Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V February 2014 ~ olahbersama® Blogger Widgets

February 26, 2014

0 Comments

Chapter 67 || ZZ ke Zoo Negara

| Posting by: jie || Photo by : edy |

Bismillahirrahmanirrahim,

Sebenarnya dah 2 minggu lebih pergi. Dah lama juga nak bawa Zahin.. Dulu first time datang masa Zahin sebaya Zahra.

Lebih kurang 11 pagi kami sampai.  Siap bawa bekal nasi lemak lagi.

Harga tiket pada aku agak mahal. Dewasa RM30 dan kanak-kanak RM 10. 2 tahun ke bawah free. So total untuk kami bertiga adalah RM70.

Malas nak membebel. Tengok gambar je la...



















My comment:

-  Overall, aku rasa lebih kurang sama je dengan last visit. Kurang improvement. Menjadikan aku pun kurang mood nak explore semua. Aku rasa binatang pun dah bosan tengok hutan mainan depa tu..Sampaikan malas nak layan manusia yang duk melawat depa.

-  Improvement, ada construction untuk building baru. Jalan nak ke tempat orang utan. kalau ikut signboard building ni khas untuk panda. Baguslah..Tak payah la pegi jauh-jauh nak tengok panda. Cuma harap-harap harga tiket tak la melambung nanti. Tempat untuk show gajah pun tengah buat. so boleh tarik lagi ramai pengunjung datang.

-  Walaupun pembangunan untuk tempat/ bangunan baru diwujudkan, harapnya tempat binatang sediada janganlah dilupa. Ntahla..rasa kesian la tengok binatang tu semua.

-  Sepanjang ke sana, banyak sukarelawan/ sukarelawati zoo ni. Merata ada. Untuk aku, itu adalah petanda baik. Satu sebab masih ramai pencinta binatang yang ingin mendekati fauna secara dekat. Budak sekolah pun ramai..kedua boleh elakkan gejala sosial. Daripada duk melepak tak tentu hala baik ko gi tolong bagi makan lembu/ cuci kandang boya. Dapat pahala.


ok bai.





February 21, 2014

0 Comments

Chapter 66 || Zahin dah 4 tahun!!!

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah. Allah panjangkan usia aku untuk lihat Zahin sampai ke hari ini.

Zahin anugerah dan keajaiban pertama buat aku. Dari hari pertama aku tahu. Buat test mula-mula, negatif. Test kedua buat pagi-pagi, negatif. Then bawa 'kit' yang telah di test ke office. Sampai car park, saja je nak tengok balik. Dan memang tak harap ada perubahan. But amazingly, ada 2 line. Memang terkejut. Lepas maghrib baru bagitau En. Edi. Malam tu family mertua datang. Kami dinner kat luar.

Malam tu En. Edi memang senyum saja. Sampai tak lalu makan. Beliau sangat happy sampai memang tak sempat-sempat nak bagitau mak dia. Tapi aku tak kasi sebab belum jumpa doc. Haha..But frankly speaking, I've never saw his reaction macam malam tu.

Sebagai anak sulung, Zahin kami anggap anak yang bijak. Sesuai dengan namanya. Zahin = bijak. Dr. Ahmed PAED Zahin di DEMC memang suka dan ingat Zahin. Sebab dia kata nama Zahin sangat rare. Dan dia suka nama zahin sebab "Zahin means clever".

Zahin cepat bercakap. Mula berjalan pada usia 14 bulan. Tapi dari segi pertuturan, memang no. 1..Zahin jadi abang long dikala usia 2 tahun 5 bulan ++. Tapi jiran sekampung yang datang melawat masa aku berpantang Zahra mesti kata Zahin macam budak 4 tahun. Sebab Zahin tak pelat langsung. banyak plak vocab dia tau. Dan aku sangat bersyukur untuk itu.

Now Zahin dah 4 tahun. Dah sekolah. Zahin happy dan suka ke sekolah. Zahin jarang menangis pasal kawan. Kalau ada kawan atau sesiapa saja  marah2 atau mengata, dia diam je. Kalau mengadu pun muka takde perasaan. Kita pulak yang nak nangis bila dengar situasi dia. Well, keadaan tu tak la selalu berlaku. Tapi Zahin boleh tau samada kita suka atau tak pada dia.

Aku selalu pesan supaya Zahin sentiasa ingat family dalam segala hal. Pesan supaya Zahin sentiasa boleh jadi anak yang boleh jaga ibu nanti. Jadi abang yang baik. Tapi aku tak tahu perancangan TUHAN macammana. Aku hanya mampu berusaha dan berdoa.

Ok malas nak tulis panjang-panjang. Ai is emo. #makmemangmacamtu #takbolehtahannakbuatmacammana


video





Bai.


February 20, 2014

1 Comments

Chapter 65 || Throwback 02 - Pengalaman bersalin Nur Zahra Marissa

| Posting by: jie || Photo by :  Edy & Jie |

 Bismillahirrahmanirrahim,

Gigih nak siapkan entry biarpun Zahra dah nak masuk 19 bulan..Masih lagi bf. Gigih juga disitu mengejar demand yang macam sama je ngan zaman tak involve solid food.

Masa tu aku masih lagi bekerja di Pos Malaysia Berhad (PMB). Construction dah siap dan dah 50% operation. Ada lagi yang masih buat internal renovation but part aku banyak yang dah selesai.  

Aku suka bersukan. Walaupun tak terror mana, tapi aku suka sukan yang melompat2 nih..kebetulan aku adalah AJK dalam sukan Posmel masa Oktober 2011. Dah imagina nak main futsal, badminton..masa training memang pegi and bantai main cukup cukup. Walaupun aku tau masa tu aku ada potensi pregnant. But to be safe, 2-3 hari sebelum sukan, aku g klinik buat check up and positive. Doc pun duk remind macam-macam sebab aku ada kes miscarriage sebelum ni.

Jadinya aku hanya 'melangut' tengok orang bersukan pada hati kejadian. Since kandungan masih awal, aku takla inform semua orang tentang kondisi aku..So semua macam heran sebab masa training ko macam EH BUKAN MAIN MINAH NI BERLATIH MACAM CINFORM MENANG JE KEKDAHNYA. Aku menung je tapi gelanggang futsal bagi sokongan yang tak berbelah bagi..wakaka..sayu gila tak boleh main time tu...

Kandungan berjalan seperti biasa. Aku check up di gomen jugak..di DEMC pun ada.. Past tu dah 7 bulan aku start check up di Az-Zahrah Bangi. Kenapa Bangi, jauh gila tu dari Serendah. Well, PMB ada provide maternity kat 2 pusat rawatan di sini. Pusrawi Damansara and Az-Zahrah. Aku tak gi Pusrawi sebab aku tak suka dengan suasana Pusrawi. Rasa tension gila duk situ. Haha..btw, lain orang lain pendapat. Pada yag suka, boleh teruskan. Aku tak leh komen tentang service sebab aku tak pernah directly deal dengan Pusrawi.

Masa 39 weeks, kat ofis tiba-tiba ada blood show. Bila tanya semua orang, semua suruh g klinik..Aku rileks je sebab tak sakit. tapi nervous tetap ada..nasib baik En. Edi waktu tu ada di Shah Alam. Gi amik dia dan amik GL Proton. Pastu bingung nak g mana..Hosp. Gomen ke, DEMC ke Az-Zahrah..tanya causin, dia kata gi je yang terdekat...masa tu dah dekat highway..Kemudaian memikirkan yang aku belum sakit dan malas nak stay hospital, we've decided untuk gi Hosp. Sg. Buloh (HSB) ..kalau g private aku sure aku kena warded terus.

Sampai HSB punyalah ramai yang nak bersalin. Macam-macam riak muka ada..Aku rileks je sebab tak sakit. Katil pun tak cukup. ada yang tgh tahan contraction sambil duduk kat ruangan mengunggu sebab katil tak cukup. Dalam hati aku janganlah dah buka banyak sebab aku macam tak rela nak beranak kat sini. Bila check, baru 2cm dilate dan sebab tak sakit, aku dibenarkan pulang. Alhamdulillah.

Weekend tu, balik Felda Soeharto makan puas-puas. Tapi time tu memang rasa senak je...macam kepala dah kat bawah..Nak jalan pun payah..

So Isnin, aku pilih untuk serah diri di Az-Zahrah Bangi..Yes memang jauh dari Serendah but since aku yang nak serah diri, jauh apedehal...Aku tinggalkan Zahin di rumah dengan mak & Intan..First time tak tidoq dengan dia time tu..huhuhu...

Pukul 11 aku dah sampai sana. Bila check still dilate 2cm. Aku dah tak larat..So mintak induce..Pukul 1.30 dia masukkan ubat..Start pukul 2 aku dah rasa minor contraction. Masa tu pernah terbaca yang ada orang boleh jalan2 bila contraction untuk kurangkan sakit. But my case, dalam pukul 3.00 tu memang tak boleh berjalan dan berdiri langsung. Sakit sangat. Last2 duk berguling dengan selimut. En. Edi sedia je duk teman tapi dia pun dah tak tau nak tolong macammana. Dia nak urut, tapi aku takmau..Aku nak berguling sorang..

Masa sakit tu ada staff yang datang..Tanya condition aku..Tolong bacakan doa untuk aku..Aku tengah sakit so memang tak mampu nak melayan penuh perasaan. Aku lebih fokus pada kesakitan aku. Pukul 4.30 aku dah dibawa ke labour room. 

Dalam labour room ada diperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran. So tenang la sikit. tapi sakit kali ini memang sangat sakit berbanding masa Zahin. Aku sampai haus menahan sakit. Sampai berdoa supaya tuhan bagi aku 5 minit untuk aku rehat dari contraction yang maha sakit itu. Dalam tu pun duk terdengar nurse tu bisik kat doc " Doktor, contraction dia kuat sangat ni". Oh patut la..

Nak minta epidural, but En. Edi sempat remind me of the side effect..So cancel dan bertarunglah lagi...Bila nak push, doktor datang and doktor sangat cool and calm..In between push pun aku still minum air sebab terlalu haus. Doktor pun baik..Mintak En. Edi standby air tepi aku..Bilik tu ada air cond..tapi aku berpeluh-peluh...

Aku pun dah tak ingat berapa kali push, but yang pasti bila baby dah keluar, aku pegang sekejap..kemudian terus dibersihkan sebelah aku..Then doc cakap.." Saya akan rehatkkan awak. Tidur sekejap"..aku refuse sebab macam tak sabar nak duk dengan baby..Doc insists sebab dia kesian tengok aku sangat lemah...Then doc inject, aku kira 1 2 3 terus lelap...

Bila sedar, semua dah settle. terus nurse tolak naik ke bilik. En. Edi tunggu kat sana. then trus request kat nurse "Saya nak tengok anak saya". Tak lama lepas tu nurse bagi baby. Hmm...indahnya perasaan. En. Edi call rumah tanya pasal Zahin. He's been soo good ...baik...tak banyak karenah. Alhamdulillah..At least ibu tenang.

Selasa pagi Doktor datang check..So far ok so boleh discharge petang nie. Lega sangat. Lunch hour member dari NMC Shah Alam datang. Petang family MIL, mak2 sedara belah En. Edi pun datang. So discharge dan balik rumah. Tidur 1 malam dan esoknya terus shoot ke Sungai Siput berpantang di sana.

Bila En. Edi tinggalkan aku di Sungai Siput, rasa sayu sangat. sayu sebab boleh ke aku bahagikan kasih sayang sama rata antara anak-anak ini? Rasa macam kesian kat Zahin takde kawan..Hmmm..Emo je lebih...But Zahin in the other hand, sangat behave...dia suka la duk kampung..Boleh explore macam-macam..boleh jalan merata-rata. Petang-petang naik motor jalan-jalan dengan opah...

Now Zahra dah nak masuk 19 bulan. Vocab pun dah banyak. Alhamdulillah ringan mulut macam abang zahin jugak. Moga Zahra sentiasa berada dalam lindunganNYA. Amin...

Her first day - @ Az-Zahrah

3rd day - Sungai Siput

Day 17 - cukuq rambut

Day 18 - Botak dengan abg long

1 month

2 months

4 months

5 months

6 months

7 months

8 months

9 months. Hari Aqiqah. 

11 months

1 year 5 months





OK bai.













February 19, 2014

0 Comments

Chapter 64 || Mari meroti..

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Aku suka makan roti/ bun/ loaf...Then masa anak satu, aku start belajar buat roti dari blog, website, youtube. Google resipi pun untuk resipi uli guna tangan. Pastu mula berangan nak beli breadmaker. Tapi breadmaker mahal. Kat Malaysia ni belum jadi satu gajet wajib kat rumah. So tak semua orang tau pasal breadmaker. Eh ke aku sorang je yang tak tau? Ahh gasaklah...

Bila dah ada resipi maka gigihla aku menguli bagai. nak makan punya pasal. Ni antara hasil yang aku dah buat. Uli pakai tangan ye...Ada setengah gambar pun dah hilang malas nak cari.

Basic bread. Letak dalam cup, glaze eggwash dan tabur gula. Kuar oven glaze butter plak bagi berkilat. 

Choco bread with bluberry topping. Nak habiskan topping yang hampir expired.

Pizza base. Topping letak je ikut suka hati ko..

Ni tak silap first trial. aku letak bawang ngan sosej kot. Siap bawak bekal gi opis. 

Ni buat kat rumah mak di Sungai Siput. Bagi resipi kat mak sekali. Roti kosong + filling kacang merah.

Cinnamon pull apart bread. Orang lain buat letak dalam loyang 4 segi. Aku derhaka buh dalam loyang bulat.
Kurang laku sebab ada cinnamon and nutmeg powder. Aku je yang makan. huhu


Satu hari aku surf promotion dalam groupon. Jumpa la breadmaker ni harga RM289. Wah teruja u nak beli. Paling murah pun aku biasa jumpa RM 350.

Trus bayar. Bila sampai rumah excited nak cuba. Ada banyak function. Boleh uli dough saja, bakar saja, buat jam dan buat roti. Buat roti maksudnya dia uli dan terus bakar.

Bila teruja of course la aku buat roti terus. Nak test katenye...



My very first try..guna resipi lama..resipi dalam buku tak try lagi. 



Sebab tak puas ati, aku buat lagi..tapi kali ni aku buat cinnamon roll plak. Bagi mak rasa.
mak kata sedap lagi roti plain. Resipi masih ikut yang lama masa menguli dulu.

Try buat wholemeal bread. Resipi ikut buku resipi dalam breadmaker. Cuma aku derhaka sikit je.
3 cup tepung roti aku gantikan dengan 2 cup tepung roti + 1 cup tepung wholemeal.
Minyak bunga matahari aku ganti dengan olive oil.
Gula aku gantikan dengan madu. 

Memang lembut. Resipi uli tangan selama ni saya sangkakan mesti guna telur, bread improver dan bread softener untuk roti menjadi. Rupanya resipi ni saya tak gunakan langsung semua tu dan roti saya masih lembut walaupun hari kedua.

Memang lembut. Hari kedua juga roti ni habiss...

Boleh habis sebab aku buat sandwich sardin bawak bekal ke ofis. 
Separuh untuk aku, separuh untuk En. Edi.

Buat donut jugak. Donut kentang. Dalam resipi kata uli 6-8 minit je..Punyalah malas nak uli, set je dough dalam breadmaker. Cukup masa keluarkan dan bentukkan. 
Ni first time buat donut, tangan tak berseni, tak lawoo...Huhu
Kena blajo buat donut sebab Zahin suka donut. Sian dia asik makan donut beli je..

Aku goreng semua pastu simpan freezer. nak makan nanti tinggal panaskan je. Semalam balik keje, aku keluarkan dari freezer, panaskan kat microwave seminit pastu golek2 kat gula....5 minit je dah siap donut. Wah teasa sungguh efisien di situ. En. edi pun kata sedap..bolehla buat stok banyak2 pasni..Resipi amik dari instagram Pn. Maghfarah. Kat BLOG dia pun banyak resipi menarik especially untuk anak-anak. 

So far, aku puas ati dengan breadmaker ni. Banyak lagi resipi belum cuba dalam tu..pelan-pelan kayuh..

Ok bai.






back to top