Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 19 || Homemade - Frozen carrot yo.. ~ olahbersama® Blogger Widgets

June 28, 2013

Chapter 19 || Homemade - Frozen carrot yo..

| Posting by: jie || Photo by : jie & FB Izyan Masterchef |


Bismillahirrahmanirrahim,

haritu tengok pos Izyan Masterchef kat FB dia....ada yang tak kenal ke? kalau tak kenal, nak habaq mai la ni..Izyan ni juara Masterchef musim kedua. Lama dah la...dia ni Geologist..nak elaborate banyak-banyak aku pun taktau banyak pasal background Izyan nih..

eh banyak plak aku taip perkataan banyak ni...malas cakap banyak (banyak lagi..lempang kang), korang pi la terjah FB dia kat SINI.

Dalam page dia tu, Izyan ada share nak buat kiub ais pudina macam gambar kat bawah ni. Pada aku best jugak idea tu sebab kita bukan nak makan pudina tu banyak banyak sekali hadap. So cara ni memang bagus la yang aku pun macam tak terfikir plak sebelum ini..


Ni idea Izyan Masterchef.

Aku selalu masukkan elemen carrot dalam makanan untuk Zahra. Cuma kadang-kadang aku rasa agak leceh sebab carrot ni lambat sikit lembut dan sukar nak simpan. Sukar pada aku sebab sekali guna untuk masak bukannya banyak. Bila dah 2 hari, carrot pun kecut dan aku pun tension. So En. Edi telah sarankan aku buat konsep ni..Eh, apsal aku tak jumpa dulu idea ni? apsal apak ZZ plak ni? why why why...

So aku pun memulakan kerja-kerja seperti Izyan ini. Cara-cara pun lebih kurang cuma pudina tukar jadi carrot.



Carrot yang telah disagat. Ni kerja En. Edi la letak kat atas papan pemotong ni. Suasana sebenar yang telah disagat  tak la se'seni' itu ya puan puan.


Masukkan dalam bekas 'tipuware' untuk kiub-kiub ini. Beli kat giant je 2 pcs dlam RM4.99 tak silap. Ada lid lagi tau. Dah letak carrot masukkan air. Simpan dalam freezer.


Tadaaa...!!! Setelah di 'frozen' kan..Comel kan kakton....Keluarkan dari bekas tadi dan boleh simpan dalam 'ziplock plastic' ataupun bekas lain. Proses masak pun boleh jadi cepat, pastas dan tuntas!! 



Kesimpulannya,  aku rasa puas hati dengan cara ini sebab bila nak guna just ambik 1 kiub dan masak. Carrot pun masih segar lagi even dah seminggu dalam freezer. 

Just a friendly reminder, ni aku buat untuk Zahra yang dah ada 6 batang gigi. Untuk yang takde gigi better buat puri je. Senang baby nak hadam sebab carrot ni banyak serat..susah sket baby nak hadam. Kalau tak caya cuba tengok poo poo baby..Kalau dia makan carrot, mesti hasil buangan tu boleh nampak carrot jugek...

Nanti nak cuba yang lain plak. Brokoli ke, bunga kobis ke, apa-apa saja...

ok bai!




Reactions:

0 comments:

Post a Comment

back to top