Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 78 || My First Time Travelling with Zahra ~ olahbersama® Blogger Widgets

May 26, 2014

Chapter 78 || My First Time Travelling with Zahra

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, baru balik dari company trip di Phuket.

Entry ni lebih nak bercerita macammana aku travel dengan Zahra. Masa mula-mula tau ada company trip, risau rasa nak tinggal Zahra. Sebab memang allocated staff je yang pegi. Tak tau mana datang idea tiba-tiba rasa nak bawa jugak. Sebab Zahra still breastfeed. So aku tak yakin En. Edi boleh handle zahra time malam-malam waktu tido. Aku pun tak pernah lagi tinggalkan Zahra setakat ni. Oh Zahra sekarang dah 23 ++ month. Masa aku pegi tu dalam 2 minggu je lagi nak 2 tahun. How time flies.

Bila suarakan pada management, Alhamdulillah diluluskan. Memang aku sorang je pun yang bawa anak. Yang lain semua single jek. Laki pompuan sama.

Macam-macam aku google macammana nak handle baby masa naik flight/ naik feri or boat atau naik bas. Sebab Zahra tak pernah ada pengalaman semua tu. Some more macammana nak handle Zahra kalau dia nak susu. How to NIP (nursing in public). sebelum ni memang pernah je NIP tapi kali ni memang ko join trip dan keliling ko adalah kawan-kawan sekerja ko setiap masa. Company plak lagi banyak staff lelaki compared to wanita. Rasanya 95% lelaki.

Lepas refer macam-macam aku decide nak bawa Zahra guna carrier SSC. Nak pinjam member tapi dia pun guna and dia suggest suruh sewa. Alhamdulillah, dapat sewa. Owner pun bagus. Bagus sebab barang sampai dulu barulah aku bayar. In fact, aku dah balik travel satu sen pun belum bayo lagi..wakaka... Murah lah rezeki owner tu nanti...

Jumaat pukul 4.45 pagi aku dah gerak ke Tol Sungai Buaya. Aku siap-siap kat rumah terus je angkat Zahra. Dia dah bangun. En. Edi & Zahin hantar, dari situ ke RnR Dengkil. Dalam bas Zahra bf and sambung tido. Sampai Dengkil kena kejutkan balik sebab nak solat Subuh. Dia jaga..Lepas solat bf balik. Pastu mood dah ok boleh main-main.


Dalam surau RnR Dengkil. 

Selfie anak beranak...


Sebelum 9 pagi  dah sampai KLIA. Zahra aku dah mandikan kat Dengkil tadi. 


Flight pukul 1.25 pm. Sempat la berjalan-jalan berpoya-poya dalam tu. Zahra pun sempat tido dalam carrier. Supermom sangat rasa..wakaka...

Zahra excited time nih..Tapi dah nampak gaya nak bf dah..Sabarr..

Dalam flight, Alhamdulillah dapat window seat. Sebelah pun staff perempuan jugak. So takde issue. Zahra doesn't really care nak naik flight. Tak amik port langsung. Tau nak menyusu je. Dah menyusu, bagi makan jap. Nasi sikit, sayur sikit, ayam sikit. Pastu tido sampai Phuket.

Dalam bas. Dah sampai Phuket.

Turun flight, naik bas..Pegi  makan. Lawat tempat madu lebah..Kejap je..Sebab semua penat dan macam tak berminat nak pegi. Naik bas lagi. Jalan nak ke hotel berbukit-bukit. Sesuai lah dengan nama Phuket iaitu bukit; asalnya..

Ni masa dinner malam tu..Masa ni tak pakai SSC. aku yang pakai tudung hitam corak bulat-bulat kuning tu. Belah kiri nampak kaler pink tu kaki Zahra. Pandai cameraman ni amik. Masa ni aku tengah NIP. Again, confident itu penting. Janji anak aku tak mengamuk. 

Esoknya ke Phi Phi Island. Kena gerak 6.45 pagi. So pukul 5 dah bangun. Siapkan diri dan pukul 6 terus angkat Zahra masukkan dalam SSC saja. Time aku breakfast, naik bas, dalam bas Zahra tido je. Sampai jeti baru aku kejutkan dia. Malam tu memang tido tak mintak susu langsung. Sian Zahra penat.

6.50 am.. Still sleeping

Sampai di jeti. Kejutkan zahra. Muka pun mamai lagi.

Naik feri dalam 2 jam. Bagi Zahra makan biskut, pisang. Pastu lena balik. Dah nak sampai baru jaga. Sampai Phi Phi Island, lunch. Lepas lunch ke tempat snorkeling. Kena naik bot kecil. Agak berombak juga dan bot pun boleh rasa terumbang ambing . Aku sebelum naik bas pagi tu dah telan ubat mabuk. Zahra memang gamble je. Alhamdulillah, dia takde pening ke muntah ke..Syukur sangat. Sampai je terus singgah untuk Dinner. Kat Phuket kalau takde tomyam memang tak sah.

Phi Phi Island. Tengok betapa lebarnya senyuman Zahra..Alhamdulillah..pegi balik zahra biasa saje..ok je...pegi tido..Time balik dengan aku pun tido sekali..penat...

Sampai hotel dalam pukul 7. Pukul 9 ni nak keluar balik. Jalan-jalan nak tengok kawasan. Malam ni free and easy. Naik tuk tuk pegi Chinatown. Memang banyak jualan tapi takde la rasa nak membeli sangat. Sebab niat asal memang nak jalan-jalan. Zahra memang kekal di dalam SSC. Ok je dia.

Balik hotel member yang lain nak sambung gi massage kaki. Aku tak kuasa nak ikut sebab kenangkan Zahra. So lepak hotel. Lapar pastu member kata ada maggi in cup. Gi bilik dia pau satu. Balik bilik tuang air panas..Pastu niat nak tidokan Zahra dengan aku pun sekali tertido sampai pagi. Maggi pun kembang macam tu je masuk dalam tong sampah..haha

Esok pukul 8 kena gerak. So sebab nak balik kena mandikan Zahra. Cranky jugak sebab pagi-pagi dah kena mandi. Taknak bunyi banyak, aku mandikan dekat sinki je. Buka air dulu sampai rasa suam yang boleh diterima, lapik tempat duduk dia dengan towel. Angkat Zahra, buka baju dan trus mandikan. Ada la bunyi rengek-rengek. Biasa lah kan. Lepas mandi bungkus dengan towel. Bagi tengok ultraman. letak minyak yu yi, pakaikan baju dan breakfast. Tak banyak bunyi. Diam je. Bagi makan apa yang patut, jalan.

Naik bas pegi tengok tempat cashewnut, tempat mutiara and last tempat jual t-shirt. Sepanjang di sana Zahra memang duduk dalam carrier je. Dia pun dah ngantuk sangat tapi mak dia macam tak reti duk diam. haha. Lepas beli thirt, nasik bas. aku terus bf dia. Terus lena.

Kilang cashewnut.


Sebahagian staff site UPSI. Bujang lagi semua...

Sampai airport, Zahra jaga balik. Flight pukul 2.25. Flight baru jalan 5 minit terus lena sampai KLIA. Sampai je aku kejutkan. Sampai waiting area dah nampak En. Edi and Zahin. Semua happy.haha

So tips untuk bawa baby ni mudahje la pada aku. Untuk kali ini.

1. Untuk pendapat aku, selagi boleh guna carrier, memamg digalakkan guna carrier. Sebab sangat mudah nak handle compared to stroller. Pendapat aku la...Tak perlu nak lipat bagai masa nak turun naik tangga, keluar masuk flight dan juga dimana-mana sentiasa dekat di hati kita. Cheewah. Tapi kalau dah umur Zahin memang tak la nak bercarrier. Patah pinggang aku. Haha

2. Untuk baby yang still breastfreed, nursing wear dan nurisng bra sangat membantu. Ko boleh NIP dimana-mana saja. Dalam bas, flight, feri, boat, masa dinner, masa mana-mana saja. Tapi yang paling penting keyakinan. Alhamdulillah aku ada keyakinan itu dan berjaya bf Zahra dengan aurat masih terjaga.

3. Sentiasa sediakan makanan dan minuman untuk Zahra. So bila nampak macam gelisah je hulur air or makanan. Zahra suka air kosong so aku memang bawa kemana-mana saja tumbler air kosong. Sedut je bila-bila masa.

4. Masa atas flight aku banyak bf Zahra so that telinga dia tak sakit disebabkan tekanan udara yang tinggi. Alhamdulillah Zahra tak meragam langsung masa naik turun even dalam flight. kalau tak bf boleh bagi minum air sebab nak bagi baby selalu menelan. Kita yang dewasa boleh la nak telan air liur atau sumbat telinga. Anak-anak kecik tak pandai nak ikut arahan kalau uruh telan ailio..haha

Tu je la kot dari aku yang baru je pertama kali bawa Zahra travel. Sepanjang disana semua orang suka Zahra sebab dia langsung tak banyak bunyi. Semua orang cakap boleh bawak lagi Zahra travel pasni. Haha

ok bai.




6 comments:

  1. hebat wei!! tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Riena, hebat tang mana tue...asanya sama ja ngan mommies yang lain...

      Delete
  2. syoknya Zahra..apapun tahniah krn dpt mbawa Zahra tanpa sbrg mslh..happy kan mkn angin bila anak2 tak meragam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..Tu lah Izzeyda... anak happy ibu lagi happy...

      Delete
  3. Mar..suka..suka suka...ko sewa sape nya ssc?hihi...
    kami baru siap buat yg kami nya SSC handmade by me...sbb nk travelling cam ko gak.. tp dlm m'sia je...mmg bestkan ssc n bf baby ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tini, aku sewa kat group babywearing..Sebab taktau nak pinjam sapa punya..hahaha...tapi memang best..tak perlu aku nak terkejar anak sana sini..dekat di hatiku..cheewah

      Delete

back to top