Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 27 || Ambil berat atau kaki sebok?? ~ olahbersama® Blogger Widgets

July 15, 2013

Chapter 27 || Ambil berat atau kaki sebok??

| Posting by: jie || Photo by : GOOGLE |


Bismillahirrahmanirrahim,

Salam Ramadhan untuk semua.

Di awal ramadhan haritu, semua duk kecoh pasal youtube budak sekolah yang baru couple seminggu. AKU JANJI katanya. Phone aku rosak so memang aku tak buka facebook dan tak tau pasal kewujudan video itu.

Perbualan pagi ini dengan seorang member , En. A

En. A : U dah tengok dah video budak sekolah tu?
Aku   : Budak sekolah apa?

En. A : Ala, video yang duk hangat kat facebook sekarang. Semua orang duk sibuk sembang pasal cerita tu je..u tak tau ke?
Aku   : Eh. tak tau pun..kan phone rosak so xtau apa2..

En. A : Nanti u tengok la eh..dia sebenarnya privatekan video tu tapi tetiba ter set public and in 1 week terus glamer gila..semua orang duk kutuk-kutuk dia..penuh wall masing-masing duk cerita hal dia je..
Aku   : So?

En. A : U tengok je la...budak tu baru seminggu couple dah berjanji bagai..
Aku   : So?

Aku bertanya soalan itu sebab aku tak tahu kenapa aku perlu tengok video tu. Disebabkan dia budak sekolah dan duk berjanji macam-macam..Then satu kerja plak aku nak tengok video dia dan buat komen aku sendiri. Satu kerja jugak orang-orang lain duk kena buat parody pasal dia...

Pada aku, kalau tak suka dia, ko klik pangkah kat video dia dan sambung buat keje ko...As simple as that..Tak perlu la nak sibuk-sibuk bagi komen..Budak tu dah tentula tak fikir panjang masa buat video tu..So biar je mak bapak dan sedara mara dia sekolahkan budak tu...

Sorry, aku sampai sekarang tak tengok video tu..Bukan sebab aku bagus..Tapi aku rasa macam tak perlu je nak tengok video tu...Kalau ada video yang bagus-bagus, meh share dengan ahkak. Tapi kalau yang lebih kurang sama dengan yang ni, baik tak payah. simpan sajalah di lubuk hatimu. eewahhh...

Ada waktu yang kita sebagai masyarakat perlu ambil berat. Ada masanya perlu ambil tahu. Tetapi ada masanya kita tak perlu sangat jaga kisah orang. Sebab kita sendiri belum cukup bagus untuk menilai orang lain.

Contoh lagi satu. Ada satu kes di kawasan kampung aku dimana ada budak pompuan hilang. Haritu mak aku bagitau pasal ni. Dengarnya ikut boifren dia...OK aku malas nak amik port sangat.

Then the other day mak aku citer mak pompuan ni ada datang rumah ada hal apa tah. Aku tanya mak aku, anak dia dah jumpa ke? Mak aku cakap tak berani nak tanya soalan tu..Nanti orang kata kaki penyibuk. Aku cakap kat mak aku..Itu bukan menyibuk, itu ambil berat. Kalau aku mungkin dah tanya.

Mak aku kata makcik tu marah kalau orang tanya psal anak dia. ok fine. Zaman dah berubah. Ambil berat dikatakan kaki penyibuk. Penyibuk plak dikatakan ambil berat.

Macam kes anak makcik tu, kalau betul dia ikut boifren, then aku akan ambil kes tu sebagai iktibar. Sebab aku masih ada adik pompuan yang baru nak sambung belajar di utara. Jauh la jugak dari rumah aku di Sungai Siput utaghaaa tu...So kena sentiasa nasihatkan dia supaya tak terbabas di landasan yang tidak sepatutnya. Harap-harap baik-baik semuanya. Aku doakan yang baik-baik saja.

Nak happy di bulan ramadhan ini dengan makanan? nah ambik..



OK bai.


Reactions:

2 comments:

  1. Tak teringin jugak tgk video tu..

    ReplyDelete
  2. zaman skang ni mmg dah terbalik ckit..yg penting n patut di tengok n ditanya x dibuat..tp yg xptt buat tu lak yg jadi penting... adoii..xtaula..nk kt pape dah..

    ReplyDelete

back to top