Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 172 || Rakshee The Strand Kota Damansara ~ olahbersama® Blogger Widgets

June 17, 2015

Chapter 172 || Rakshee The Strand Kota Damansara

| Posting by: jie || Photo by : Edi |

Bismillahirrahmanirrahim,

Disebabkan ramai yang buat food review, marilah ke sini. En. Edi macam reluctant nak pegi mula-mula. Tapi sebab few times dah ajak. Jom je lah. Salah parking plak tu. Maka jalan lah kaki jauh sket.

Malas nak elaborate banyak-banyak. Korang boleh baca details kat SINI, SINI, SINI dan SINI untuk gambar yang lebih tempting. Muahaha..


Kena order sendiri kat kaunter ni. Pilih menu, bayar. 

Aku pun tak berapa paham sangat konsepnya awal2. lepas order, bayar dan dorang akan bagi benda ni. Masa mula-mula dapat aku tanya, NI APE? Hahaaha.. Noob gila.





Teh botol. Rasanya macam teh + cincau. RM 4.50. A bit pricey for me. 


Dewasa 4 orang. Kids 3 orang. Mula-mula order 10 mangkuk + 4 teh botol. Lepas tu order burger plak. Macam tak cukup, tambah lagi 3 mangkuk + 1 teh botol. Aku pun tak tahu kenapa tapi macam kenyang plak nak makan banyak-banyak. Padahal baru lepas melompat kat JUMPSTREET.


RM 1.90 semangkuk. Zahin je 2 mangkuk, Zahra 2 mangkuk. Aku 2 mangkuk. Ikutkan suun tu tak cukup tapi sebab hirup kuah so cepat kenyang. 

But I tell U. Kuah dia sedap. Suka suun dalam sup tu. Bakso memang la favourite aku.

RM 9.90. Sedap. Berebut ZZ & Qisya makan fries dia. 

Tapi yang paling sedap bila tambah cili hijau tu. Aku memang suka pedas. So kena sangat lah. Letak banyak-banyak sampai ternganga. Hahaha.. Tapi nak lagi...




Advise.. Kalau datang sini kena datang waktu siang. So boleh isi perut semaksima mungkin. Pastikan banyak space.

13 mangkuk bakso soup + 1 Rakshee mini burger + 5 teh botol. 
Total spent - RM 60.50 (including GST)

I will come again. Bila? Tak taulah. Muahahaha...kalau duk KL mungkin selalu akan datang la kot.

Tapi aku nak suggest 1 je la. Buatlah ala carte menu untuk fries. Kuantiti sikit sangat. kalau nak beli kena beli lagi dengan 3 mini burger tu. Macam ZZ memang tak makan burger sebab ada black pepper sauce tu. 

Korang kalau gi area sana pegilah terjah. Ni entry tak berbayar tapi benda yang sedap haruss di kongsi. Gittew.

Rakshee
No 13G Jalan PJU 5/20A, The Strand, Kota Damansara
0122474673

Open hours :
Tuesday to Sunday - 12pm to 10pm
Friday - 3pm to 10pm

#rakshee


ok bai.



Reactions:

0 comments:

Post a Comment

back to top