Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 79 || Churros..Lassi - Resipi mudah ketika lapar.. ~ olahbersama® Blogger Widgets

June 02, 2014

Chapter 79 || Churros..Lassi - Resipi mudah ketika lapar..

| Posting by: jie || Photo by : jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,


haha..tajuk tak ingat dunia.. Maklumlah sejak anak 2 ni nak masak yang simple-simple je..tapi sedap..haha...

Macammana tu? haa..senang je...kita buat yang boleh makan cepat..

Aku sebenarnya tak suka masak makanan yang banyak part nak sedia...lama nak tunggu masak...especially yang kena masuk oven. So kalau aku baking tu means memang untuk special occasion je ataupun tetiba mood aku baik (payah nak dapat tu).


1. Churros


Resipi aku ambil dari blog INI. Aku copy paste untuk reference sendiri nanti.


Bahan-Bahan:
1. satu setengah cawan tepung gandum
2. satu sudu besar butter/marjerin/minyak masak (aku derhaka tambah lagi sesudu)
3. satu cawan air
4. satu sudu besar gula
5. setengah sudu kecil garam
6. setengah sudu kecil asen vanilla (optional, takde pon takpe)
7. sebiji telur
8. nozzle muncung bintang
9. piping bag

Cara-Cara:
1. Didihkan air..masukkan butter, gula dan garam sehingga sebati (pastikan api sederhana)
2. Perlahankan api..masukkan tepung secara tabur/ayak supaya tepung tak berketul...kacau laju2 sehingga rata & tutup api..tapi tak perlu pelik la kalau nmpk mula2 tu berterabur mcm crumbs
3. Pukul telur dahulu...masukkan telur & asen vanilla dalam adunan tepung tadi, uli sebati. Masa uli ni lah aku masukkan lagi sesudu butter. Nak bagi senang uli katanya. 
4. Masukkan adunan dalam piping bag. Picit keluar macam buat kueh raya semperit.
6. Panaskan minyak dalam kuali, goreng secara "deep fry"..api sederhana je...bila dah nampak churros tu kekuningan, cepat2 angkat..
7. Dah siap boleh gaulkan churros dgn gula halus...takpon boleh makan dgn coklat/nutella/caramel/cinnamon..aku makan dengan chocolate sauce.

Caranya - Cairkan coklat masakan. Campur susu segar sikit ikut kelikatan yang kita suka. Siap.

* Churros ni pada aku sedap makan panas-panas. Sebab luarnya rangup dan dalamnya lembut. Bila dah lama dan sejuk, kerangupan kurang terasa. Ke aku je yang buat gitu. Tak taulah sebab baru sekali buat. Haha...
* Saiz churros aku ni comel-comel je. Kalau resipi asal selalu lagi besar. Aku takde acuan besar. Belasah je lah...

2. Resipi yogurt
Selalu bila beli yogurt (natural or greek) memang boleh buat macam-macam. Sebab kuantiti dia banyak. Aku selalu buat Lassi.
Mango Lassi - Mangga masak, yogurt, susu, madu. Blend semua. Kalau nak rasa ice blended letak kiub ais.

Berries Lassi - Raspberry, Strawberry, Yogurt, fresh milk, brown sugar. Kuantiti adjust sendiri. Blend semua. 
Nak masukkan blueberries tapi Zahra dah ngap dulu itu superfruit semuanya. hihu..
Lassi ni aku boleh habiskan 1 tumbler sekali hadap. Suka rasa lemak susu dan yogurt , masam-masam buah. 

Overnight oats. 

Overnight preparation (Bahan basic)
  • 1/3 cup of rolled oats
  • 1/3 cup of yogurt (Aku guna Greek/ natural, mana-mana pun boleh)
  • 1/2 cup of milk Aku guna fresh milk)
  • 1 tbsp of honey/maple syrup 
Leave this overnight.

Esok pagi tambah je buah-buah yang ada. Yang ni aku tambah berries, pisang..
Kalau google resipi macam-macam buah ko boleh letak. Cereal, nuts, kismis, u name it!! semua ada..

Sedap. Pada tekak aku. En. Edi benda-benda ada susu/ yogurt/ oat ni dia tak sentuh langsung. Aku je la perabihkan. 

Konon nak diet. Tapi kalau dah aku je yang perabihkan itu #dietkelaut namanya. 

ok bai. 



Reactions:

0 comments:

Post a Comment

back to top