Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 173 || Sakit itu penghapus dosa. ~ olahbersama® Blogger Widgets

June 24, 2015

Chapter 173 || Sakit itu penghapus dosa.

| Posting by: jie || Photo by : Google | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Aku jarang sakit. Kalau sakit biasa-biasa tu ada la...

Mula-mula puasa aku dah kurang selera makan. Sebab aku jarang jadi macam tu so aku ingat aku pregnant. Plan nak buat anak tahun depan tapi dah set dalam kepala, kalau pregnant saya terima dengan hati terbuka. Cheewah.

Sabtu dah period. OK. Confirm tak pregnant.
Sampailah Ahad malam. Aku batuk.
Esok pagi dah start merapu dah. Seram sejuk. Pastu batuk. Since ZZ pun demam jadi En. Edi terpaksa EL untuk jaga kami bertiga.

Pagi tu bawak aku g klinik. Dapat mc 1 hari. Doc bagi ubat batuk, lozenge, ubat kumur dan antibiotik. Balik terus makan ubat. Lepas tu aku tido.

Pukul 3 aku bangun. Kepala sangat sakit. Aku dah penat tidur. Tapi tak boleh nak bangun. Rasa dizzy. Jadi lalok. So golek sana sini pastu terlelap balik. Pastu jaga.. sakit kepala lagi. Pastu lelap lagi.Pukul 6.30 En. Edi belikan panadol actifast. Aku telan 2 sekali. pastu muntah. Nasib baik ubat tak keluar sekali.

Terus tido lepas tu. Siap selimut bagai. Pastu terjaga dan berpeluh-peluh. selera makan pun dah ada so makanlah aku bubur lambuk. Sian En Edi. Aku memang tak masuk dapur langsung. 
Nasib baik ada few dish yang aku dah frozenkan. So menu berbuka Isnin tu nasi putih, ayam goreng, sup perut, bubur lambuk. Ahamdulilllah.

Selasa - Nak bangun sahur. tak boleh bangun. So aku tak taulah apa yang En. Edi makan. Sian dia. Huhu.

Pastu pegi lagi ke klinik. Mintak ubat pening. Dapat mc lagi. Balik tido lagi. Pastu tak ok juga. Mungkin ubat tak berapa kuat. Mintak En. Edi blikan actifast lagi. Makan. Masih tak OK. Masih tak ada selera. Nak habiskan sesudu nasi goreng pun tak boleh go (sebelum tu dapatlah 5 suap). So itulah saja menu makan aku. Air dapatlah 2-3 gelas minum air friut punch kordial. Sebab masam.

Try minum dutch lady coklat. Tak boleh. Buang. Try minum 3 in 1 coffee. Tak boleh juga. Last-last try kordial tu baru ok. semalam En. Edi berbuka dengan nasi goreng, ayam goreng, dan sambal paru. Paru dah siap marinate. Stok kuah sambal frozen pun dah ada. So satukan saja.

Pagi ni masih rasa tak sedap badan. Lemah-lemah sikit la sebab tak makan kan... So siap-siap whatsapp boss bagitau akan kurang produktif hari ini. Badan sekejap sejuk. Bila pakai sweater panas balik.

Satu lagi 2 hari tu memang aku tak pick up any calls. Sebab pegang HP je rasa pening. Risau jugak aku takut kena masalah tu . Kalau jadi memang masaklah.

Sapa call aku tak pick up. But I will try to sms back. tapi lambat la...Dan la buat orang tertunggu-tunggu. 

Satu lagi tengok gambar makanan pun nak muntah. Tapi yang tu memang takde hal la sebab aku memang macam tu dari dulu. Kalau dah kenyang sangat tak boleh tengok makanan. Live atau gambar. dah makan kenyang memang aku tolak tepi  bagi clear meja. My MIL cakap penyeakit apa duk menyerang aku ni sampai tak boleh tengok gambar. Hahahahaha...

But whatever it is, aku terima ujian ini. Nak hapus dosa bukan senang wei. Buat dosa mudah je. Huhu.. (mode insaf ). 

Harap istiqamah. Tak mau cakap banyak. 




ok bai.

1 comment:

back to top