Bismillahirrahmanirrahim,
Semua orang mesti dah buat kan? Sama la dengan kami..Nak kata complete tu tak taulah...Takut nafsu masih menguasai diri untuk shopping..haha
Duit raya dah siap tukar and masuk sampul. Oh tahun ni sampul proton sangat menarik. Rasa macam sayang nak bagi kat orang pun ada. Tapi nak buat apa kalau tak bagi kat orang ye dak..cuma sebab lawa, 1 kaler dia bagi 5 je..huhu.. Lupa plak nak snap gambar...Nanti minggu depan la buat wordless wednesday..hahaha
Baju raya lebih kepada anak-anak. Well, i guess everyone out there doing the same. Macam kami ni dah takde la nak feel sangat raya ni...Excited tu lebih kepada nak membeli baju raya anak-anak.
Since Zahra dah besar dan boleh jalan ni, adalah wajib untuk aku terlebih excited ak beli baju raya dia..Mana boleh tahan oiii....Baju, dress, semua lawa-lawa.
Sesi shopping baju bermula di Jusco Rawang. Kami pegi pun weekdays lepas maghrib. So tak la lama sangat boleh spent masa. Dapat la baju melayu Zahin. En. Edi nak try match untuk baju melayu dia tapi saiz nan ado la plak. Macam aku kalau nak pilih baju sendiri takleh nak rushing2..sebab nak kena test..kalau saiz ni macam anak dara dulu senangla sikit..sekarang bila dah jadi mak budak, sendiri mau ingat..huhu
DapatLa baju melayu sepasang, few t-shirt and jeans utk Zahin. Sekarang semua jeans dia dah singkat. Zahin ni masalah sikit sebab dia tinggi tapi ramping..hehe..so kena test dulu seluar betul-betul kalau nak beli...Disebabkan tulah jugak, kami banyak belikan 3/4 pants instead of beli trousers kat dia. Untuk zahra dapat jugak blouse and dress.
Theme color pilihan pertama. |
Balik Penang, cari baju kami plak..Nak cari kaler yang sama dengan Zahin adoii...Susahnya nak dapat..Sebab tension dan malas nak meronda tempat lain, kami beli set lain untuk Zahin sekali dengan kami semua di satu kedai ja..So pueh ati teman dapat semua sama. Mak ngan anak dara pun design sama uollls...
So Ahad lepas bermula lagi pencarian baju bajan. Kami ke Subang Parade. Sebab tak nak bersesak punya pasal, pukul 9 dah keluar rumah. Sampai Subang Parade pun orang tak ramai, sunyi lagi..hahahaha..aman sikit nak shopping...And again, aku rambang mata tengok baju budak-budak lebih dari baju sendiri. Beli lagi baju, seluar, dress untuk 2 orang tu...Sampai kedai lain plak, satu seluar RM10. Beli lagi. Sebab murah, En. Edi pun tak la membebel kata aku membazir. lagipun kami memang dah lama tak membeli baju anak-anak. Baju basahan tu biasa la...
See??? Kosong lagi..kami antara yang terawal... |
Untuk aku??? Tak beli apa-apa. tengok lah hari Rabu sebelum raya ni nak keluar ke Ipoh. Kalau ada yang berkenan beli...kalau takde, cukupla sepasang baju kurung tu dengan tudung. Yang lain pakai je mana ada..hahaha...
Nak tunjuk anggur comel parking sebelah kurma yang masih bertangkai. Unik.. Lupa plak nak snap label anggur tu punya spesis. |
Balik Subang Parade tu, masuk je kete anak-anak terus landing. Zahra pun sampai nak bukak mata tak boleh. Tak sampai 5 minit dua-dua tumbang. Sian depa, penat sangat. Singgah jap KPJ Shah Alam ziarah anak causin En. Edi, pastu pi plak Space U8 beli baju apaknya plak. Dapatla rembat kemeja dan t-shirt. Aku ngan Zahra takmo keluar, duk je dalam kete sebab dah tak larat.
Pastu singgah lak Jaya Grocer kat Bukit Jelutong nak beli groceries. Actually kat Subang Parade pun tak ada Jaya Grocer cuma ada Cold Storage (lagi best sbnarnye) tapi sebab banyak lagi tempat yang nak pegi dan risau nanti barang basah berbau, so singgah la masa on da way balik. Tapi pftttttt...barang kat Subang Parade tadi much much more fresh than Bukit Jelutong. Tensi ai..Beli udang untuk Zahra punya bekal Isnin Selasa ni...Makan la udang 2 hari ni ye nak..Beli sotong untuk buat sambal sotong untuk sahur.
Sampai rumah dalam 6.00 ++ pm..Sempat la serve je makanan yang dibeli. Nak masak sendiri memang tak sempat. Malam tu apaknya pun penat sebab drive dan penat berjalan. Apaknya tumbang dulu...So untuk anak-anak rasanya cukupla sampai di sini. Officially Zahin ada 2 pasang baju melayu baru dan Zahra plak ada 3 pasang baju kurung baru (lagi 2 baju sponsor).
Sebahagian hasil tangkapan. |
Minggu ni pun dah ada yang start bercuti. Kami akan balik ke Sungai Siput U pada Selasa lepas 12 malam. Untuk elak jem. Korang jangan tiru tau. Balik awal so that kitorang boleh balik sambil baring atas jalan...hahaha poyo.
SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN!!!! DARI ZZ SEKELUARGA...
mmg gila tgk baju budak pompuan..awat la cantik2 sangat!
ReplyDeletetu la pasai....geramm!!!!
ReplyDelete