| Photo by: jie || posting by : jie |
Bismillahirrahmanirrahim.
Bismillahirrahmanirrahim.
Zahra (Lil Z) is turning 1 this coming
June 2013. Alhamdulillah buat masa ini masih lagi 100% consume susu ibu. Aku sendiri tak percaya boleh pergi sejauh
ini sebab pada aku journey breastfeeding ni bukanlah susah mana..tetapi tidak
boleh diambil MUDAH!! Aku bukanlah tergolong di dalam ibu-ibu yang strictly
follow my pumping schedule..but since I’m already halfway (another 1 year to
complete bf journey) I have no reason to stop that. Moga-moga Allah mudahkan perjalanan
ini. Amin.
Secara umumnya Zahra juga dah
start solid food. Alhamdulillah, aku masih bertahan untuk tak memberinya makan
NESTUM dan masih lagi memasak untuk Zahra. Ni pun nak target sampai 2
tahun..bukan target memasak 2 tahun, tapi memasak dengan cara yang betul untuk
Zahra iaitu masakan yang free salt, free sugar.
Hari ni aku nak share 1 meal yang aku buat untuk Zahra. Mulanya buat khas sebagai teething biscuit tapi sebab Zahra dan abang long zahin pun suka, aku akan sentiasa buat stok. Kadang-kadang aku pun tumpag sekaki…sambil tengok TV sedap juga kunyah.
Bahan-bahan dia senang je.
1. Roti
(Aku selalu guna Gardenia Wholemeal)
2. Cheese
(aku guna spread cheddar).
Ambil sekeping roti, belah 2.
Buat dengan penuh kasih sayang hookay..baru cantik. Then potong crust roti.
Sapu dengan cheese. Yang gambar ni
aku guna gardenia biasa je.
Then potong-potong ikut suka. Aku
suka potong macam ni so that senang nak pegang. Nak buat lawa lawa ke ikut suka
jugek..
Then bakar dalam oven. Suhu ikut
suka and ikut oven. Aku slalu bakar dalam 20 minit gitu sampai garing. Boleh
sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara supaya roti tak lemau. Selalu kalau
aku buat khas untuk 3 hari stok dalam 6 keping roti gitu.
Senang kan? Boleh dipraktikkan
untuk anak-anak bawah 2 tahun khasnya jadi tak payahla beli biskut-biskut di
pasaran untuk depa. Nak jadikan rusk pun boleh. Just patah-patahkan and campurkan dengan susu ( FM or susu ibu) then suap je anak makan. Lagi satu
bahagian atas and bawah roti aku bakar jugak smpai garing dan hancurkan
..jadilah breadcrumb dan boleh digunakan untuk resipi Zahra yang lain.
Kalau rasa terlebih rajin bolehla
buat roti sendiri. Yang ni aku memang belum datang semangat rajin buat masa
ini. OK bai.
Tq share resepi...boleh cuba untuk Ammar ni
ReplyDelete