name='keywords'/> Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V olahbersama®: | Outing | Blogger Widgets
Showing posts with label | Outing |. Show all posts
Showing posts with label | Outing |. Show all posts

September 08, 2015

8 Comments

Chapter 195 || Lawatan Taska ke Farm in The City, Bangi

| Posting by: jie || Photo by : jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Isnin lepas taska Zahra buat lawatan ke Farm in The City.
2 kelas. 2 bas.

Actually ni kali kedua Zahra ke sini. Pernah blog pasal ni kat SINI [klik]  tahun lepas. 

Gerak dari Tanjung Malim dalam 8.30 pagi. Zahra memang seronok sangat sebab dapat naik bas. Dengan kawan-kawan plak tu.

Dalam trip ni salah seorang ibu-bapa / penjaga kena ikut sekali. Yelah nak jaga budak 3 tahun. Jenuh la cikgu.

Jom tengok gambar je lah.


Sebenarnya Zahra sangat happy. Cuma bila kata nak ambil gambar terus jadi statik. 
Aku plak yang nampak terlebih happy. Belasah ja lah.

Dah sampai. Wajib bergambar beramai-ramai dulu.
Bagus planning. Sebab kalau amik gambar last sekali confirm tak cukup korum. 
Belum kira tantrum budak-budak 3 tahun ni lagi..


Sebenarnya tempat ni tinggi jugak. Tapi Zahra gigih nak feed jugak. Berjaya akhirnya.  Bagus nak...


Tengok itik-itik tu makan. Menonggeng2. 
Katanya itik tak suka membazir. Dia akan makan semua yang ada.

Comel kan?

Timing yang just nice. Merak ni tengah nak ngorat 2 ekor betina kat kiri kanan dia tu. 
Memang cantik...

Cubaan menangkap ayam. 

Kambing. Zahra selagi kambing tu tak makan kangkung dia selagi tulah dia kejar kambing tu.

Rusa. Badan dia vibrate. Haha.

Sibuk nak kawan ngan ayam. 

Rabbit. Pun sama. Kejarlah Zahra selagi tak dapat. Dia geram sangat tengok semua ni. Memang kalau dapat tak taulah kena picit macammana. haha. 



Feed ikan plak. Yang ni pun sampai 3 round. Tu pun nak lagi sampai penat hakuu....





Anak ayam. Yang ni pun dia pegang pastu picit-picit. Mati jugak anak ayam ni. 
Tapi bilangan anak ayam dah tak berapa banyak macam DULU.


Zahra asik pegang je. Geram la tu..












Sampai Tanjung Malim pukul 5.00 petang. Dah turun bas Zahra nangis sebab bas tinggal dia. haha.

Overall, kids enjoyed the trip. Tak taulah next year macmmana.

ok bai. 



September 02, 2015

0 Comments

Chapter 192 || Jogging di Proton City

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Sabtu lepas kami berjogging ke Proton City. Jogging ala-ala bawak ZZ la. So far dorang happy. Jom tengok gambar je lah.








Lepas jogging breakfast. Jogging sikit makan je lebih. Biasalah.

Boleh jadi aktiviti mingguan. Harap-harap lah. 


Ok bai. 


June 17, 2015

0 Comments

Chapter 172 || Rakshee The Strand Kota Damansara

| Posting by: jie || Photo by : Edi |

Bismillahirrahmanirrahim,

Disebabkan ramai yang buat food review, marilah ke sini. En. Edi macam reluctant nak pegi mula-mula. Tapi sebab few times dah ajak. Jom je lah. Salah parking plak tu. Maka jalan lah kaki jauh sket.

Malas nak elaborate banyak-banyak. Korang boleh baca details kat SINI, SINI, SINI dan SINI untuk gambar yang lebih tempting. Muahaha..


Kena order sendiri kat kaunter ni. Pilih menu, bayar. 

Aku pun tak berapa paham sangat konsepnya awal2. lepas order, bayar dan dorang akan bagi benda ni. Masa mula-mula dapat aku tanya, NI APE? Hahaaha.. Noob gila.





Teh botol. Rasanya macam teh + cincau. RM 4.50. A bit pricey for me. 


Dewasa 4 orang. Kids 3 orang. Mula-mula order 10 mangkuk + 4 teh botol. Lepas tu order burger plak. Macam tak cukup, tambah lagi 3 mangkuk + 1 teh botol. Aku pun tak tahu kenapa tapi macam kenyang plak nak makan banyak-banyak. Padahal baru lepas melompat kat JUMPSTREET.


RM 1.90 semangkuk. Zahin je 2 mangkuk, Zahra 2 mangkuk. Aku 2 mangkuk. Ikutkan suun tu tak cukup tapi sebab hirup kuah so cepat kenyang. 

But I tell U. Kuah dia sedap. Suka suun dalam sup tu. Bakso memang la favourite aku.

RM 9.90. Sedap. Berebut ZZ & Qisya makan fries dia. 

Tapi yang paling sedap bila tambah cili hijau tu. Aku memang suka pedas. So kena sangat lah. Letak banyak-banyak sampai ternganga. Hahaha.. Tapi nak lagi...




Advise.. Kalau datang sini kena datang waktu siang. So boleh isi perut semaksima mungkin. Pastikan banyak space.

13 mangkuk bakso soup + 1 Rakshee mini burger + 5 teh botol. 
Total spent - RM 60.50 (including GST)

I will come again. Bila? Tak taulah. Muahahaha...kalau duk KL mungkin selalu akan datang la kot.

Tapi aku nak suggest 1 je la. Buatlah ala carte menu untuk fries. Kuantiti sikit sangat. kalau nak beli kena beli lagi dengan 3 mini burger tu. Macam ZZ memang tak makan burger sebab ada black pepper sauce tu. 

Korang kalau gi area sana pegilah terjah. Ni entry tak berbayar tapi benda yang sedap haruss di kongsi. Gittew.

Rakshee
No 13G Jalan PJU 5/20A, The Strand, Kota Damansara
0122474673

Open hours :
Tuesday to Sunday - 12pm to 10pm
Friday - 3pm to 10pm

#rakshee


ok bai.



June 16, 2015

1 Comments

Chapter 171 || Jump Street Trampoline Parks Malaysia !!

| Posting by: jie || Photo by : Edy | 

Bismillahirrahmanirrahim,



Aku dah lama tau pasal jumpstreet. tapi tak terasa nak pegi. I am a bit stress lately due to office work (huahuahua) then I read about jumpstreet activity from HERE.

So off we go on Sunday. Tried to book and pay online but failed. Called jumspstreet and they said its fine to just walk in for Sunday. Last Sunday I mean.

Plan @ 4pm. But 'biasalah'.. We managed to get there by 4.30++ pm. Registered for 5 person including Qisya (ZZ's causin). We started at 5pm.



Sebelum melompat. ZZ bersama Qisya & ibu Qisya.

Kat sini ada SURAU. Jangan risau. Ada toilet (of course). Ada cafe (tak naik pun). Ada loker juga untuk simpan barang. RM4 untuk 2 jam. 

Semua excited. First 2 minutes, En. Edi salah landing kat Zahra. zahra jatuh. Nagis. Pastu taknak lompat dah. Padahal dah bayar siap beli socks lagi. Burn RM32. Kalau stokin besar boleh la exchange dengan orang lain. Stokin  budak 3 tahun sapa nak pakai??? Simpan ja lah. (Nangiss).

Sebab takmo lompat, kita bagi dia duduk tepi tengok youtube. Haa...layanla ko dik. Nasib baik adik En. Edi ada. Takmo lompat so boleh tolong jaga Zahra cum photog of the day. 

Qisya.






Jump crew to help in case you need them. Yang belakang tu pakai baju belang hitam hijau. Aku memang panggil krew ni untuk ajar aku lompat, duduk, lompat balik.
Mula-mula agak scary, yelah aku ni tak berapa ringan tapi niat tu ada (kahkahkah) so gigih la berusaha.

After few trials, memang BERJAYA. Gambar saja takmo tunjuk sebab tension.Sebab..apsal macam makin tak KURUSS??? Hahaha... So iolls tunjuk gambar orang lain je lah. 



Foam Pit. 
What is a Foam Pit? It is a soft landing place - but half of the fun is getting out of it smile emoticon smile emoticon 

Yang ni aku tak sempat try sebab masa ni bz discuss dengan Yana pasal DUIT. kahkah. Lepas discuss nak sambung tapi Zahra plak cranky. Jadi iolls pun lupakanlah niat semua tu. 

Seronok tengok Zahin happy. zahin dan aktiviti jenis macam ni memang sangat 'IN'.


It is a good experience. Indeed. Sekali sekala layan emosi diri dan anak-anak. 

TIPS : Sejam adalah berbaloi untuk hilangakn kalori yng banyak. Nak lagi efektif sapulah #LAROME [KLIK] Aku aritu sapu 10 pam lagi kat perut. Lagi banyaklah lemak ko akan pecah nanti. 

Kalau jumpstreet ni kat sebelah rumah mau amik membership terus. 

Harga?
1 hour- RM22 (off-peak) and RM27 (peak)
+ Grip Sock = RM5
Kami punya harga consider peak sebab Sunday. Kalau nak off peak pegilah terjah time weekdays.

Opening hour?
Weekday 10am-10pm
Weekend 10am-9pm

Address:
 8, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Taip "Jump Street Asia" untuk GPS :p

No phone : +60 3-7969 1051


Kat sini boleh buat corporate event or birthday party, boleh contact diorang. 

Lepas 'work out', kitorang JJCM cari RAKSHEE plak. Nanti kita sambung. 

Ok bai.

** Abaikan bahasa rojak aku. Tulis banyak kali katanya. Tulis stop pastu sambung. Jadilah rojak. Hentam sajalah. 


back to top