Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 31|| Ramadhan oh Ramadhan ~ olahbersama® Blogger Widgets

July 30, 2013

Chapter 31|| Ramadhan oh Ramadhan

| Posting by: jie || Photo by : jie | 


Bismillahirrahmanirrahim,

Ini adalah luahan diri sendiri untuk diri sendiri..Tidak melibatkan mana-mana pihak yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia melainkan diri dan keluarga sendiri saja. Yang baik dari Allah dan yang buruk itu kelemahan diri sendiri.

Umumnya tahu bahawa bulan ramadhan adalah bulan yang paling baik antara semua bulan..melebihi syawal itu sendiri. Betapa kasihnya Allah pada manusia bila menyuruh manusia berpuasa..bukan setakat menahan lapar dan dahaga bahkan menahan nafsu itu sendiri Which is memang agak payah dilakukan bagi sesetengah orang dan bulan bonus juga bagi sesetengah orang. Agak payah disini maksudnya payah untuk menahan nafsu ..nafsu nak makan macam-macam, nak beli macam-macam, nak shopping raya macam-macam..bagi yang dah ada rumah sendiri pulak, of course nak hias rumah macam-macam, nak kueh raya macam-macam.. tambah-tambah sekarang ni dunia di hujung jari..nak cari apa-apa, 'GOOGLE je'..

Semua ni peringatan untuk diri sendiri. Bila difikirkan, masa nak start puasa, promosi tentang keberkatan ramadhan atau mengimarahkan ramadhan adalah agak kurang berbanding promosi bazar ramadhan ataupun promosi iftar di restoran/ hotel semasa ramadhan. Dah jadi terbalik pula..Bulan ramadhan dikatakan bulan yang boleh buat duit. Betul tak dinafikan..juallah apa saja...

Jalan TAR sekarang sangat sesak. sampai dihebahkan melalui media supaya tidak membawa kenderaan dan kempen naik komuter/ tren dikuatkuasakan. SOGO aku sangat pasti sangatlah penuh dengan manusia. Aku pernah bekerja di DAYABUMI dan umumnya tahu memang dekat dengan pasar seni, jalan TAR mahupun SOGO. Itulah tempat aku berpeleseran dulu-dulu..heheh...Sekarang rasa bersyukur sebab dah tak bekerja di situ lagi..kalau tak, mungkin saya akan menjadi salah seorang yang mengukur jalan dan bangunan itu saban minggu. Paling tidak hari Jumaat boleh juga sebab rehat lama. 


See?? Siang malam sama saja havocnya... :)- (pic from GOOGLE)


Kemudian bertukar ke Shah Alam. Juga seronok sebab banyak sangat tempat yang boleh diterjah untuk makan-makan dan shopping. haha..Masa nak beli rumah, terfikir pulak sebab nak tempat yang tenang dan tak havoc sangat. Syukur..dalam pencarian, Allah tunjukkan jalan..Maka tercampaklah aku ke pekan kecil di TM yang ada kfc, pizza je..oh secret recipe, tutti frutti pun ada jugak...(nampak sangat rajin melawat tempat-tempat makan ni). Sekarang masih menyewa di rumah lama dan dalam proses pembelian rumah di pekan kecil ini. Alhamdulillah. 

Aku pun tak habis lagi membeli sebenarnya tapi sedang memikirkan waktu terbaik untuk membeli..Bila orang tak ramai..Bila tu ye??

Di musim ini jua, dah tak ramai upload pasal ramadhan..Ramai yang dah cerita pasal raya..Well, setahun sekali..Kenalah berbelanja sebaik mungkin..Aku ni berdoa jelah supaya tak jadi gila/ meroyan bila tengok sale sana sini just for raya..

Seperti yang aku katakan di atas tadi, aku bukanlah yang terbaik dan bukan juga nak tunjuk baik. Pointnya di sini jika inginkan perubahan, ia harus datang dari dalam diri sendiri..Kita tak perlu tunggu orang lain bertindak. Jika kita terlalu mengharapkan orang lain, kita akan kecewa jika 'orang lain' tidak berubah atau tidak memahami kita. Eh agak sama macam konsep Change Management. Change starts from yourself. Change yourself and others will also change. 

Korang jangan mengata plak kalau esok lusa aku upload gambar makanan plak..nanti kata cakap tak serupa bikin..Tapi rasanya aku nak upload gambar makanan masa buka puasa lepas raya kot...haha..sebab penyakit 'M' menyerang. Bagus jugak ada penyakit malass untuk upload gambar..

Sebelum aku bebel lebih merapu lagi, marilah sama-sama kita baca ilmu di baah. Moga memberi manfaat untuk semua. Source dari SINI..Wallahua'lam.




Tarikh: 
 Feb 20, 2010

Riwayat: 
 Riwayat Bukhari & Muslim

Kategori: 
 Ibadah
Hadith: 
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.
Huraian Hadith: 
Pengajaran Hadis:
i) Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ˜ra-mim-dal', yang bererti panas atau panas yang menyengat. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud menjadi panas atau sangat panas, atau diertikan juga sebagai hampir membakar. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.

ii) Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut ˜Siyam' atau ˜Soum' Kedua-duanya berasal dari kata dasar ˜Sa-wa-ma', di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.
iii) Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.
iv) Selain itu Allah S.W.T juga memberikan dorongan untuk kita berusaha memperbanyakkan ibadah dengan melipatgandakan pahala pengamalnya serta disediakan satu malam yang lebih baik iaitu ˜Lailatul Qadar' di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.


ok bai. 

0 comments:

Post a Comment

back to top