Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 12 || Cheezy Pumpkin Nugget yo.. ~ olahbersama® Blogger Widgets

June 17, 2013

Chapter 12 || Cheezy Pumpkin Nugget yo..

| Posting by: jie || Photo by : edi | 



Bismillahirrahmanirrahim,


Bila iolls jadi chef uolls on the spot tukar jadi kak senah...hehe

Bila weekend menjelma, ai kena buat breakfast untuk Zahra. Dia celik je mata golek golek trus nak makan. So kena buat cepat ..Kalau tak banyak la yang asik tak kena dengan dia. Kang habis dia buka kabinet capai bawang capai kentang..Silap haribulan memang masuk mulut..Well, Zahra pernah gigit bawang merah, gigit kentang yang belum masak..Protes letteww....


This is another recipe for Zahra. Buat sebab nak habiskan stok labu di dapur. Resipi asal aku ambil dari Group Homemade Solid Food For Your baby (HSFFYB) di FB. Sapa-sapa yang nak tengok resipi-resipi lain boleh like  kat SINI.



Bahan-bahan:
1. Labu steam atau puri labu
2. Broccoli floret 
3. Celery racik racik
4. Tepung Atta
5. Cheese
6. Telur
7. Breadcrumb

Cara-cara


1. Campur semua item 1-4. Kalau uolls nak tambah sayur2 lain pun boleh..sweet corn ke, bunga kobis ke...amaun pun ikut suka..ai is campak2..tapi pastikan portion labu lagi banyak..kalau tepung atta lebih kena taruk nama resipi lain..hehe

2. Bila dah sesedap rasa uli, ambil sikit, gelek2 dan letakkan cheese kat dalam..jus imagine macam buat cucur badak ke, cek mek molek ke..asalkan cheese duk kat dalam lah..macam aku letak shredded cheddar cheese..sbb tu je yang ada kat dapur.

3. Bila dah siap, celup dalam telur dan golek-golek dalam breadcrumb. breadcrumb tu pun homemade ye..

4. Goreng/ bakar je..macam aku buat ni aku shallow fried dengan olive oil.

5. Breakfast is ready!!!!



Untuk Zahra kena lembut sikit. Senang nak kunyah dan telan. 

Buat macam cek mek molek senang nak pegang..

Boleh guna cheese lain. Macam aku shred agak kasar so cheese tu tak melt sangat. Belasah la labu..janji labu..

Untuk abang dan ayahnya aku tambah lagi tepung bagi keras sikit dan buat bulat-bulat macam fishball..Gambar lupa nak snap..


Selamat Mencoba!!
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

back to top