Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V October 2015 ~ olahbersama® Blogger Widgets

October 28, 2015

11 Comments

Chapter 200 || Video Korea Getaway

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah dah balik Malaysia. Exactly sampai rumah pukul 10 ++ pm macam tu la. ZZ tak ikut masa Edi amik aku sebab mertuaku ada di saneee...

Alhamdulillah juga. Sihat sepanjang berada di sana. Cuma last day tu ada batuk-batuk sket.

Mula-mula nak pergi gigih google suhu. Yelah iolls tak biasa sejuk-sejuk gitu. Sebab musim luruh katanya sejuk. Google blog lain pun katanya sejuk especially malam la...


Aku sampai sana dalam pukul 8++ pagi waktu Korea. dari KLIA2 pukul 1.10 pagi. kami pegi berempat. Lagi 3 orang ni dah pernah pegi so tak la kekok sangat. Mudah sikit la keje aku. In fact, sorang lagi si Ipah tu boleh jugak cakap Korea. Memang banyak mudah la...

Actually entry Getaway tu memang aku dah tulis lama. Tapi masa tu belum pegi lagi kan... malas nak gebang lebih. Selagi tak sampai Korea selagi tu aku takmau bising. Sebabnya macam-macam kemungkinan boleh jadi. Haha.. Psycho sangat ayat. Tapi aku memang beringat.

Tanya geng ni, depa kata macam duduk depan pintu peti ais je. So aku memang pakai jaket je. Takdelah winter coat bagai.

Sebelum pergi, kitorang just update apa yang patut bawa.. ubat, makanan and so on. Pegi 10 hari. Tapi x bawa baju banyak. Sebab nak basuh baju di Seoul.

Flight kami turun di Busan. Drive ke Suncheon. Lepas tu drive lagi ke Muan. Hantar kereta di Mokpo dan flight dari Muan ke Jeju Island. Sewa kereta jalan-jalan kat Jeju. Kemudian flight ke Gimpo (Seoul). Jalan-jalan naik subway. Kemudian naik KTX dari Seoul ke Busan. Di Busan jalan-jalan naik bas dan  flight balik dari Busan ke KLIA2. Hahaha..

Tiap kali upload gambar atau video ada je yang tanya.. bila nak balik? Sebab nampak lama sangat aku di sana. I tell u. This is my first time being away from kids selama itu.

Korea macammana? Best ke?

Aku ke Korea jalan-jalan. Masa ke sana memang tinggal company phone di rumah. So memang takde siapa kacau aku even my boss. Heaven sangat rasa takde gangguan kerja. TQ Boss kerana tak ganggu hidup saya di Korea. Hahahaa.. Dasarrr sangat.

So memang aku suka. Memang aku happy. Memang aku teruja. Banyak tengok nature. Sejuk hati. sesejuk air di Korea. Kah kah..

Ok lah. Meh tempek sket few gambar. nanti aku cerita detail setelah mengumpul gambar, mengedit gambar dan juga mengumpul kekuatan. Mungkin banyak part la. Takde orang baca pun takpe, aku simpan untuk diri sendiri. wakakaka...

Meh aku jamu dengan video dulu... No caption. Just video. Pastu tak ikut sequence. Sukahati aku je..Full story akan menyusul nanti...



Korea Getaway 2015 from Marziah Zakaria on Vimeo.


ok bai.


October 15, 2015

1 Comments

Chapter 199 || Hello from Nami Island

Hari ni kami ke Nami Island.

Lambat lagi nak balik. ISNIN to be exact.

Ramai yang kata aku tahan rindu pada anak. Kental. Tahan.

Zahin hanya berpisah tidur dari aku masa aku bersalinkan Zahra.
Zahra?? Aku bf Zahra. Tak pernah berpisah setiap malam. Hanya pertama kali berpisah masa aku admit wad di Hospital Slim River bulan puasa tahun ini.. 2015. Itupun Zahra dah 3 tahun 2 bulan. And just after that aku wean off.

Sepanjang bf kemana saja aku bawa. Even aku kena pergi kursus. Sanggup bayar sewa bilik hotel sebab bawak family.

Masa company trip di Phuket. I am the only person yang bawa anak. Yang lain semua single termasuk big boss.

So aku pohon janganlah kata aku ni tak ingat anak. Jangan kata aku mak takde hati dan perasaan. Jangan ya kesayangan sekalian. 

Ok bai. Terimalah daun maple yang tantekk dari ahkak. 

October 09, 2015

1 Comments

Chpater 198 || Get.a.way ||

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

I will be away.. just for a while.

Plan dah setahun lepas. Masa plan  tu siap cakap sapa nak buat anak sila plan. hahaha
Sebab kalau aku, memang taknak berbadan dua time tu..

Bukan menolak. Kalau rezeki Alhamdulillah.

Dulu, nak join tanpa sebab. Sebab yang lain dah pernah pergi. So kerja aku tak banyak.
Duit aku tak la banyak. Tapi ada masa tu rasa nak perabih duit. Time ni la...

Tapi sekarang.. trip ni memang aku nak sangat-sangat. Kepala berat.
Nak ringankan. Nak short get-a-way. Biar short.. tapi bermakna. Harapnya.

Doakan semuanya.  Aku harap semuanya dalam lindunganNYA. Samada kami berempat mahupun yang lain.

ADIOS.
 
back to top