Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V October 2013 ~ olahbersama® Blogger Widgets

October 29, 2013

0 Comments

Chapter 45 || Kelebihan surah As-Syams

| Posting by: jie || Video by : Youtube | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Minggu lepas, Jumaat sampai Ahad aku attend satu kursus which is pada aku memang sangat berbaloi. Dihantar dan diarahkan oleh syarikat, aku sebagai pekerja yang bagus, ikut saja. En. Edi pun dah pernah attend kursus ni di syarikat beliau dan memang recommend sangat-sangat ai pegi uolls.

Dalam kursus tu ada dimainkan lagu ni. Idea lirik diambil dari surah As-Syams. Untuk aku, lirik ni sangat menyentuh jiwa. Untuk lagi jelas, aku letakkan sekali surah As-Syams, lagu dan lirik.  Boleh buat reference untuk diri sendiri di masa akan datang. 

Bila balik, google dan aku jumpa sekali kelebihan surah ini. Jadi, bukan setakat mendengar dan membaca..malahan boleh diamalkan sekali.

Apa yang aku belajar, setiap kejadian ada sebab musababnya. Hanya kita sebagai manusia perlu mencari jawapan untuk semua itu. Tapi hanya yang tergapai dek minda manusia saja la..Tolong jangan soal dan cari jawapan bila kiamat..Aku pun tak tahu..




Kelebihan mengamalkan surah As-Syams jika dibaca sebelum tidur dalam keadaan berwudhu’ dan tidur berseorangan. Membacanya sebanyak 7 kali surah As-Syams diikuti dengan Surah Al-Lail sebanyak 7 kali. Kemudian dipohon supaya ditunjukkan apa-apa perkara di dalam mimpinya, InsyaAllah berhasil. Jika belum berhasil kerana kurang yakin atau tidak cukup syarat, maka hendaklah ia mengamalkan surah As-Syams selama 7 malam berturut-turut.

Sumber dari SINI dan SINI. 

Surah Asy-Syams - سورة الشمس

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001
Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
A002
Dan bulan apabila ia mengiringinya;
A003
Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
(Asy-Syams 91:3) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A004
Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),
(Asy-Syams 91:4) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A005
Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);
A006
Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);
A007
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
(Asy-Syams 91:7) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A008
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
A009
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
A010
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
A011
(Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;
A012
Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),
A013
Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: " (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!"
A014
(Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).
A015
Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).

October 23, 2013

0 Comments

Chapter 44 || WW 01 - Biar Video Berbicara

| Posting by: jie || Video by : Edi |

Bismillahirrahmanirrahim,

The only love of our life...Zahin & Zahra


video


                                         video


ok bai.


October 08, 2013

0 Comments

Chapter 43 || Bersyukurlah !!!

| Posting by: jie || Photo by : Google |

Bismillahirrahmanirrahim,

Aku dapat tengok gambar ni pagi tadi..So terase nak buat entry dan perbandingan dengan hidup sendiri.

Gambar ni semua aku amik dari GOOGLE. This is life in Hong Kong.

Dorang duduk dalam bilik sekecil ini. Semua aktiviti yang kita buat di rumah, dorang buat dalam bilik ini saja...Sesungguhnya walaupun kita masih menyewa, rumah kita masih lebih besar dari ini..

Membuatkan aku rasa amat bersyukur..Aku tak kaya..tapi masih mampu makan pakai dengan sempurna..makan masih kenyang, pakaian masih belum koyak..masih boleh beli pakaian baru walaupun tak mahal...

*Entry ini takde kena mengena dengan politik ..Hanya pendapat peribadi sahaja...

Storage..katil...tido..makan..study....

storage, masak, tulis, makan..tido..

walaupun seak tapi mcm ikea sket..hahah...tak lawak...i solute u Mr. !!!

masak, makan, tido (tu katil double storey), storage..nampak acam ruang dapur je nih...

uncle nih siap basuh baju smbil tengok tv lagi..




ni paling kecik and paling sedih aku rasa...



ok bai!!
back to top