Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 80 || Zahra dah 2 tahun... ~ olahbersama® Blogger Widgets

June 04, 2014

Chapter 80 || Zahra dah 2 tahun...

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Syukur Alhamdulillah. Zahra dah menginjak usia. Masih muda. Terlalu muda.

Breastfeed (BF) 
Zahra masih BF hingga sekarang. Target nak 2 tahun fully BF. Tapi sayang. Kecundang jua dek nafsu di tengah jalan. Aku betul-betul BF Zahra sampai 18 bulan. Lepas tu Zahra consume FM di rumah pengasuh. Kalau malam weekdays + weekends all day memang masih BF sepenuhnya. Itu je lah yang masih termampu. Semalam terfikir bila nak wean off. Tapi rasa sayu la plak nak putuskan macam tu je. Seminggu 2 ni bila Zahra mintak susu kadang-kadang aku buat-buat sakit tapi dia tak endahkan pun..It was like "janji aku dapat susu'. Haha...

Semalam aku balik keje terus mandi. Biasa aku akan BF Zahra dulu. Lepas mandi dah pakai telekung nak solat Zahra datang mintak susu. Aku cakap nak solat dulu. But she still insists sambil peluk kaki aku tak lepas. Aku duduk, susukan dulu. dah puas, dia bangun then senyum kat aku. Pastu dia kata "Ibu solat". Waaaa...nak menitik ayaq mata cek tau...

Aku tak fikir lagi bila nak betul-betul wean off. Cuma nak ajar dia FM waktu siang lah. Itu pun tak taulah bila nak berjaya.

Zahra membesar macam toddler lain. Jarang sangat sakit. Jarang jugak meragam kalau sakit kecuali memang demam stok lembik punya (ada la sekali)..Lain pada tu still kuat..

Tak suka makan ubat kalau sakit. Sebut je ubat mesti kelat muka dia. Nak bagi makan ubat macam bunyi kena dera je suara dia.

Pandai sebut A-Z dan 1-10. Dah kenal A-Z dan 1-10. Oh sangat happy dengan perkembangan dia ni tau. Terima kasih juga pada abang long yang banyak memberi inspirasi dan mengajar Zahra.

Suka makan. So aku suka masak untuk dia. Paling suka buah dan pasta. Pagi-pagi jaga dah kena fikir apa nak masak untuk dia. Aku pernah buat entry pasal makan-makan Zahra ni kat SINI, SANA, SITU, HERE, THERE and a few to name. Ada kat label homemade food/ recipe.

Pandai nyanyi lagu ultraman. Haha. Ni pun mengikut abang longnya. Bahasa? hanya dia dah ultraman saja yang paham..muahahaha...

Pandai mengamuk kalau tak dapat apa yang dia nak. Oh yang ni tak payah nak ajar...

Pandai jeles..Pandai berebut barang dengan abg long. Kalau ayah main-main dengan abg long dia pun sebok..Datang kat ayah pastu cakap "apuyak apuyak" (yaya pulak)..Ko kena cakap laju-laju apuyak tu baru jadi..Muahaha...

And the list goes on..

Berjalan lah Zahra..Berjalanlah ke hadapan. Ibu, ayah, abg long dan semua akan sentiasa mendoakan Zahra. 

Sanah Helwah anak ibu. Ibu sayang kamu. 

ok bai. 






Reactions:

0 comments:

Post a Comment

back to top