Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 66 || Zahin dah 4 tahun!!! ~ olahbersama® Blogger Widgets

February 21, 2014

Chapter 66 || Zahin dah 4 tahun!!!

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah. Allah panjangkan usia aku untuk lihat Zahin sampai ke hari ini.

Zahin anugerah dan keajaiban pertama buat aku. Dari hari pertama aku tahu. Buat test mula-mula, negatif. Test kedua buat pagi-pagi, negatif. Then bawa 'kit' yang telah di test ke office. Sampai car park, saja je nak tengok balik. Dan memang tak harap ada perubahan. But amazingly, ada 2 line. Memang terkejut. Lepas maghrib baru bagitau En. Edi. Malam tu family mertua datang. Kami dinner kat luar.

Malam tu En. Edi memang senyum saja. Sampai tak lalu makan. Beliau sangat happy sampai memang tak sempat-sempat nak bagitau mak dia. Tapi aku tak kasi sebab belum jumpa doc. Haha..But frankly speaking, I've never saw his reaction macam malam tu.

Sebagai anak sulung, Zahin kami anggap anak yang bijak. Sesuai dengan namanya. Zahin = bijak. Dr. Ahmed PAED Zahin di DEMC memang suka dan ingat Zahin. Sebab dia kata nama Zahin sangat rare. Dan dia suka nama zahin sebab "Zahin means clever".

Zahin cepat bercakap. Mula berjalan pada usia 14 bulan. Tapi dari segi pertuturan, memang no. 1..Zahin jadi abang long dikala usia 2 tahun 5 bulan ++. Tapi jiran sekampung yang datang melawat masa aku berpantang Zahra mesti kata Zahin macam budak 4 tahun. Sebab Zahin tak pelat langsung. banyak plak vocab dia tau. Dan aku sangat bersyukur untuk itu.

Now Zahin dah 4 tahun. Dah sekolah. Zahin happy dan suka ke sekolah. Zahin jarang menangis pasal kawan. Kalau ada kawan atau sesiapa saja  marah2 atau mengata, dia diam je. Kalau mengadu pun muka takde perasaan. Kita pulak yang nak nangis bila dengar situasi dia. Well, keadaan tu tak la selalu berlaku. Tapi Zahin boleh tau samada kita suka atau tak pada dia.

Aku selalu pesan supaya Zahin sentiasa ingat family dalam segala hal. Pesan supaya Zahin sentiasa boleh jadi anak yang boleh jaga ibu nanti. Jadi abang yang baik. Tapi aku tak tahu perancangan TUHAN macammana. Aku hanya mampu berusaha dan berdoa.

Ok malas nak tulis panjang-panjang. Ai is emo. #makmemangmacamtu #takbolehtahannakbuatmacammana


video





Bai.


Reactions:

0 comments:

Post a Comment

back to top