Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 14 || Homemade scone yo.. ~ olahbersama® Blogger Widgets

June 19, 2013

Chapter 14 || Homemade scone yo..


| Posting by: jie || Photo by : edi | 



Bismillahirrahmanirrahim,


Aritu sempena hari bapa ingatkan nak buat roti. Well, bukan semua orang rajin buat roti tau..same goes to me..rasanya last buat roti masa zahin kecik lagi kot. Nasib baik tak beli breadmaker..Kalau tak mungkin dah jadi gajah putih kat stor belakang. Pastu mesti kena bebel sebab membaziaq membazir !!!

Aku first nampak resipi ni cari page JintanManis. Banyak resipi best-best kat sane..Since I am still preparing foods for Zahra, there is a lot of recipe that i can try out..hehe  

Bila ada resipi scone dari page tu dan dia gunakan tepung atta sebagai salah satu ingredient, aku terus rasa nak cuba. Tapi dah lama la perasaan rasa nak cuba tu..Buatnya tak jugak. haha..

Kalau nak resipi asal boleh ambil dari page JMC ni k...cuma aku nak cerita yang aku modify sikit resipi ni untuk Zahra. Ikutkan aku buat satu adunan tapi aku pecahkan untuk aku ngan Zahra. Bila dah namanya untuk Zahra, of course aku skip gula garam bagai..


Pada aku untuk Zahra punya ada rasa manis kurma tu tapi light saja..itu ikut suka nak manis mana...different sikit la dari mana-mana teething biscuit dia sebelum ni. 

Bila ayah dia rasa, pastu kata ' next time boleh kot letak gula sikit..'
Aku kata 'Nehiiiiii....banyak lagi benda manis yang natural bole bagi'..



Chocolate Chips Scone (tepung atta) -RESIPI ASAL
Sumber resepi: Jintanmanis.com

Bahan-bahannya
150gram tepung atta
115gram tepung gandum
70gram mentega
50gram gula  - ganti puri kurma untuk Zahra
1/2 sudu kecil garam - ganti cheddar cheese untuk Zahra
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
sedikit coklat chip - tak letak untuk Zahra
50ml susu segar

Cara-caranya
1. Mula-mula cairkan mentega di dalam kuali atau microwave, kemudian pukul telur dengan menggunakan garpu, asingkan 1 sudu besar telur yang siap dikocak tadi ke tepi, telur yang di asingkan ini akan digunakan untuk gliss pada permukaan scone nanti.

2. Didalam bekas adunan, masukkan tepung atta, tepung gandum dan baking powder, kacau sebati menggunakan sudu atau senduk kayu, kemudian masukkan garam, gula, butter yang dicairkan tadi, gaul sebati adunan , selepas itu masukkan susu segar, uli sehingga menjadi doh.  - Aku masukkan tepung atta, tepung gandum, baking powder, kacau sebati. kemudian aku masukkan unsalted butter, gaul2 sebati sikit. Masukkan susu segar, uli sikit sikit dan split 1/3 untuk Zahra.

3. Adunan aku - aku masukkan gula 30 g, garam sikit dan uli lagi...kat sini aku derhaka sikit sebab rasa macam tak cukup cecair so aku tambah sikit lagi butter dan susu segar. uli uli uli dan terus ke step 5. 

4. Adunan Zahra, aku tambah 2 sudu besar puri kurma dan satu sudu besar cheddar cheese. Uli sampai lembut. kemudian aku simpan dalam peti ais dan terus ke step 6. 

5. Akhir sekali masukkan coklat chip dan uli lagi,balut doh dengan plastik wrap dan perap adunan selama 1 jam di dalam peti ais.

6. setelah diperap, terap adunan, ketebalan lebih kurang 3mm ke 4mm, ambil acuan bulat dan tekap, ulang langkah tadi sehingga adunan habis. Susun scone di di atas dulang pembakar dan gliss permukaan scon dengan baki telur tadi, bakar pada suhu 180darjah selama 20 minit atau sehingga permukaan scone perang. Selamat Mencuba.


In the making..Yang ni Zahra punya..


Setelah dimasak...yang ni mak pak Zahra & Zahin punya...

Boleh buat gift jugak..coklat chip ni sukati nak banyak mana..


Satu untuk kau satu untuk aku..yang Zahra punya ada rupa macaroon pun ada..tapi itu bukan macaroon ..ai tak rajin you...



0 comments:

Post a Comment

back to top