Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V December 2014 ~ olahbersama® Blogger Widgets

December 22, 2014

4 Comments

Chapter 127 || Yeay!!! Saya menang Contest Shopping RM1212 At Lazada Malaysia

| Posting by: jie || Photo by : Sayaiday |

Bismillahirrahmanirrahim,

Aku join contest dari blog SAYAIDAY.

Sejujurnya, sangat teruja. Sebab jarang masuk contest. Dan tak pernah menang. Tak tau nak kata apa.

Alhamdulillah. Syukur.





Entry INI [KLIK]  yang telah membawa kemenangan pada saya.

Kepada Iday, terima kasih banyak-banyak. Kalau ada contest bagitaulah lagi.

ok bai.




December 08, 2014

1 Comments

Chapter 126 || Kulit halus, mulus dan gebu dengan L'arome ClearSkin (LCS)

| Posting by: jie || Photo by : jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Harini aku nak cerita detail sikit tentang LCS ni sendiri. Sebab dah pakai jar ke-2 dah rasa bagusnya produk ni. Bukan propa ye kawan-kawan..Aku recommend apa yang aku pakai dan aku rasa bagus. Satu lagi aku suka sebab ada KKM.


Pada yang tak tau la... Aku ni jenis kulit kering. Kalau salah pakai produk especially 'soap base' memang mengelupas la kulit aku. Which I really don't like. 

Bila test pakai LCS takde langsung rasa mengelupas, kering ataupun pedih. Now I like !! Lepas tu kulit muka nampak glowing..Pori-pori mengecil. En. Edi tak pernag tegur la kan..

Tapi kawan-kawan banyak tegur. Bukan nak cerita aku ni cantekkk sangat tapi kawan-kawan notice perubahan kulit muka aku. Itu yang bagus. Alhamdulillah ramai juga kawan-kawan yang order. Kawan atas kawan pun ramai yang order. yang repeat belum lagi sebab 1 jar tahan 2 bulan. lama tu. Jimat. Jom tengok apa peranan LCS ni.



Kelebihan2 L'AROME Clearskin PhytoCellTec™
ini memang sudah TERBUKTI MEMBANTU untuk :
  • Mencerah, menggebu, melicinkan dan menyerikan kulit wajah.
  • Bertindak sebagai krim antipenuaan.
  • Mengandungi antioksida yg berupaya mengeluarkan toksin dari kulit wajah.
  • Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan di wajah (kesan dpt dilihat seawal 10 hari).
  • Melembapkan kulit yg kering dan kasar di sepanjang penggunaan.
  • Menegang dan menganjalkan kulit wajah.
  • Menghilangkan pigmentasi/jeragat dan kesan parut jerawat.
  • Memperbaiki & memperbaharui sel-sel  baru kulit dgn bertindak dari dalam.
  • Meneutralkan kembali kulit yg rosak akibat drpd sinaran UV matahari, pencemaran  dan penuaan.

Hasilnya kulit kembali REMAJA!


L'AROME Clearskin PhytoCellTec™ mengandungi :- 

~ PhytoCellTec™ Malus Domestica - stemcell epal hijau liar dari Switzerland.
~ Cucurbita Pepo (Pumpkin Seed Extract) - ekstrak biji labu utk menegangkan kulit yg kendur.
~ Pullulan - merupakan sejenis bahan semulajadi yg diproses dari 'black yeast' yg berupaya menegangkan kulit dengan serta merta, sangat berkuasa menterbalikkan kesan penuaan (reverse ageing) dan sgt kaya dgn antioksidan.
~ Porphyridium Cruentum Extract - diekstrak dari sejenis algae merah yg sangat berkesan dlm menentang kesan2 penuaan.
~ Ascorbyl Tetraisopalmitate - mengandungi Vitamin C yg sangat kaya dengan antioksidan.


Cara2 penggunaan:-
1. Cuci muka dgn pencuci muka atau cleansing bar/ pencuci yang sesuai dgn kulit wajah anda.
2. Selepas cuci, keringkan kulit dgn tuala
dan pakai toner. Toner penting untuk 'tone' kan kulit dan kecilkan pori.
3. Sapukan L'AROME Clearskin PhytoCellTec™ setitik di dahi, kiri kanan pipi, hidung dan jgn lupakan leher anda. Nanti muka je tegang tapi leher berkedut!
4. Selepas itu pakailah foundation, bedak dan make-up seperti biasa.
5. Ulang Step 1- 3 pd waktu malam sebelum tidur.
**Disarankan anda hentikan penggunaan krim muka yg mengandungi hydroquinon sebulan sebelum bermula dgn produk L'AROME Clearskin PhytoCellTec™ kerana dikhuatiri akan mengakibatkan berlakunya tindakbalas drastik dgn keluarnya jerawat besar2 kesan dari proses antioksidan produk L'AROME Clearskin PhytoCellTec™ ini. 

**Minum green tea setiap hari untuk proses detox agar kulit kita bersedia utk menerima kesan ajaib dari produk L'AROME Clearskin PhytoCellTec™ ini.




1 hari. Parut pudar. 



MANA NAK BELI??? CONTACT JE NO DI GAMBAR TU. CONFIRM DAPAT.  :)

SELAMAT BERCLEARSKIN!! 

December 02, 2014

16 Comments

Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]

| Posting by: jie || Photo by : LAZADA & blog SAYAIDAY

Bismillahirrahmanirrahim,

Jom join contest NI ramai-ramai. Suka nak join sebab hadiah lumayan + suka LAZADA. :)

Contest ini berlangsung sehingga 12 December 2014. Jangan lepaskan peluang ini! 



KLIK BANNER UNTUK JOIN


LAZADA memang dah sebati dengan aku. Tak kata hardcore..Tapi online shopping yang banyak aku spent memang kat sini. It is more to home appliance lah.

Apa yang aku pernah beli kat LAZADA?? 





ASOTV 49pcs Smart Spin n Store Tupperware Blue

Beli 2 set. Bagi kat mak di kampung. Senang nak tapau lauk kalau aku balik kampung. T___T



Swivel Store Space Saving Organizer Kitchen Tool

Nak letak dalam kitchen cabinet rumah baru. Tak zabarrnya. 



Cupcake Secret Surprise Silicone Bakeware Set Cooking Sheet Tray

Nak baking kat rumah baru juga. Seronoknya. 


Bread Maker

Dah guna. Senang kerja especially nak buat dough roti. Tak payah uli tangan. 


Global Sewing Machine GSM-505

Konon nak menjahit cadar. Sebab banyak cadar cantik-cantik yang berkenan di hati tapi MAHALL. Mungkin mood akan ada di rumah baru. 


Tapi dah guna sikit-sikit. Kena join kelas menjahit.


Hugo Boss Boss Woman Eau De Parfum Spray 90ml/3oz

Sebab kalau cari kat kaunter banyak tempat dah takde. Duty free zone still ada. Sebab aku pernah nampak kat Langkawi. Duluu..Tak sangka iolls jumpa kat LAZADA. 



Ini yang aku ingatlah. Few more tapi tak ingat. Bukan nak show off ya. Tapi nak bagitau yang kita memang boleh beli macam-macam ka LAZADA NI. 

"Apa yang boleh dibeli jika ada RM1212 di Lazada Malaysia? Mesti banyak pilihan kerana Lazada menawarkan harga barang yang berpatutan dan diskaun yang hebat terutama pada 12 December 2014 akan datang kerana dijangka akan ada ONLINE REVOLUTION SALE selama 1 hari dengan pelbagai tawaran menarik. "

Bulan ni aku nak masuk RUMAH BARU. So aku nak beli apa yang aku belum ada dan bakal digunakan di rumah baru. Ada beberapa pilihan buat masa ini.

PILIHAN #01

Dyson Table Fan AM0112FUCHSIA 12" Bladeless Fuchsia [KLIK]

RM 1,159.00


Seperti yang nampak pada gambar, kipas ni bladeless. kenapa aku nak?

- Tak merbahaya untuk anak-anak aku ataupun tetamu. Selalu kalau budak-budak pergi je ke kipas mesti parents warning "jangan pegang kipas".
- Memudahkan pencucian. Tak perlu nak buka satu satu. Lap je. Mudah kan.
- sebagai camourflage untuk hiasan rumah. Kipas je pun tapi nampak elegan.
- Mengurangkan risiko kanak-kanak menjerit depan kipas. Macam dalam iklan telco kat TV tu. Menjerit lawan sapa yang paling lama bertahan. 
- Belum ada stand fan di rumah baru.  T____T


PILIHAN #02


I-ROVA Robot Vacuum Cleaner K6 [KLIK]

+

Trio TPM-2000 Power Mixer-Red [KLIK]


Ni pihan kombo. Kombo kau. Kenapa nak jugak???

Robot vacuum cleaner
- Belum ada vacuum cleaner.
- Tak payah operate. Tekan je dan dia jalan sendiri. Sambil tu boleh buat kerja lain. Multitasking.
- Pembantu dikala kesuntukan masa. Tiba-tiba tetamu nak datang lagi 10 minit. Rumah pulak belum dikemas.
- Nampak elegan. Wah semua nak elegan. Sendiri nak beli sendiri kagum.

Power Mixer-Red
- Belum ada mixer. 
- Suka buat roti. Plan juga nak buat kek/ donut dan juga adunan kueh raya.
- Sebab bercita-cita nak buka bakery. So boleh praktis banyak kali untuk dapatkan hasil yang marvellous.
- Mahal juga. Jadi confirmlah tahan lama.
- Bercita-cita nak jadi surirumah sepenuh masa. Sambil buka bisnes bakery. Oh seronoknya kalau dapat HADAH MIXER NI.
- Nak jadi multitasking. On vacuum cleaner, biar dia buat kerja. Lepas tu masukkan bahan dan ON juga. Buat dough untuk roti.
- Nampak elegan. Elegan elegan elegan. Yelah kan stylo ada mixer warna MERAH.

Wah macam banyak lagi justifikasi. But I will let the picture talk. Serious seronok berangan. 

Harap-harap menang. kalau tak menang dapat mixer tu pun jadilah . Eh!


Senarai Hadiah :

Tempat Pertama : RM 200 Cash
Tempat Kedua     : RM 150 Cash
Tempat Ketiga     : RM 100 Cash
Tempat Keempat: RM 50 
 2 x RM50 shopping voucher.  

ok bai. 



2 Comments

Chapter 124 || Random bebel.

| Posting by: jie || Photo by : google & blog Inaachik |

Bismillahirrahmanirrahim,

Ni aku takkan up di FB. Kalau takde sapa baca pun takpe. Sebab untuk simpanan diri je. Nak baca pun boleh. Tapi jangan judge aku macam-macam. Sebab ni luahan apa yang aku rasa.

Penat. Tu je. Hilang semangat. Tapi kena kuat. Dia punya penat tu sampaikan nak sembang dengan En. Edi pun malas. Sebab bila bangkitkan isu tu rasa penat. Haha...Pernahkah korang jadi macam tu.

Tahun lepas pun kau buat aku macam-macam. Di mata kau aku ni asyik la salah je. Apa yang aku buat semua la tak betul. Kau je la betul. Kau Durian, aku timun. So memang aku je lah kena mengalah. Fine. Aku mengalah. Tapi kau macam tak kisah. Timbul isu baru, AKUUU jugak yang salah. Takde soal selidik dah.

Aku tertinggi suara sikit kau kata aku marah marah. Yang ko sumpah seranah aku takpe plak. Semua orang tau ko marah aku..Marah maki aku depan orang. Suka kan? Takpe...

Tahun lepas aku kata "Takpe, Allah ada".

Tahun ni pun aku nak kata "Takpe. Allah ada".

En. Edi cakap.. "its time for u to speak up dear" (dear aku tambah. Haha)

Aku cakap jugak. "Malas. Takpe. Allah ada".

Sebab aku tau aku akan menang nanti. Menang dari segi ketenangan. Sedangkan aku tau kau marah-marah aku hati kau tak tenang.




AI IS OK. I AM OK. JANGAN DIPUJUK. 

ok bai.





2 Comments

Chapter 123 || Throwback 03 - Family outing in Cameron Highland

| Posting by: jie || Photo by : Edi |

Bismillahirrahmanirrahim,

Dah lama dah ni. Entry peram gak. Bulan 11 2013. Setahun ko...Tak agak-agak peram ni. Dah boleh buat jeruk kalah jeruk Pak Ali.. Eh

Kami pergi 2 family. Family En. Edi dan family aku. Tapi family aku hanya aku dan mak aku je.

Konvoi 3 kereta. Tak sure cuti sebab apa. Sebab lama sangat dah.


Hari pertama. Duk rumah bakar sate. Ni assistant kecik. Sendiri bakar sendiri tak zabarr nak makan. 

Ni gambar hari kedua. Hari pertama tak pegi mana-mana. Sampai dalam pukul 2. Lepak rumah je bakar satay dan makan bekalan. Malam-malam hujan renyai-renyai. Keluar makan tomyam. Pastu balik tido. 







Zahra yang Kpop. Zahra yang Kepoh. 


Kids and Cucus. Minus En. Edi. 






Mr, jangan amil gambar kami je. Pls serve our strawberry tea. Gittew. 




Zahra, ambil bakul tu. Pastu pilih je buah mana yang berkenan.
Kata IBU MITHALI. 


Pegang je. Tak beli. Pastu kena sound dengan peniaga tu. Padan muka  T___T






Bapak mithali. Oh I love U.  Muahahaha..

Sebagai penutup terimalah kami kami yang romantikkk di taman bungaa.....

ok bai. 



back to top