Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 13 || Zahra enjoys her steps all the time... ~ olahbersama® Blogger Widgets

June 18, 2013

Chapter 13 || Zahra enjoys her steps all the time...

| Posting by: jie || Photo by : edi | 


Bismillahirrahmanirrahim,


Sedar tak sedar Zahra dah satu tahun 4 Jun yang lepas. To be exact, Zahra lahir pada pukul 5.19pm di Pusat Perubatan Az-Zahrah, Bangi. Kenapa di Bangi?? Sebab aku nak Zahra lahir di situ. Kenapa? Sebab kat situ ada doc wanita yang aku suka dan senang dengan dia. Alhamdulillah, di dalam kekalutan masa nak lahirkan Zahra, doktor yang sambut tu sangat tenang...Dalam labour room pun kita diperdengarkan dengan ayat suci Al-Quran. Oh sepatutnya memang rasa sangat damai di situ. 

Masa aku tengah sakit contraction dalam wad, ada staff yang datang dan bersembang-sembang dengan kita, bagi tazkirah dan bacakan doa. But untuk aku yang tengah sakit sangat masa tu, "Sorry, ini bukan masanya..jangan cakap, jangan sentuh..biarkan ku sendiri...." kahkah ...

Ok..berbalik kisah Zahra..Dia lahir kecik sikit dari Abg Longnya..2.7kg. The next day petang dah boleh discharge...Balik rumah dan esoknya terus ke kampung berpantang yo..

Dalam tak sedar sekarang dah setahun...dah banyak akal...Yang paling penting Zahra dah start berjalan sehari sebelum hari lahirnya, hari yang ke-365!! Yes  I am impressed sebab Abg Long jalan pada usia 1 tahun 3 bulan. but don't worry, WE LOVE YOU TOO ZAHIN!!

Update Zahra:

1. Dah boleh jalan sendiri.

2. Dah ada gigi 4 batang atas dan 2 batang bawah.

3. Masih menyusu susu ibu. Syukur Alhamdulillah. 50% mission accomplish.

4. Masih makan homemade solid food. Syabas untuk aku yang kurang rajin ni.

5. Dah boleh mumble talk. Tata, Ta tih, Yaya, Ayah, teddy, mama, yang lain bahasa dia je yang tau..

6. Very the western. Suka makan pasta dari nasi. Suka pisang, mango, apple. Suka makan lempeng kosong, pisang, kurma. Pendek kata selera lebih kurang aku la...cuma bezanya aku suka semua..eh

7. Sangat suka dengan Abg Long. Bila balik dari rumah babysitter dan nampak Abg Long sure jerit..jerit suka!! yak yak yeaa....
8. Suka mandi. Suka masuk bilik air. Hmmm, part ni yang kena banyak jaga-jaga. bila dah pandai jalan ni lagi la...bila dapat masuk, happy giler..ntah apa yang happy pun tak tau...

9. Bukan jenis duduk diam. Pantang nampak baju dalam drawer. Habis dikirai satu-satu dengan tunjuk ajarku sifu abg longnya ittew...

10. Kalau tengok food yang dia takmo, buat bodo je...kalau berkenan, memanjang je cakap NAK....NAK..aritu gi Econsave dia nampak pasta yang promoter masak terus jerit macam tu...ai segan tau kat promoter tu...

Cukup la 10 tu..Untuk ingatan diri sendiri dimasa depan. Well, abg longnya dulu pun setahun dah petah bercakap. sekarang dah 3 tahun 4 bulan tapi cakap macam orang tua kadang-kadang. 


Zahra yang suka berjalan. Suka pakai kasut jugak.

Suka buka kabinet bawah dapur. Apa jumpa semua masuk mulut.
Yang slalu jadi mangsa potato and bawang besar.

Celik mata, kasut. Main, kasut. Tido, kasut. 

ok bai. 


Reactions:

0 comments:

Post a Comment

back to top