Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V July 2013 ~ olahbersama® Blogger Widgets

July 30, 2013

0 Comments

Chapter 31|| Ramadhan oh Ramadhan

| Posting by: jie || Photo by : jie | 


Bismillahirrahmanirrahim,

Ini adalah luahan diri sendiri untuk diri sendiri..Tidak melibatkan mana-mana pihak yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia melainkan diri dan keluarga sendiri saja. Yang baik dari Allah dan yang buruk itu kelemahan diri sendiri.

Umumnya tahu bahawa bulan ramadhan adalah bulan yang paling baik antara semua bulan..melebihi syawal itu sendiri. Betapa kasihnya Allah pada manusia bila menyuruh manusia berpuasa..bukan setakat menahan lapar dan dahaga bahkan menahan nafsu itu sendiri Which is memang agak payah dilakukan bagi sesetengah orang dan bulan bonus juga bagi sesetengah orang. Agak payah disini maksudnya payah untuk menahan nafsu ..nafsu nak makan macam-macam, nak beli macam-macam, nak shopping raya macam-macam..bagi yang dah ada rumah sendiri pulak, of course nak hias rumah macam-macam, nak kueh raya macam-macam.. tambah-tambah sekarang ni dunia di hujung jari..nak cari apa-apa, 'GOOGLE je'..

Semua ni peringatan untuk diri sendiri. Bila difikirkan, masa nak start puasa, promosi tentang keberkatan ramadhan atau mengimarahkan ramadhan adalah agak kurang berbanding promosi bazar ramadhan ataupun promosi iftar di restoran/ hotel semasa ramadhan. Dah jadi terbalik pula..Bulan ramadhan dikatakan bulan yang boleh buat duit. Betul tak dinafikan..juallah apa saja...

Jalan TAR sekarang sangat sesak. sampai dihebahkan melalui media supaya tidak membawa kenderaan dan kempen naik komuter/ tren dikuatkuasakan. SOGO aku sangat pasti sangatlah penuh dengan manusia. Aku pernah bekerja di DAYABUMI dan umumnya tahu memang dekat dengan pasar seni, jalan TAR mahupun SOGO. Itulah tempat aku berpeleseran dulu-dulu..heheh...Sekarang rasa bersyukur sebab dah tak bekerja di situ lagi..kalau tak, mungkin saya akan menjadi salah seorang yang mengukur jalan dan bangunan itu saban minggu. Paling tidak hari Jumaat boleh juga sebab rehat lama. 


See?? Siang malam sama saja havocnya... :)- (pic from GOOGLE)


Kemudian bertukar ke Shah Alam. Juga seronok sebab banyak sangat tempat yang boleh diterjah untuk makan-makan dan shopping. haha..Masa nak beli rumah, terfikir pulak sebab nak tempat yang tenang dan tak havoc sangat. Syukur..dalam pencarian, Allah tunjukkan jalan..Maka tercampaklah aku ke pekan kecil di TM yang ada kfc, pizza je..oh secret recipe, tutti frutti pun ada jugak...(nampak sangat rajin melawat tempat-tempat makan ni). Sekarang masih menyewa di rumah lama dan dalam proses pembelian rumah di pekan kecil ini. Alhamdulillah. 

Aku pun tak habis lagi membeli sebenarnya tapi sedang memikirkan waktu terbaik untuk membeli..Bila orang tak ramai..Bila tu ye??

Di musim ini jua, dah tak ramai upload pasal ramadhan..Ramai yang dah cerita pasal raya..Well, setahun sekali..Kenalah berbelanja sebaik mungkin..Aku ni berdoa jelah supaya tak jadi gila/ meroyan bila tengok sale sana sini just for raya..

Seperti yang aku katakan di atas tadi, aku bukanlah yang terbaik dan bukan juga nak tunjuk baik. Pointnya di sini jika inginkan perubahan, ia harus datang dari dalam diri sendiri..Kita tak perlu tunggu orang lain bertindak. Jika kita terlalu mengharapkan orang lain, kita akan kecewa jika 'orang lain' tidak berubah atau tidak memahami kita. Eh agak sama macam konsep Change Management. Change starts from yourself. Change yourself and others will also change. 

Korang jangan mengata plak kalau esok lusa aku upload gambar makanan plak..nanti kata cakap tak serupa bikin..Tapi rasanya aku nak upload gambar makanan masa buka puasa lepas raya kot...haha..sebab penyakit 'M' menyerang. Bagus jugak ada penyakit malass untuk upload gambar..

Sebelum aku bebel lebih merapu lagi, marilah sama-sama kita baca ilmu di baah. Moga memberi manfaat untuk semua. Source dari SINI..Wallahua'lam.




Tarikh: 
 Feb 20, 2010

Riwayat: 
 Riwayat Bukhari & Muslim

Kategori: 
 Ibadah
Hadith: 
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.
Huraian Hadith: 
Pengajaran Hadis:
i) Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ˜ra-mim-dal', yang bererti panas atau panas yang menyengat. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud menjadi panas atau sangat panas, atau diertikan juga sebagai hampir membakar. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.

ii) Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut ˜Siyam' atau ˜Soum' Kedua-duanya berasal dari kata dasar ˜Sa-wa-ma', di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.
iii) Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.
iv) Selain itu Allah S.W.T juga memberikan dorongan untuk kita berusaha memperbanyakkan ibadah dengan melipatgandakan pahala pengamalnya serta disediakan satu malam yang lebih baik iaitu ˜Lailatul Qadar' di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.


ok bai. 

July 17, 2013

0 Comments

Chapter 30 || Mokhtar Dahari aka Super-Mokh

| Posting by: edi || Rujukan : Google, Wikipedia & Youtube |





Bismillahirrahmanirrahim,


Mandangkan la ni dok musim Harimau Malaya buat friendly dengan kelab2 dunia,  yang terbaru dengan Chonburi FC yang berkesudahan 0-0 semalam. Yang terdekat nanti dengan Chelsea, pastu kemungkinan dgn kelab2 dari Jepun dan yang kemuncaknya dgn La Liga Champione, Barcelona. So dengan itu aku nak cite sikit berkenaan dgn Lagendo Bolasepak negara sekitar tahun 70an hingga lewat 80an. Cite2 ni bukan 100% aku olah, ade yang aku pinjam dari bbrapa media elektronik.


Mungkin ramai dah terlepas dengan siaran yang dipaparkan oleh National Geographic mengenai lagenda bolasepak kita, Mokhtar Dahari atau Super-Mokh!. Aku sendiri tak berkesempatan untuk menyaksikannya. Setelah terbaca entry yang diimuatkan dalam laman FOXSPORT MALAYSIA, baru tergerak hati aku tuk berkongsi mengenai kehebatan penyerang bolasepak negara ini di dalam Olahbersama®. 

Ianya disiarkan pada 30 Ogos 2010, sempena sambutan ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Siaran yang diberi tajuk The Untold Truth About Super-mokh menceritakan perkara2 yang jarang menjadi bualan orang ramai selain cerita mengenai punca kematiannya. Allahyarham Mokhtar Dahari masih dikenang hingga ke hari ini walaupun hayatnya sudah bersemadi hampir 22 tahun. 


                                      

                                      

                                                 

                                      

Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari, adalah lagenda bolasepak negara yang tiada galang gantinya. Beliau juga merupakan salah seorang pemain pasukan Selangor (Red Giant). Sehingga ke saat ini, masih belum ada yang boleh setanding dengan Super-Mokh walaupun pernah seketika penyerang sensasi negara Safie Sali, hampir menyamai kehebatan Allahyarham, ketika menjadi duri dalam daging sewaktu penyerang kebangsaan itu meledak gol2 cantik ketika bermain dalam kejohanan AFF Suzuki Cup 2010. Sedikit imbasan dari perlawanan2 yang dijalankan yang menyaksikan Safie Sali menjaringkan gol pada pertandingan tersebut.




Namun semakin lama semakin merosot permainan Safie Sali, sehingga ke hari ini masih belum ada penyerang yang boleh menandingi Super-Mokh. 

Generasi la ni mungkin ramai yang tidak mengenali Super-Mokh, hehe even me. Maksud aku bukan secara langsung macam aku mengenali Safie Sali, Radhi Md Din, Yusry Che Lah, Domi Che Non, Azman Adnan, Subadron Aziz, Khairul Azman Mohamad dan lain2. Walaupun aku dilahirkan pd tahun 1981, Allahyarham meninggal dunia pada 11 Julai 1991 jadi pada waktu tu aku baru darjah 4 sedangkan pada 1985 merupakan kali terakhir beliau mewakil negara dan 1987 beliau bersara dari dunia bolasepak sebelum beliau disahkan menghidap penyakit Distrofi Otot pada tahun 1989. Pada ketika Allahyarham mengecapi dunia kegemilangan aku belum kenal siapa itu Mokhtar Dahari. Dengaq kot radio je laa kot, tak pun tv1.

Antara kelebihan Super-Mokh adalah rembatan kencangnya yang mana 3 jari penjaga gol negara mendiang R. Arumugam patah ketika menampan bola tendangan beliau. Hebat tak ingat..

Ringkasan Biodata Super-Mokh

Dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur, Mokhtar mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1960-1965) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (1966-1970). Anak kepada Dahari Abeng dan Maimon Sadikin ini mula mewakili Selangor pada tahun 1971 pada Piala Burnley. Beliau juga Pernah menyertai beberapa kelab bola sepak antaranya Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, dan Kwong Yik Bank (sekarang Bank RHB).


Mula Mewakili Selangor : Piala Burnley 1971

Bermain di Piala Malaysia : Wakili Selangor 1972

Mula mewakili Negara : Pestabola Merdeka 1972

Kali Terakhir Mewakili Negara : Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985

CAPS : 167

Gol di dalam Piala Malaysia : 177

Gol Antarabangsa : 125

Jaringan Terbaik : Gol penyamaan menentang England B pada 1978

Pencapaian : Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran
Anugerah : Olahragawan Kebangsaan 1976


Super-Mokh dan Komersial

Pernah dengar Filem melayu berjudul Mekanik? Ianya ditayangkan pada tahun 198. Namun kemunculannya tidak lama, hanya beberapa saat. Teraju untuk filem ini adalah Othman Hafsham (yang terkenal dengan sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu) Pelakon utama Filem ini adalah Azmil Mustapha, Julie Faridah, Susan Lankester, Dato' Yusuf Haslam dll. Berikut merupakan babak di mana Allahyarham Mokhtar Dahari muncul. 



Allahyarham juga pernah menjadi duta kpd produk susu. Yaaaa susu.. Susu berjenama Frisiana - "Susu tepung penuh krim", "Khasiat dari Holland", "Baik untuk yang sedang membesar. Baik untuk dewasa" . Cer refer laman INI

Itu saja laa serba sikit cita berkenaan Allahyarham Mokhtar Dahari aka Super-Mokh.




































July 16, 2013

0 Comments

Chapter 29 || KL International Motor Show 2013 (KLIMS2013)

| Posting by: edi | 


Bismillahirrahmanirrahim,

KLIMS 2013 - Yang mengujakan kini kembali ...





KLIMS 2013 atau KL International Motor Show 2013 akan kembali menggegarkan negara yang dijadualkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), dari 15 - 24 Nov 2013. Acara yang menjanjikan kehebatan dan kekreatifan dunia permotoran dengan pengenalan beberapa model2 baru, kereta konsep, kereta2 hebat dunia dan apa saja teknologi yang akan diguna pakai di dalam dunia permotoran. 

KLIMS juga merupakan satu trademark yang terbesar dan acara motor show paling hebat di Malaysia. Jangan lepaskan peluang anda untuk ke sana bg menyaksikan sendiri acara yang masuk tahun ke-2  yang mana semasa acara ini berlangsung pada tahun 2010 ianya mendapat sambutan yang amat mengggalakkan. 

'Efficiency in Motion' merupakan tema yang dipilih untuk penganjuran kali ini. Acara kali ini dijangka akan menjadi penanda aras kepada dunia permotoran Malaysia bagi menarik minat kepada pembuat polisi, wartawan/media dalam & luar, sektor2 swasta, kerajaan, pemnggemar dunia auto, pembeli2 serta orang awam. Ia adalah satu acara yang penting bagi menggerak dan bakal menggoncang industri automotif negara.

PROTON di KLIMS

Untuk penganjuran kali ini, tidak dipastikan secara jelas adakah PROTON akan memperkenalkan beberapa kereta konsep mahupun sebarang variant baru dalam 'model line-up' mereka. Ini kerana semenjak pengambil alihan daripada pengurusan lama semasa di dalam GLC (zaman DSSZ) kepada pengurusan terkini DRB, berita2 berkenaan PROTON amat kurang di 'expose'. Jika ada pun ianya seperti suam2 kuku dan kurang memberi impak.  

Namun, jika dapat diimbas kembali, PROTON pernah menyertai KLIMS2010 di mana syarikat otomotif negara ini berjaya memperkenalkan beberapa kereta konsep antaranya 5 buah kereta konsep siri 'PAHLAWAN' iaitu , Proton Jebat (Inspira), Proton Lekir (Lotus Europa), Proton Lekiu (SUV dari platform Exora), Proton Kasturi (Saga) & Proton Tuah (Prevé). 


Proton Jebat
Proton Lekir
Proton Lekiu
Proton Kasturi
Proton Tuah


Mungkin ada yang bertanya mengapa Prevé yang diketengahkan di dalam KLIMS2010 ini tidak sama dengan model produksi yang ada di jalanraya sekarang terutama pada bahagian Head Lamp, Grill, Bumper & Side Mirror. Ini kerana sesebuah kereta konsep tidak semestinya akan dapat direalisasikan untuk dijadikan kerata produksi (Production car) kerana beberapa kekangan yang perlu diambil kira. Namun ramai yang berpendapat, kereta konsep Prevé ini lebih menarik kecuali Rear Combi lamp (Lampu belakang) yang agak ketinggalan. 

Sebuah lagi model kereta konsep yang dibawa oleh PROTON dalam KLIMS2010 adalah EMAS atau Eco Mobility Advance Solution. Ianya di hasilkan dengan kerjasama syarikat Italdesign-Giugiaro yang mana sebelum itu pernah dibawa untuk diperkenalkan didalam Geneva Motorshow.




Cuma pada penganjuran kali ini, diharapkan pasukan terbaik PROTON dapat mengambil bahagian di dalam acara yang tidak dijalankan setiap tahun, tapi sambutannya amat menggalakkan dan menjadi medan penggemar2, pereka2, pemain2 industri otomotif berkumpul dan berkongsi maklumat serta teknologi yang terkini dan kehadapan.
KLIMS 2013 akan dibuka untuk pameran pada tarikh yang dinyatakan bermula dari jam 11.00 pagi - 10.00 mlm manakala pada hujung minggu dari jam 10.00 pagi.
Jualan tiket akan diberitahu kemudian. Sekiranya perlukan maklumat terkini sila langgani 'e-news KLIMS2013

Gambaran awal boleh di dapati di sini

dan boleh muat turun brochure ini


July 15, 2013

2 Comments

Chapter 28 || Berbuka di Space U8

| Posting by: edi & jie || Photo & Video by : edi | 


Bismillahirrahmanirrahim,


14 Jul 2013, genap 5 hari umat islam berpuasa pd bulan Ramadhan 1434.

Hari tu juga kami sekeluarga berbuka di luar. Mana kami p?.. errr tak jauh pun space U8 yg depa claim the very 1st Eco Mall kat Malaysia ni. Ada di Taman Bukit Jelutong, Shah Alam. Tang mana eco pun aku tak sure, tapi ada laa ayaq pancut+tumbuh2an yg depa tanam kat dalam tu.. tp One Utama pun ada.. lagi besaq dok ada.. tak caya, cer hangpa p tgk kat sebelah Nandos One Utama.. mcm hutan dah aku tgk.. haha..

Decide nak p ni pun last minit. Ye la memandangkan ibu zahin+zahra (Jie) agak keletihan sbb tak berapa sehat, selsema. So kami btolak pun dah agak lewat, kira2 kol 3 ptg camtu. Mula2 cam nak p usha2 and cuci mata dulu kat Plaza Alam Sentral tuk sopping baju raya anak2.. memandangkan bukan niat nak p lagi pun (cadangnya minggu depan). So tetiba tlintas dalam pala otak aku nak p try test tgk Space U8, alaa tempat show Versus tu buat tu.. Versus tu apa? nah p baca tang ni.. 

Sesampainya area Space U8 tu, dari jauh dah nmpak mcm suram ja, yela selalunya shopping complex nak2 lagi area shah alam ni kan, sure berpusu2 org p. Tapi tgk parking lot pun tak berapa nak ramai.. ermm mungkin sebab posa kot.

Pandangan dari luar complex

Keta pun kurang


Bila dah masuk, mmg pun.. agak suram ja dalam tu.. byk lagi kedai2 yg blom bukak wpun pembukaan rasmi spaceU8 adalah pada 24 November 2011, skarang dah hampir 2 tahun masih belom mndapat sambutan. takpa laa itu pengurusan depa laa yg pikiaq.. aku nak cita jaa..



sambil2 tu tnmpaklaa kat ujung dekat dengan side MBO Cinema, ada air pancut tinggi kat situ. Apalaga.. anak aku si zahin tu teruja sgt nak bergambaq kat situ.. dgn bantuan galaxy note aku, snap la bbrapa gambar.


Abg zahin kalu posing...



Zahra dok sibuk nak tgk fountain


Bersebelahan dgn fountain tadi ada gerai2 kecik dibuka.. kitorang pun layan la jap. Dapat laa beli kasut raya si zahin, Adidas wehhh... hahaha celop!. Boleh laa kasut tak tahan lama mana pun, sbb zahin ni cepat pnjang. Nak beli mahai2 tak berbaloi pun.




Ok, jalan punya jalan dalam tu baru setengah jam, dah rasa bosan. Oh dah masuk asar. Tanya ibu zahin+zahra kot2 dia ada nmpak signage kat mana2 direct to Surau. Tetiba my wife teringat kata2 bos dia yg mana Surau shopping complex tercantik dan kemas dekat Space U8 ni laa. Dalam pala otak ku, kemas tu ok.. cantik errmmm biasa laa kot.. takpa laa.. ok jom p Surau.

OTW nak p tu, lalu laa sorang mamat ni mcm org nak p buskin lak aku tgk attire dia..bg voucher buka posa kat kedai dia keja.. katanya di tingkat 3 sebelah bowling. Nama Hardware Cafe. Aku gtau my wife, apa kata kita buka je laa kat sini, kita booking skang (masa tu dah kol 5) sbb booking tutup kol 6.30. Lagipun sini cam tak crowded. My wife setuju. Mamat tu kata lagi, cepat booking bang takut penuh, sbb smlm full house. Errrr.. Ok..  kami p laa naik tingkat 3 dgn niat nak p booking tempat+menu dulu.

smpai tingkat 3, tepi lift tu dah ada bunting kedai tu, siap dgn menu tuk bulan posa. Menu dia dalam Set. Nak ala carte pun takda masalah. Cuma kami nk try yg dah siap set ni.. tak jauh dari bunting tu nmpak laa kedai dia..


JJCM penah datang?
Err... act nama dia Hardware Cafe

masuk ja kedai tu, dia dah offer nak buat member kad. Member kad free ja pun.. buat je laa.. then order laa 

Set D,

1) Siakap Steam
2) Black Pepper Beef
3) Tauhu Jepun masak kicap
4) Telur Dadar
5) Sup Kosong
6) Sirap
7) Kurma

Menu ni untuk 2 orang makan.

Dah siap order dan booking tempat, kami p solat Asar di tingkat 1.
MasyaAllah... mmg cantiklllah... Surau AN-NUR nama diberi. Suasasan surau di diluaq agak malap, lighting pun deem je..but kat dalam (keliling) surau ni, ada aliran air yang akan mewujudkan suasana tenang dan damai. As we all know, air boleh mewujudkan aura yang positif. so pemilihan air untuk diletakkan di dalam surau amat bertepatan sekali untuk kita beribadat di dalam kedamaian. eewaaahh...

Tapi kalau dah namanya bersama Zahin, damai tuboleh duk di tepi. Tambah-tambah bila ada kawan, berlarianlah beliau ke sana sini dengan gelak tawa yang tak henti-henti. Sabo je lah...



Sorry, gmb2 ni agak kelam sket sbb galaxy note takleh set aperture & shutter speed dia. tak sure pasai pa. hahahaha.






Jam menunjukkan pkol 6 ptg, lama lagi ni.. apa kata kita p Giant Sek 13 sat.. kot2 laa ada baju2 murah.. lgpun jarak Giant tu dekat ja dgn Space U8. Jalan punya jalan dalam Giant tu, takdak yg best pun.. 

tgk2 jam dah pkol 7, canteq.. jom p Space U8.

Ok..ni sambungan versi Jie plak....biasela tu..bersama-sama bergotong royong mengabihkan cerita..so bahasa secara amnya akan bertukar....

Lupa nak bgtau, Masa order tu kami dah siap pilih meja untuk berbuka. Happen to be memang ada tempat untuk family dan yang beranak pinak macam kami ni..kira macam lounge la...ada seatee and tempat untuk anak-anak main. semua ada 3 set tempat duduk..keluarga besar gila (12-15 orang boleh duduk, siap ada sinki khas, tv khas, dan toilet khas, keluarga sederhana besar (6-9 orang boleh duduk) dan keluarga kecil (4 orang). kami ambil yang sederhana memandangkan yang kecil telah di booking lebih awal. 

Ibu yang tak berapa sihat, sambil anak2 main kat belakang tu

Bila sampai, orang dah start duduk dan ada meja yang dah serve, termasuklah meja kami. So far rasa ok la...ada kurma dan 4 jenis kueh as complimentary. masa tu menu ikan siakap je yang belum sampai. Zahin & Zahra memang teruja sebab nak main je...duk atas seatee tu, kalau landing silap-silap boleh tido sebab cozy sgt.








Bila dah buka puasa, ikan belum sampai. makan la sikit-sikit. bila ikan sampai, impression pertama aku, errk..kenapa macam rupa ikan terubuk masin je..macam leper je sekeping ikan tu..pastu kitorg order ikan siakap stim..so aku expect ikan tu akan ada kuah2 putih or bahan-bahan lain atas ikan tu..tapi yang sampai ni, ikan sekor yang distim, topping with kuah kaler oyster sauce dan potongan limau 2 keping. <-- gambar hidangan tak amik sbb kecewa 

muka dah rasa tension time nih...aku suh ayah ZZ perah limau cepat-cepat. Dia kata rasa dulu entah-entah dah memang masam. Pastu dia rasa.."ok kena letak limau.." hahaha...

masa makan ikan tu mula2 ok lagi..kitorg start makan dari belah ekor tu..bila nak makin naik ke kepala, rasa cam hanyir plak. Edi ni kalau ikan hanyir dia pantang sikit. macam aku, kalau setakat sikit-sikit aku bedal je malas nak memilih sangat. jenis bangsa tolak batu ngan kayu je...But just imagine kalau aku pun takleh nak telan tu kira macammana tu? so ikan tu hanya habis 40%, tak luak langsung sebelah lagi...sambil2 tu, ayah ZZ kata " u masak lagi sedap syg". Ko bayangkan aku ni masak ala2 je bukan taraf chef tapi restoran besar ni pun tak boleh nak rasa ke ikan tu before serve..aptb betoi....

serious rosak mood..dah la selsema, sakit tekak. dapat plak siakap yang tak best. aku suruh Edi complaint tapi dia malas. Oh, kat sini pun ada jeruk Pak Ali dari penang tu..dia letak je dan kita boleh ambil ikut soka hati.

so overall, point yang aku boleh bagi kat sini:

Meal : 5/10
Service  : 7/10 (ok la sebab ikan je yang lambat sikit)
Facilities: 8/10

Point di atas adalah berdasarkan set yang kami order saja ya..mungkin set lain memang marvellous/ meletop. so tak boleh nak judge keseluruhan cafe ni just for our dish sahaja.

Adakah kami akan ke sini lagi? Mungkin tidakk..sebab space U8 ni tak best melainkan surau dan kipas besar itu sahaja. Tak tahulah kot-kot 2-3 tahun lagi tempat ni jadi macam One Utama pulak kan..who knows..

Sedikit caption, gmbar2 anak2, video waktu kitorang tgh melantak, depa layan kawan2 baru.

Enjoy...












ok bai. 


2 Comments

Chapter 27 || Ambil berat atau kaki sebok??

| Posting by: jie || Photo by : GOOGLE |


Bismillahirrahmanirrahim,

Salam Ramadhan untuk semua.

Di awal ramadhan haritu, semua duk kecoh pasal youtube budak sekolah yang baru couple seminggu. AKU JANJI katanya. Phone aku rosak so memang aku tak buka facebook dan tak tau pasal kewujudan video itu.

Perbualan pagi ini dengan seorang member , En. A

En. A : U dah tengok dah video budak sekolah tu?
Aku   : Budak sekolah apa?

En. A : Ala, video yang duk hangat kat facebook sekarang. Semua orang duk sibuk sembang pasal cerita tu je..u tak tau ke?
Aku   : Eh. tak tau pun..kan phone rosak so xtau apa2..

En. A : Nanti u tengok la eh..dia sebenarnya privatekan video tu tapi tetiba ter set public and in 1 week terus glamer gila..semua orang duk kutuk-kutuk dia..penuh wall masing-masing duk cerita hal dia je..
Aku   : So?

En. A : U tengok je la...budak tu baru seminggu couple dah berjanji bagai..
Aku   : So?

Aku bertanya soalan itu sebab aku tak tahu kenapa aku perlu tengok video tu. Disebabkan dia budak sekolah dan duk berjanji macam-macam..Then satu kerja plak aku nak tengok video dia dan buat komen aku sendiri. Satu kerja jugak orang-orang lain duk kena buat parody pasal dia...

Pada aku, kalau tak suka dia, ko klik pangkah kat video dia dan sambung buat keje ko...As simple as that..Tak perlu la nak sibuk-sibuk bagi komen..Budak tu dah tentula tak fikir panjang masa buat video tu..So biar je mak bapak dan sedara mara dia sekolahkan budak tu...

Sorry, aku sampai sekarang tak tengok video tu..Bukan sebab aku bagus..Tapi aku rasa macam tak perlu je nak tengok video tu...Kalau ada video yang bagus-bagus, meh share dengan ahkak. Tapi kalau yang lebih kurang sama dengan yang ni, baik tak payah. simpan sajalah di lubuk hatimu. eewahhh...

Ada waktu yang kita sebagai masyarakat perlu ambil berat. Ada masanya perlu ambil tahu. Tetapi ada masanya kita tak perlu sangat jaga kisah orang. Sebab kita sendiri belum cukup bagus untuk menilai orang lain.

Contoh lagi satu. Ada satu kes di kawasan kampung aku dimana ada budak pompuan hilang. Haritu mak aku bagitau pasal ni. Dengarnya ikut boifren dia...OK aku malas nak amik port sangat.

Then the other day mak aku citer mak pompuan ni ada datang rumah ada hal apa tah. Aku tanya mak aku, anak dia dah jumpa ke? Mak aku cakap tak berani nak tanya soalan tu..Nanti orang kata kaki penyibuk. Aku cakap kat mak aku..Itu bukan menyibuk, itu ambil berat. Kalau aku mungkin dah tanya.

Mak aku kata makcik tu marah kalau orang tanya psal anak dia. ok fine. Zaman dah berubah. Ambil berat dikatakan kaki penyibuk. Penyibuk plak dikatakan ambil berat.

Macam kes anak makcik tu, kalau betul dia ikut boifren, then aku akan ambil kes tu sebagai iktibar. Sebab aku masih ada adik pompuan yang baru nak sambung belajar di utara. Jauh la jugak dari rumah aku di Sungai Siput utaghaaa tu...So kena sentiasa nasihatkan dia supaya tak terbabas di landasan yang tidak sepatutnya. Harap-harap baik-baik semuanya. Aku doakan yang baik-baik saja.

Nak happy di bulan ramadhan ini dengan makanan? nah ambik..



OK bai.


July 09, 2013

2 Comments

Chapter 26 || Ahlan Wassahlan ya RAMADHAN

Assallamualaikum saudara saudari se-islam olahbersama yang dirahmati Allah,

Selamat menyambut ramadan yang mulia. semoga kita semua sentiasa diberi rahmat, keredaan, keampunan dan kasih sayang dari allah yang maha esa. perbanyakkan zikrullah dan selawat keatas nabi s.a.w.  amin




July 05, 2013

0 Comments

Chapter 25 || Contest baby ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com

| Posting by: jie || Photo by : jie |



Bismillahirrahmanirrahim,

Aku tak pernah join contest dalam blog..almaklumlah baru je berblog..tak pandai sangat pun nak godek-godek..mujur ada En Edi a.k.a lakik ahkak yang membantu..Kalau tak sampai ke sudah la ahkak punya blog tak wujud..hew hew..

So marilah men'join' contest sama-sama. Ada untung boleh menang..Kalau menang, ahkah sukak!!! kalau tak, anggap je lah bukan rezekiku..

OK..contest ni terjumpa masa blog walking..organised by Mommy Safiyyah Osman. Nk tengok detail boleh ke SINI.




Sebab gambar kat atas ni baby perempuan, so ahkak pertaruhkan gambar anak dara ni...


"mari membeli barang baby dengan harga borong,minimum 1barang di blog http://barangbabymurah.blogspot.com"

Nama Baby: Nur Zahra Marissa binti Edi Shazril

Nama Ibu: Marziah binti Zakaria

Ni hadiah yang boleh dipilih jika anda terpilih dan diumumkan sebagai pemenang...(pilih satu saja k)

1.rocker fishes price newborn to todder(biru).
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4.toys storage(pooh,cars,princess)
5.playmat mothercare(pink, lion)
6.toilet train toddler
7.elc purple with hanging toys


Hadiah yang saya akan pilih jika menang....


adalah..

item 2 iaitu T
runki bag merah!!!!!!

Mommy Safiyyah, saya nak menang..ehek ehek..

Tarikh mula contest adalah 12.6.2013 dan tarikh tutup contest adalah 7.7.2013. Jom pakat ramai-ramai join!!

back to top