Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 64 || Mari meroti.. ~ olahbersama® Blogger Widgets

February 19, 2014

Chapter 64 || Mari meroti..

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Aku suka makan roti/ bun/ loaf...Then masa anak satu, aku start belajar buat roti dari blog, website, youtube. Google resipi pun untuk resipi uli guna tangan. Pastu mula berangan nak beli breadmaker. Tapi breadmaker mahal. Kat Malaysia ni belum jadi satu gajet wajib kat rumah. So tak semua orang tau pasal breadmaker. Eh ke aku sorang je yang tak tau? Ahh gasaklah...

Bila dah ada resipi maka gigihla aku menguli bagai. nak makan punya pasal. Ni antara hasil yang aku dah buat. Uli pakai tangan ye...Ada setengah gambar pun dah hilang malas nak cari.

Basic bread. Letak dalam cup, glaze eggwash dan tabur gula. Kuar oven glaze butter plak bagi berkilat. 

Choco bread with bluberry topping. Nak habiskan topping yang hampir expired.

Pizza base. Topping letak je ikut suka hati ko..

Ni tak silap first trial. aku letak bawang ngan sosej kot. Siap bawak bekal gi opis. 

Ni buat kat rumah mak di Sungai Siput. Bagi resipi kat mak sekali. Roti kosong + filling kacang merah.

Cinnamon pull apart bread. Orang lain buat letak dalam loyang 4 segi. Aku derhaka buh dalam loyang bulat.
Kurang laku sebab ada cinnamon and nutmeg powder. Aku je yang makan. huhu


Satu hari aku surf promotion dalam groupon. Jumpa la breadmaker ni harga RM289. Wah teruja u nak beli. Paling murah pun aku biasa jumpa RM 350.

Trus bayar. Bila sampai rumah excited nak cuba. Ada banyak function. Boleh uli dough saja, bakar saja, buat jam dan buat roti. Buat roti maksudnya dia uli dan terus bakar.

Bila teruja of course la aku buat roti terus. Nak test katenye...



My very first try..guna resipi lama..resipi dalam buku tak try lagi. 



Sebab tak puas ati, aku buat lagi..tapi kali ni aku buat cinnamon roll plak. Bagi mak rasa.
mak kata sedap lagi roti plain. Resipi masih ikut yang lama masa menguli dulu.

Try buat wholemeal bread. Resipi ikut buku resipi dalam breadmaker. Cuma aku derhaka sikit je.
3 cup tepung roti aku gantikan dengan 2 cup tepung roti + 1 cup tepung wholemeal.
Minyak bunga matahari aku ganti dengan olive oil.
Gula aku gantikan dengan madu. 

Memang lembut. Resipi uli tangan selama ni saya sangkakan mesti guna telur, bread improver dan bread softener untuk roti menjadi. Rupanya resipi ni saya tak gunakan langsung semua tu dan roti saya masih lembut walaupun hari kedua.

Memang lembut. Hari kedua juga roti ni habiss...

Boleh habis sebab aku buat sandwich sardin bawak bekal ke ofis. 
Separuh untuk aku, separuh untuk En. Edi.

Buat donut jugak. Donut kentang. Dalam resipi kata uli 6-8 minit je..Punyalah malas nak uli, set je dough dalam breadmaker. Cukup masa keluarkan dan bentukkan. 
Ni first time buat donut, tangan tak berseni, tak lawoo...Huhu
Kena blajo buat donut sebab Zahin suka donut. Sian dia asik makan donut beli je..

Aku goreng semua pastu simpan freezer. nak makan nanti tinggal panaskan je. Semalam balik keje, aku keluarkan dari freezer, panaskan kat microwave seminit pastu golek2 kat gula....5 minit je dah siap donut. Wah teasa sungguh efisien di situ. En. edi pun kata sedap..bolehla buat stok banyak2 pasni..Resipi amik dari instagram Pn. Maghfarah. Kat BLOG dia pun banyak resipi menarik especially untuk anak-anak. 

So far, aku puas ati dengan breadmaker ni. Banyak lagi resipi belum cuba dalam tu..pelan-pelan kayuh..

Ok bai.






Reactions:

0 comments:

Post a Comment

back to top