub dan masak. Carrot pun masih segar lagi even dah seminggu dalam freezer. 

Just a friendly reminder, ni aku buat untuk Zahra yang dah ada 6 batang gigi. Untuk yang takde gigi better buat puri je. Senang baby nak hadam sebab carrot ni banyak serat..susah sket baby nak hadam. Kalau tak caya cuba tengok poo poo baby..Kalau dia makan carrot, mesti hasil buangan tu boleh nampak carrot jugek...

Nanti nak cuba yang lain plak. Brokoli ke, bunga kobis ke, apa-apa saja...

ok bai!




June 27, 2013

0 Comments

Chapter 18 || KFC Anniversary Flask satu!!!!

| Posting by: jie || Photo by : KFC & jie |


Bismillahirrahmanirrahim,

Mula-mula tengok promo ni macam takde perasaan je. Tapi bila nak gi makan KFC, ternampak la pulak..pastu rasa macam wahhh..mesti ambik ni...tak kira la dah ada thermos ke tak ada lagi..aku nak jugak!!!







Sebab aku suka sangat so aku upload 2 gambo skali..haa.haa..haa....hamik kau...

Masa nak beli tu, budak kaunter tu tanya aku..akak nak kaler apa?

aku baru nak buka mulut MMM...

adik tu: akak, merah dah habis ye...
aku: hah? apsal dah habih?
adik tu: sebab ramai yang mintak kak.
aku: oh..bak mai hitam ngan light brown tu..ahkak nak tengok..

huhu...last-last aku pick up yang ni je..jadilah. dari harga asal RM 89.90..mana nak dapat hoiii murah macam ni..siap ada cop KFC lagik...En. Edi kata hitam cantik tapi ai tak fedulik..ai nak light brown jugek..



close-up sket tunjuk cop kfc..

so apalagik..ibu ibu boleh dapatkan sekarang..tapi aku tak la collect all 4..satu pun jadilah..malas nak tamok halobaa sangat...sebelum kena sound dengan apak ZZ baik aku duduk diam-diam...

ok bai!


June 26, 2013

2 Comments

Chapter 17 || Syura Juara Masterchef Selebriti #2

| Posting by: jie || Photo by : Others |


Bismillahirrahmanirrahim,

Well, Program masterchef selebriti musim #2 telah melabuhkan tirainya semalam. Suka suka suka sebab syura menang!! Berbaoi dengan penat lelah, dapat sumbangkan RM 60,500!!! dan dapat free honeymoon dalam flight yang best pulak tu...ai is sukaa!!!



En. Edi suka Celina memang sebab dia kata Celina muka terlalu innocent. Kesian tengok muka dia bila judges tgh rasa masakan dia kan.. Laki ai tak sampai hati bila tengok Celina kalah. Oh kalau begitu saya boleh katakan anda memang tidak layak menjadi juri masakan ini kerana anda mudah kesian. Competition no kesian kesian hokayyy....




So far aku memang suka sebab Syura menang dan suka sebab rasanya ramai tak tak expect yang Syura akan memang. She's like nobody when the programme starts. Macam takde aura untuk memang..Melihat dari skill masing-masing mula mula aku expect Celina & Shani akan ke final...rupanya satu je betoi..

Tapi betul la kata judges...Dalam masterchef, apa pun boleh terjadi. Campur lagi dengan watak watak yang ditunjukkan dalam tu..yang emo la...yang annoying la...yang bajet retiss la..yang humble la..semua rencah ada...

Congrats to Syura. Welcome to the new world..bila tengok dish Syura semalam rasa macam besttt sangat.  Personally presentation memang meletoppsss.... mak tak mampu nak buat gitu hokayy...

Appertiser. Oh menariknya. Memang membuka selera mak.

Main Course. Aku teruja dengan sayur ja...tapi memang brown sauce (ye ke??)tu sikit..
Untuk aku memang tak cukup

Dessert. Nampak simple tapi judges kata sedap.


Dish Celina pun tak kurang hebatnya..sebagai penggemar steak, aku nak jugak rasa steak Celina ni...

Appertiser. Nampak Refreshing. Sebab ada elemen dragon fruit ittew..

Main Course. Kalau aku, mungkin licin sepinggan

Dessert. Presentation Comel!!


Tapi kalau mak masuk masterchef mungkin juga boleh jadi begitu..hew hew hew...kalau tak terkeluar awal la....huh..

ok bai!


Gambar kredit to En. GOOGLE.

June 24, 2013

0 Comments

Chapter 16 || Homemade - Pasta For Baby Zahra

| Posting by: jie || Photo by : jie |


Bismillahirrahmanirrahim,

Aku pernah cerita yang Zahra dan pasta memang ngam sangattt...so aku memang selalu buat pasta untuk selang-selikan menu dalam diet harian Zahra. Nasi, pasta..pasta, nasi...itu sudah pasti...

Tak tahu sebab apa zahra suka pasta..mungkin sebab aku pun suka kot..Wallahua'lam.

so aku nak tunjuk few pasta that I have made for zahra. Enjoys.


Pasta grain animal. Rebus pasta dan brokoli sampai lembut. set aside. panaskan kuali, masukkan stok ayam, tepung atta untuk pekatkan kuah. tuang atas pasta. Ready to eat.

Rebus pasta ABC, set aside. Tumis bawang holland & putih, masukkan stok ayam. Masukkan ayam, sayur sesuka hati (aku letak carrot, brokoli, tomato) dan masukkan pasta dalam tu. Siap!!

Ni pasta ABC. Comel2 je ..aku beli dekat Tesco. Lagi snang tak payah nak potong segala.

Rebus pasta, potong2 dengan gunting, set aside. Tumis bawang merah & putih, masukkan ayam/ daging, masukkan stok ayam/ daging> masak smpai empuk dan masukkan sayur (aku masukkan sawi yang dihiris halus time nih). Kemudian last masukkan tepung atta dan masukkan balik pasta ittew. Jadilah carbonara versi Zahra..

Pasta Bolognese versi Zahra. Pasta rebus & set aside. Tumis bawang, masukkan stok ayam. Masukkan puti tomato, celery, bunga kobis dan lat masukkan salmon. kacau bagi hancur, masukkan cheese and ready to serve.  Tuang je atas pasta tu supaya nampak macam sedap...



ni sama je macam bolognese cuma aku guna pasta ABC dan asingkan kuah. Sebab version ni aku buat kuah lebih macam stew gitu dan aku guna ayam pulak..


Selalunya resipi lain lebih kurang sama je aku buat. Tukar-tukar. Macam ayam, daging aku suka guna yang raw tapi carrot, tomato, stok ayam/ daging aku suka buat puri/ frozenkan. Nanti aku tunjukkan pula cara simpanan puri/ stok ayam.

Normally, Zahra akan bangun awal . Paling lewat pun pukul 8.30 pagi..So mak takde masa nak berangan duduk atas tilam smpai pukul 9  pagi..hahaha...bangun je  mesti kena pikir nak masak breakfast apa untuk Zahra and not forgetting abg long and ayahnya. Selalunya kalau ada bahan even very minimum pun still boleh masak bodo-bodo je..Bila dah terdesak baru keluar gi makan roti canai/ nasi lemak. 

Untuk Zahra, aku akan goreng fresh potato untuk bekal dan makan di gerai. Kadang-kadang 'ter'masuk la jugak nasi lemak kosong ke mulut Zahra but aku memang minimumkan semua tu dengan memberi supply makanan, minuman dan susu yang secukupnya untuk dia.



Well, itu saja. Bai!!





June 21, 2013

0 Comments

Chapter 15 || Tutorial : Nak add skrip fade-out page dalam blogger

| Posting by: edi | 


Bismillahirrahmanirrahim,

Ini adalah tutorial camna nak buat page fade-out effect yang mana ianya antara cosmetic change yang kita boleh lakukan utk mewarnai blog kita acceh ceh... ayaaat.  Waktu kita klik paultan pautan spt tajuk pos, label pautan, arkib, pautan navigasi, dan lain-lain page kita nampak seolah olah fadding out a lil bit second page lita tu, ngomong jowo lagi aku... camtu laa lbih kurang. 

Boleh rujuk page ni tuk demo

STEP 1

  • Log in blogger 
  • Pi kat Template > Edit HTML


STEP 2
  • Blogger yang baru ni dah takyah klik expand dah
  • Klik je tang mana2 dalam area skrip HTML tu
  • teakn Ctrl+F
  • Taip </head> dalam kotak search field tu 



STEP 3
  • Masukkan skrip berikut betol2 kat atas line </head> tadi (seperti yg dihilghlight kat pic atas tu)
___________________________________________________________________________________
<script src='http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.8.2/jquery.min.js' type='text/javascript'/>
<script type='text/javascript'>
//<![CDATA[
$(document).ready(function() {
$("body").css("z-index", "-10");
$("body").fadeIn(0);

$("a").click(function(event){
event.preventDefault();
linkLocation = this.href;
$("body").fadeOut(500, redirectPage); });
function redirectPage() {
window.location = linkLocation;
}
});
//]]>
</script>
<style>
html {
background-color: #F2F2F2/* Color fading */
}
</style>
_________________________________________________________________________________________________

STEP 4
  • Klik Save Template, then terpulang nak view terus blog hangpa ka nak tunggu tahun depan nak tgk balik.. 
So setle, membantu tak? oh lupa utk  Color Coding (in green) dlm coding tu bolehlaa diganti dgn color code yg lain. yg ni kaler grey. kalu masih tak phm sila baca balik STEP 1, hehehe...

selamat mencoba!

June 19, 2013

0 Comments

Chapter 14 || Homemade scone yo..


| Posting by: jie || Photo by : edi | 



Bismillahirrahmanirrahim,


Aritu sempena hari bapa ingatkan nak buat roti. Well, bukan semua orang rajin buat roti tau..same goes to me..rasanya last buat roti masa zahin kecik lagi kot. Nasib baik tak beli breadmaker..Kalau tak mungkin dah jadi gajah putih kat stor belakang. Pastu mesti kena bebel sebab membaziaq membazir !!!

Aku first nampak resipi ni cari page JintanManis. Banyak resipi best-best kat sane..Since I am still preparing foods for Zahra, there is a lot of recipe that i can try out..hehe  

Bila ada resipi scone dari page tu dan dia gunakan tepung atta sebagai salah satu ingredient, aku terus rasa nak cuba. Tapi dah lama la perasaan rasa nak cuba tu..Buatnya tak jugak. haha..

Kalau nak resipi asal boleh ambil dari page JMC ni k...cuma aku nak cerita yang aku modify sikit resipi ni untuk Zahra. Ikutkan aku buat satu adunan tapi aku pecahkan untuk aku ngan Zahra. Bila dah namanya untuk Zahra, of course aku skip gula garam bagai..


Pada aku untuk Zahra punya ada rasa manis kurma tu tapi light saja..itu ikut suka nak manis mana...different sikit la dari mana-mana teething biscuit dia sebelum ni. 

Bila ayah dia rasa, pastu kata ' next time boleh kot letak gula sikit..'
Aku kata 'Nehiiiiii....banyak lagi benda manis yang natural bole bagi'..



Chocolate Chips Scone (tepung atta) -RESIPI ASAL
Sumber resepi: Jintanmanis.com

Bahan-bahannya
150gram tepung atta
115gram tepung gandum
70gram mentega
50gram gula  - ganti puri kurma untuk Zahra
1/2 sudu kecil garam - ganti cheddar cheese untuk Zahra
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
sedikit coklat chip - tak letak untuk Zahra
50ml susu segar

Cara-caranya
1. Mula-mula cairkan mentega di dalam kuali atau microwave, kemudian pukul telur dengan menggunakan garpu, asingkan 1 sudu besar telur yang siap dikocak tadi ke tepi, telur yang di asingkan ini akan digunakan untuk gliss pada permukaan scone nanti.

2. Didalam bekas adunan, masukkan tepung atta, tepung gandum dan baking powder, kacau sebati menggunakan sudu atau senduk kayu, kemudian masukkan garam, gula, butter yang dicairkan tadi, gaul sebati adunan , selepas itu masukkan susu segar, uli sehingga menjadi doh.  - Aku masukkan tepung atta, tepung gandum, baking powder, kacau sebati. kemudian aku masukkan unsalted butter, gaul2 sebati sikit. Masukkan susu segar, uli sikit sikit dan split 1/3 untuk Zahra.

3. Adunan aku - aku masukkan gula 30 g, garam sikit dan uli lagi...kat sini aku derhaka sikit sebab rasa macam tak cukup cecair so aku tambah sikit lagi butter dan susu segar. uli uli uli dan terus ke step 5. 

4. Adunan Zahra, aku tambah 2 sudu besar puri kurma dan satu sudu besar cheddar cheese. Uli sampai lembut. kemudian aku simpan dalam peti ais dan terus ke step 6. 

5. Akhir sekali masukkan coklat chip dan uli lagi,balut doh dengan plastik wrap dan perap adunan selama 1 jam di dalam peti ais.

6. setelah diperap, terap adunan, ketebalan lebih kurang 3mm ke 4mm, ambil acuan bulat dan tekap, ulang langkah tadi sehingga adunan habis. Susun scone di di atas dulang pembakar dan gliss permukaan scon dengan baki telur tadi, bakar pada suhu 180darjah selama 20 minit atau sehingga permukaan scone perang. Selamat Mencuba.


In the making..Yang ni Zahra punya..


Setelah dimasak...yang ni mak pak Zahra & Zahin punya...

Boleh buat gift jugak..coklat chip ni sukati nak banyak mana..


Satu untuk kau satu untuk aku..yang Zahra punya ada rupa macaroon pun ada..tapi itu bukan macaroon ..ai tak rajin you...



June 18, 2013

0 Comments

Chapter 13 || Zahra enjoys her steps all the time...

| Posting by: jie || Photo by : edi | 


Bismillahirrahmanirrahim,


Sedar tak sedar Zahra dah satu tahun 4 Jun yang lepas. To be exact, Zahra lahir pada pukul 5.19pm di Pusat Perubatan Az-Zahrah, Bangi. Kenapa di Bangi?? Sebab aku nak Zahra lahir di situ. Kenapa? Sebab kat situ ada doc wanita yang aku suka dan senang dengan dia. Alhamdulillah, di dalam kekalutan masa nak lahirkan Zahra, doktor yang sambut tu sangat tenang...Dalam labour room pun kita diperdengarkan dengan ayat suci Al-Quran. Oh sepatutnya memang rasa sangat damai di situ. 

Masa aku tengah sakit contraction dalam wad, ada staff yang datang dan bersembang-sembang dengan kita, bagi tazkirah dan bacakan doa. But untuk aku yang tengah sakit sangat masa tu, "Sorry, ini bukan masanya..jangan cakap, jangan sentuh..biarkan ku sendiri...." kahkah ...

Ok..berbalik kisah Zahra..Dia lahir kecik sikit dari Abg Longnya..2.7kg. The next day petang dah boleh discharge...Balik rumah dan esoknya terus ke kampung berpantang yo..

Dalam tak sedar sekarang dah setahun...dah banyak akal...Yang paling penting Zahra dah start berjalan sehari sebelum hari lahirnya, hari yang ke-365!! Yes  I am impressed sebab Abg Long jalan pada usia 1 tahun 3 bulan. but don't worry, WE LOVE YOU TOO ZAHIN!!

Update Zahra:

1. Dah boleh jalan sendiri.

2. Dah ada gigi 4 batang atas dan 2 batang bawah.

3. Masih menyusu susu ibu. Syukur Alhamdulillah. 50% mission accomplish.

4. Masih makan homemade solid food. Syabas untuk aku yang kurang rajin ni.

5. Dah boleh mumble talk. Tata, Ta tih, Yaya, Ayah, teddy, mama, yang lain bahasa dia je yang tau..

6. Very the western. Suka makan pasta dari nasi. Suka pisang, mango, apple. Suka makan lempeng kosong, pisang, kurma. Pendek kata selera lebih kurang aku la...cuma bezanya aku suka semua..eh

7. Sangat suka dengan Abg Long. Bila balik dari rumah babysitter dan nampak Abg Long sure jerit..jerit suka!! yak yak yeaa....
8. Suka mandi. Suka masuk bilik air. Hmmm, part ni yang kena banyak jaga-jaga. bila dah pandai jalan ni lagi la...bila dapat masuk, happy giler..ntah apa yang happy pun tak tau...

9. Bukan jenis duduk diam. Pantang nampak baju dalam drawer. Habis dikirai satu-satu dengan tunjuk ajarku sifu abg longnya ittew...

10. Kalau tengok food yang dia takmo, buat bodo je...kalau berkenan, memanjang je cakap NAK....NAK..aritu gi Econsave dia nampak pasta yang promoter masak terus jerit macam tu...ai segan tau kat promoter tu...

Cukup la 10 tu..Untuk ingatan diri sendiri dimasa depan. Well, abg longnya dulu pun setahun dah petah bercakap. sekarang dah 3 tahun 4 bulan tapi cakap macam orang tua kadang-kadang. 


Zahra yang suka berjalan. Suka pakai kasut jugak.

Suka buka kabinet bawah dapur. Apa jumpa semua masuk mulut.
Yang slalu jadi mangsa potato and bawang besar.

Celik mata, kasut. Main, kasut. Tido, kasut. 

ok bai. 


June 17, 2013

0 Comments

Chapter 12 || Cheezy Pumpkin Nugget yo..

| Posting by: jie || Photo by : edi | 



Bismillahirrahmanirrahim,


Bila iolls jadi chef uolls on the spot tukar jadi kak senah...hehe

Bila weekend menjelma, ai kena buat breakfast untuk Zahra. Dia celik je mata golek golek trus nak makan. So kena buat cepat ..Kalau tak banyak la yang asik tak kena dengan dia. Kang habis dia buka kabinet capai bawang capai kentang..Silap haribulan memang masuk mulut..Well, Zahra pernah gigit bawang merah, gigit kentang yang belum masak..Protes letteww....


This is another recipe for Zahra. Buat sebab nak habiskan stok labu di dapur. Resipi asal aku ambil dari Group Homemade Solid Food For Your baby (HSFFYB) di FB. Sapa-sapa yang nak tengok resipi-resipi lain boleh like  kat SINI.



Bahan-bahan:
1. Labu steam atau puri labu
2. Broccoli floret 
3. Celery racik racik
4. Tepung Atta
5. Cheese
6. Telur
7. Breadcrumb

Cara-cara


1. Campur semua item 1-4. Kalau uolls nak tambah sayur2 lain pun boleh..sweet corn ke, bunga kobis ke...amaun pun ikut suka..ai is campak2..tapi pastikan portion labu lagi banyak..kalau tepung atta lebih kena taruk nama resipi lain..hehe

2. Bila dah sesedap rasa uli, ambil sikit, gelek2 dan letakkan cheese kat dalam..jus imagine macam buat cucur badak ke, cek mek molek ke..asalkan cheese duk kat dalam lah..macam aku letak shredded cheddar cheese..sbb tu je yang ada kat dapur.

3. Bila dah siap, celup dalam telur dan golek-golek dalam breadcrumb. breadcrumb tu pun homemade ye..

4. Goreng/ bakar je..macam aku buat ni aku shallow fried dengan olive oil.

5. Breakfast is ready!!!!



Untuk Zahra kena lembut sikit. Senang nak kunyah dan telan. 

Buat macam cek mek molek senang nak pegang..

Boleh guna cheese lain. Macam aku shred agak kasar so cheese tu tak melt sangat. Belasah la labu..janji labu..

Untuk abang dan ayahnya aku tambah lagi tepung bagi keras sikit dan buat bulat-bulat macam fishball..Gambar lupa nak snap..


Selamat Mencoba!!
0 Comments

Chapter 11 || hari bapa sebagai seorang bapa...

| Posting by: edi || Photo by : edi | 


Bismillahirrahmanirrahim,

Ada ka hari bapa sebagai seorang ibu?... hahahahaha dah tentula ada... gelak dulu baru bagi fakta. Kalu ibu tunggal, dia laa ibu dia laa bapa so akan smbut 2 kali tiap may & jun.. 'rugget' kan?.. tp mmg respect pd mereka yg punya keadaan spt tu.

Bagi aku petang marin, nak habaq mai, aku bw laa anak2 n ibunya skali (sbb ibu dia yg teringin) tuk layan main2 di playground Antara Gapi, Serendah. tenang dan selesa tuk bawak anak2 nak bersiar2 secara santai. tempat tak laa besaq sangat, ak laa simple.. boleh laa.. 


dari pandangan galaxy note aku

Lagi dari pandangan gajet yg sama..


tapi jgn tktau Zahin tak berani nak masuk kolong2 tu, katanya gelap.. ada skali tu dialog ni kluaq dari mulut Zahin pd seorang kekanak yg mungkin setahun dua ja tua dari dia..

ZAHIN : kakak..kakak.. masuk laa situ (sambil mnunjukkan salah sebuah kolong)
KAKAK : tanpa suara ..(geleng kepala)
ZAHIN : ala kakak masuk ja, tak takut pun.. nnt kluar situ (smbil mnunjukkan jalan kluar  
kolong tu)

dalam hati aku, pndai tol drama anak sulong sorang ni.. tang dia tak berani pun..hihi

dalam masa sama si adik, Zahra pun mnunujukkan skillnya bjalan tanpa dipimpin.. laju ja.
mmg happy sangat dia...



Zahra terkedek kedek...


Ini la kolong yang aku maksudkan...



beberapa momento yg sempat dirakam... sempena hari bapa...


Zahra, enjoy her ride

Time ni Zahin tak tgk bnd lain dah...

Happy ja muka...

Main kot lerah ni ja, masuk kolong blom berani

Adik Zahra, punya lama syok main buai..

Baru nak start tunjuk skill...

Penat bjalan, meniti pulak...

June 14, 2013

0 Comments

Chapter 10 || Cheezy Dates Pancake yo..

| Posting by: jie || Photo by : jie |


Bismillahirrahmanirrahim,

Bertemu lagi kita di siaran Kak Senah.

Hari ni nak habaq mai satu lagi resipi yang aku selalu buat untuk ZZ. Resipi yang senang jugak. Campak- campak dan ‘eh! Dah siap?’ Arghhh…seperti tidak percaya di situ..resipi apa?? Hmm..lempeng saje….

Lempeng ni aku selalu buat time dinner or breakfast tapi lagi banyak time dinner..Sebab? Zahra dah lunch and dinner (6.00 petang) di rumah babysitter dan malam snacking saja cukup lah..same goes to zahin yang makan punyalah banyak di rumah babysitter sampai tak mau minum susu langsung. Bila malam hanya nak susu..susu..susu..jadi meal ini pada aku sangatlah baik dan berkhasiat untuk ZZ.

Ok..takmo mukadimah sangat. Gambar actually pernah upload di FB.

Bahan-bahan :

3 biji kurma direbus lembut / puri kurma
1 tsp cheese
3 tbsp Tepung atta
Air secukupnya


Gaulkan sebati semua bahan. Masukkan unsalted butter sikit dan lempengkan. Aku suka guna non stick pan so tak perlu guna minyak/ butter banyak sangat. Bila dah masak boleh masukkan ke dalam mulut. Hehe. 

Kadang-kadang terasa rugi sebab lambat cari ilmu pasal ni. Kalau tidak tentu dah macam macam resipi aku buat untuk Zahin dulu. Tapi lempeng ni memang sedap di tekak orang dewasa jugak sebab kurma yang manis dan cheese yang berlemak. 


Lempeng ZZ
Nak bukti sedap di tekak?? Zahin tamak smpai habiskan portion Zahra..haha


Big Z dengan rakusnya, melahap...

That's all folks.. Ok tak resepi ni... 

Nanti ada masa aku update lagi resipi yang mudah-mudah untuk anak-anak. Sebenarnya untuk rujukan sendiri mana nak tau nanti banyak yang lupa dari ingat. 

Ok bai. 



back to top