Bismillahirrahmanirrahim,
KLIMS 2013 - Yang mengujakan kini kembali ...
KLIMS 2013 atau KL International Motor Show 2013 akan kembali menggegarkan negara yang dijadualkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), dari 15 - 24 Nov 2013. Acara yang menjanjikan kehebatan dan kekreatifan dunia permotoran dengan pengenalan beberapa model2 baru, kereta konsep, kereta2 hebat dunia dan apa saja teknologi yang akan diguna pakai di dalam dunia permotoran.
KLIMS juga merupakan satu trademark yang terbesar dan acara motor show paling hebat di Malaysia. Jangan lepaskan peluang anda untuk ke sana bg menyaksikan sendiri acara yang masuk tahun ke-2 yang mana semasa acara ini berlangsung pada tahun 2010 ianya mendapat sambutan yang amat mengggalakkan.
'Efficiency in Motion' merupakan tema yang dipilih untuk penganjuran kali ini. Acara kali ini dijangka akan menjadi penanda aras kepada dunia permotoran Malaysia bagi menarik minat kepada pembuat polisi, wartawan/media dalam & luar, sektor2 swasta, kerajaan, pemnggemar dunia auto, pembeli2 serta orang awam. Ia adalah satu acara yang penting bagi menggerak dan bakal menggoncang industri automotif negara.
PROTON di KLIMS
Untuk penganjuran kali ini, tidak dipastikan secara jelas adakah PROTON akan memperkenalkan beberapa kereta konsep mahupun sebarang variant baru dalam 'model line-up' mereka. Ini kerana semenjak pengambil alihan daripada pengurusan lama semasa di dalam GLC (zaman DSSZ) kepada pengurusan terkini DRB, berita2 berkenaan PROTON amat kurang di 'expose'. Jika ada pun ianya seperti suam2 kuku dan kurang memberi impak.
Namun, jika dapat diimbas kembali, PROTON pernah menyertai KLIMS2010 di mana syarikat otomotif negara ini berjaya memperkenalkan beberapa kereta konsep antaranya 5 buah kereta konsep siri 'PAHLAWAN' iaitu , Proton Jebat (Inspira), Proton Lekir (Lotus Europa), Proton Lekiu (SUV dari platform Exora), Proton Kasturi (Saga) & Proton Tuah (Prevé).
Proton Jebat |
Proton Lekir |
Proton Lekiu |
Proton Kasturi |
Proton Tuah |
Mungkin ada yang bertanya mengapa Prevé yang diketengahkan di dalam KLIMS2010 ini tidak sama dengan model produksi yang ada di jalanraya sekarang terutama pada bahagian Head Lamp, Grill, Bumper & Side Mirror. Ini kerana sesebuah kereta konsep tidak semestinya akan dapat direalisasikan untuk dijadikan kerata produksi (Production car) kerana beberapa kekangan yang perlu diambil kira. Namun ramai yang berpendapat, kereta konsep Prevé ini lebih menarik kecuali Rear Combi lamp (Lampu belakang) yang agak ketinggalan.
Sebuah lagi model kereta konsep yang dibawa oleh PROTON dalam KLIMS2010 adalah EMAS atau Eco Mobility Advance Solution. Ianya di hasilkan dengan kerjasama syarikat Italdesign-Giugiaro yang mana sebelum itu pernah dibawa untuk diperkenalkan didalam Geneva Motorshow.
KLIMS 2013 akan dibuka untuk pameran pada tarikh yang dinyatakan bermula dari jam 11.00 pagi - 10.00 mlm manakala pada hujung minggu dari jam 10.00 pagi.
Jualan tiket akan diberitahu kemudian. Sekiranya perlukan maklumat terkini sila langgani 'e-news KLIMS2013'
Gambaran awal boleh di dapati di sini
dan boleh muat turun brochure ini
0 comments:
Post a Comment