Bismillahirrahmanirrahim,
Ni ada satu seminar khas untuk ibu bapa. Aku pernah join sesi ke-3. Now dah consider sebagai alumni la..So kalau join lagi boleh dapat harga RM150 la..
So far, aku rasa tak rugi langsung join..Boleh dengar experience ramai orang. kenapa aku rasa kena join?
1. Seminar ni boleh apply pada sesiapa saja. Masa aku join dulu ada yang belum kawin join, ibu join, bapa join, ibu bapa join dan ada juga ibu bapa bawa anak-anak even ada tempat untuk breastfeed/ pumping juga. so sangat selesa.
2. Panel jemputan juga moderator yang sangat berpengalaman. Untuk sesi ini, sapa tak kenal Dr Harlina Siraj dan Dr Zaharuddin Abd Rahman. Ustaz Syaari Abdul Rahman ni aku baru kenal masa join RYK ni. Beliau memang sangat best. Banyak bercerita tentang pendidikan Al-Fateh. Moderator pun sapa yang tak kenal. Orang glamer Al-Hijrah.
3. Panel jemputan ByRoadtoMalaysia. Ni yang paling nak dengar.
Untuk pendaftaran, sila ke: website: www.
Register online lagi senang. Nanti datang boleh terus check.
Apa-apapun, ni aku copy paste dari emel yang aku terima. Boleh baca dan join. Tak rugi.
Assalamualaikum,
Alhamdulillah dengan izinNya, Young Khalifah sekali lagi berpeluang menganjurkan Seminar Keibubapaan "Raising Young Khalifah Series 4.0" –Anak Amanah Besar Dari Allah. Seminar Raising Young Khalifah (Siri 4.0) ini merupakan BAHAGIAN Pertama untuk tahun 2014. Seminar ini bakal mengupas persoalan-persoalan semasa dan tips parenting terkini dengan barisan PAKAR-PAKAR “PARENTING” SERTA CEDIKIAWAN TERBAIK TANAHAIR, untuk membantu ibu bapa dan para pendidik tentang persiapan dan ilmu dalam membentuk KHALIFAH-KHALIFAH UNGGUL ISLAM.
Tarikh : 8 Mac 2014 (Sabtu)
Masa : 8:00 pagi hingga 6:45 petang (makan pagi, tengahari dan petang disediakan)
Tempat : Dewan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Yuran Penyertaan :
1. RM170 seorang (Early Bird, Promosi sehingga 23 Februari 2014)
2. RM190 seorang (Harga normal setelah tamat promosi ‘Early Bird’)
3. Berpasangan (Suami Isteri Sahaja) - RM320 (Early Bird,Promosi
sehingga 23 Februari 2014)
4. Berpasangan (Suami Isteri Sahaja) – RM350 (Harga normal setelah tamat promosi ‘Early Bird’)
5. Berkumpulan 5 percuma 1 – RM950
Walau bagaimanapun, dengan sukacitanya pihak Sekretariat ingin menawarkan YURAN PROMOSI UNTUK ALUMNI SEMINAR RAISING YOUNG KHALIFAH (RYK) iaitu pada harga RM150 sahaja seorang. Untuk melayakkan tuan/puan mendapat harga ini, sila mendaftar dengan nama penuh dan maklumkan juga sama ada tuan/puan adalah peserta RYK (13 November 2012), RYK (1 Mei 2013) atau RYK (10 November 2013)
ok bai.
0 comments:
Post a Comment