Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 229 || Terjebak dengan YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL (YLEO) ~ olahbersama® Blogger Widgets

November 09, 2016

Chapter 229 || Terjebak dengan YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL (YLEO)

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Ape kes tajuk tak hagak-hagak. Nak cerita sebab dah terjebak. Dan tersuka.

Mula-mula member kenalkan. Cerita. Dia share kat FB. I is dont care u know. Malas. Tak minat nak tau.

Pastu jumpa dia. Kawan sekolah actually. kalau tak sebab minyak pun tapi sebab member memang kitorang akan jumpa bila free. Walaupun tak selalulah. Haha..

Start beli ORB diffuser + peppermint + lavender. Both Essential oils (EO) 15ml. Pastu dia cerita pasal Lemon untuk detox dan kuruskan badan. Sebab harga member murah dalam RM51 maka belilah. Semua dalam  RM300-RM400 gak la masa tu. Roomate aku kat hotel geleng kepala je.. "Akak, Sanggup akak beli dan keluarkan duit macam tu je". Aku tak jawab.. Sebab aku pun tak tau nak jawab apa.

Esoknya try guna. Guna pun takat guna je. Member still follow up feedback aku. Tak rasa nak menambah ke hapa. Selain member aku si Rina ni, ada few kenalan FB yang guna juga EO ni dan share dalam FB. Satu hari aku nampak post dia pasal dia buat "Wellness Blend" untuk jaga kesihatan anak-anak dia. To be exact to boost immune, untuk elakkan jangkitan penyakit (kita usaha, selebihnya Allah tentukan). So aku tanya dia.. Dia jual 10ml dalam RM120.

Aku tanya Rina. Kot-kotlah beli dari Rina dapat murah. Hahaha.. Agak checpskate di situ.

Then Rina suggest another blend dan dia juga suggest untuk aku beli sendiri semua minyak yang aku nak tu dan buat blend sendiri. Dia akan bantu untuk pilih EO since EO yang ada banyakkkk sangat. Mau pening kalau first time tengok. Tak tau mana nak amik.

Aku masih 50-50. Time gaji dia follow up lagi. So aku pun malas nak fikir aku on je lah. 

Bayar dalam RM 1k++ dan dapatlah EO macam ni. Masa ni seronok tengok minyak je. Nak guna kena study satu-satu. Ni pun aku dah combine dengan yang beli mula-mula dulu.

Ni lah orb Diffuser tu. Takde jual kat Malaysia. Yang ni member aku order dari US. Guna USB. So sesuai digunakan dalam kereta atau office.  Kalau nak beli boleh bagitau. Yang 1 lagi kat atas tu dew drop diffuser. Yang tu guna plug elektrik. Lagi efektif. Tengok saiz la kan...Nanti entry lain aku cerita lain.

Aku tak terus buat blend yang aku nak tu. Aku try apply sikit-sikit pada anak-anak. Perlahan-lahan juga aku nampak perubahan. Anak-anak pun macam suka sebab bila tak berapa sihat tak payah makan ubat. Aku just sapu je pada dada, belakang, tapak kaki dan bahagian yang sakit.

Kalau tak sihat, tetaplah aku ke klinik tapi lebih kepada nak confirm dan nak tau apa sakitnya. Bila tau senanglah aku nak treat. Lebih kurang macam tu lah.

Bukan aku sorang excited sebenarnya. Zahra pun sama. Botol-botol ni comel-comel semua dan ada sticker colorful. Colorful bila ko beli banyak la. Kalau beli 1 botol dia belum jadi colorful. hahaha...

So bila dia geram adalah aksi-aksi nak menerai sendiri minyak. Ada waktu dia tak bernasib baik, eh selalu nasib tak baik, minyak yang dia test mostly minyak yang panas. Pernah dia sapu rambut.. dia tiru macam aku selalu sapu kat ubun-ubun dia. End up menjerit, aku heret ke bilik air dan syampoo balik 1 kepala.

Now dia dah tak usik tapi geram nak tanggalkan sticker EO ni. Ada jugak budak macam tu. Aku memang alert je dengan dia tapi ada 1 masa tu aku terlepas pandang jugak makanya EO Orange aku dah takde sticker. Nasiblah mak kenal bau lagi nak...

OK berbalik pada cerita EO tadi. Rina masukkan dalam support Group. Support group yang gunanya untuk sharing macam-macam. Bila dalam group tu kita rasa seronok. Even kita newbies. Sebab banyak info boleh dapat. Kengkadang membaca ni malas sket tapi Telegram laju je bukak. Hahaha...

Dari situ timbul minat nak explore. Pendek kata meh kita summarize kan balik kenapa aku suka YLEO. Jangan tanya aku pasal brand lain sebab aku tau pasal Young Living je.

Kenapa aku suka essential oil (EO)?

                         

1. Sebab essential oil boleh guna banyak cara. Boleh sapu, boleh diffuse, boleh inhale, boleh titik dalam makanan/ minuman. 

2. Ada single oil dan ada blend oil (campuran beberapa jenis minyak). Even nama dia Single oil pun tapi kegunaan dia banyakk sangat. 


3. Boleh buat blend sendiri. Blend ni yang YL tak jual lah. Kita beli single oil dan blend sendiri. Setakat ni dah buat FLUBOMB, WELLNESS BLEND & ECZEMA BLEND etc. So far puas hati sangat. Nanti free aku cerita pulak apa single EO yang ada dalam blend ni.


4. ZZ boleh terima EO. Bila rasa tak sihat sendiri datang pada saya minta disapukan EO. Bila jatuh ke terus datang mengadu dengan ibu. Aku pun layan je lah amik lavender sapu je kat luka.

5. Sebab aku boleh guna untuk apa saja tujuan (sebagai treatment awal). Rasa-rasa macam nak selsema atau takut anak-anak selsema lepas kena hujan atau mandi laut contohnya, boleh sapu flubomb. 

6. Sebab Young Living ni Trapeutic grade. Seed to Seal lagi. Maknanya kualiti dari tempat tanaman tumbuhan dan biji benih hinggalah packaging semua kulaiti dititikberatkan. Mula-mula aku skeptikal tentang ni.. tapi bila leader aku sendiri dah pegi ke ladang mereka di US dan lihat sendiri semua proses depan mata agak-agak tak nak percaya lagi ke..

7. Sebab Young Living ada minyak untuk emosi. Menarikkan? 

And the list goes on...


ok. Buat masa ni tu je lah. Aku guna sejak Mac 2016 sampailah sekarang. Suka. Sapa nak tau detail bagitau. Kita sembang sambil inhale EO amik mood. Haha.

Ok bai. Iolls tengah tunggu roti batch terakhir dalam oven. eh iolls jual roti jugak tau. Kalau duk sekitar Tanjung Malim/ Keliang/ Kalumpang dan kawasan sekitar boleh whatsapp no yang sama untuk order. Akhir kata, terimalah gambar roti yang aku masukkan EO Oren dan lemon jugak dalam tu. Sedap tau.

Kiri - EO Orange. Kanan - EO Lemon. Jemput tengok. 

Ok bai lagi. 







0 comments:

Post a Comment

back to top