Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V September 2018 ~ olahbersama® Blogger Widgets

September 24, 2018

0 Comments

Chapter 238 || Resepi kengsom confirm sedap!!! Baq hang

| Posting by: jie || Photo by : jie | Bismillahirrahmanirrahim,

Aku dapat resepi dari member.. Dia pulak screenshot kat mana tah...sebab dia kata sedap sangat dia masak. Jadi mari kita try test tengok.

Throwback sikit. First time aku makan masa kat Alor Setar. Tak ingat dah samada belum kawin atau di awal perkahwinan (pjj). Aku memang sukaaa,sangat lauk berkuah + pedas. So this lauk masa first time makan memang make myself blown away. haaaa kemahen. Yang ingat ada siakap, nenas, kangkung, pedas, masam, sedap.

Lepas tu masa pregnantkan Zahin 2009 tetingin nak makan. Nasib ada jual kat 1 kedai siam di Tanjung Malim. En.Edi pi beli kengsom daging masa tu. Bila rasa,ok sedap. Pastu aku cakap aku nak kengsom ikan kembung. Sebab duk teringat asam rebus ikan kembung sedapnya..tapi nak version kengsom. Kedai tu kata tak buat ikan kembung. Aku kata pi la beli ikan kembung suh dia buat jugak. Last² dapat makan. Tapi dah lupa samada kedai tu provide ikan atau En. Edi belikan ikan. Kahkah...
.
Tapi.. ahkak kecewa tak sedap! Nak blame the hormone masalahnya En.Edi pun kata tak sedap. Ikan rasa hanyir. Frust makyong masa tu trus terbantut napesu makan. Haha... pastu gigih mak yong gugel resepi, tak banyak keluar,result dia. Aku macam.. Eh orang tak pernah masak ke.. pelik pulak...
.
Pencarian macam terstop disitu. Tapi rasanya memang takkan lupa. Then few 2015 aku pernah buat jugak. Ada blogged about that. Resepi gugel. Rasanya ok la but tak berapa sama jugak dengan yang makan dulu. Gambo takde pulak dlm blog tapi takpelah.
.
Pastu 2 bulan lepas aku jumpa pes kengsom 'instant' kat padang besar.. Sebab pea tomyam dia sedap aku assume yang lain semua sedaplah. Berbunga² hati dapat makan kengsom sedap kembali. Bila nak masak, buka botol... tengok pes terus patah hati. Apsal kaler dia gelap? Apsal bau tak best? Try la jugak buat.  Tapi tak letak ikan. Bila rasa, FAIL... This is not kengsom. Frust.
.
Mengadu dengan adik. Sebab dia duk Perlis kan dekat dengan Padang Besar. Dia kata dia suka makan kengsom dwkat Kg. Baru KL. Ater bilanya nak pegi kan dah dia keje Perlis. Tapi few weeks back dia ada training di KL & nak singgah rumah, aku paksa dia beli. Dapatlah makan. Cukup rasa masam pedas semua. Berdesing lidah kepedasan. Kahkah.

Panjang sangat mukadimah meh la aku share resipi member aku punya screenshot dari tah mana² sumber. Kalau tuan punya resipi terbaca mintak halalkan ya.


Ni yang aku masak. Masih atas kuali. Dari segi warna, ok dah la bagi aku.

Served. Ready to eat. 

Prediction? Aku rasa OK. Sedap.
En. Edi kata dah boleh bukak kedai. Kahkahkah. 
.
Klu kome buat tapi kome rasa tak sedap jangan kecam akak tau. Ni berdasarkan lidah akak dan bahan² pun kita agak² je. 
.
Resipi ni memang akan digunapakai untuk masa depan. Sedap bag hang!!! Tak tipu punya. Baik ampa teraiiii....

Ok bai. 

September 22, 2018

0 Comments

Chapter 237 || Zahra oh Zahra

| Posting by: jie || Photo by : jie | Bismillahirrahmanirrahim,

Zahra.
Anak ke2.
Kadang boleh bagi naik darah.
Banyak akal dia ni.
Tadi petang dia tanya boleh tak Zahra nak main bola?? Ibu jawab tak boleh.
Dia tanya kenapa orang lain boleh dia tak boleh?
Ibu cakap Zahra main la bola baling.
.
Sebab ibu minat bola baling.
Sebab bola baling ada dalam SUKMA.
.
Bukan sekat minat dia tau. Dia tak faham pun sebenarnya. Cerita je lah apa yang boleh.

Kalau dengar cerita dia kadang² boleh gelak guling².. tapi Zahra tak suka ibu gelakkan dia. Sorry la Zahra.. ibu tak pernah perlekehkan awak. Ibu cuma sangat terhibur dengan kehadiran awak.  Cute sangat tau tak.
.
Aritu dia tanya..
" Ibu kalau Zahra nak tidur atas DODO boleh tak?"
Ibu ingat DODO tu watak kartun ke apa.. so ibu memang jawab boleh la... kan..

Tetiba dia amik toto bentang atas karpet pastu landing. Kahkahkahakah...

TOTO LAH... TOTO..... 

Pastu tadi petang saja bangkitkan balik isu DODO dengan dia. Gelak je Zahra. Lepas tu dia cakap gini..
"DODO tu yang Zahra suka makan yang kaler coklat tu k ibu".
.
.
.
.
Tu DODOL Zahra. DODOL. DODOL!

Tadi malam tetiba gatal bontot. Pastu suruh ibu garu. Ibu cakap awak ada cacing ke ni. Nanti ibu sapu minyak kat awak. Prgi basuh bontot bagi bersih nanti tak gatal dah.
.
Pastu Zahra jawab
" bukan cacing la ibu. Bontot Zahra ada KUTU!" (dengan nada konpiden).
.
Pastu takkan aku nak duk diam je kan? Memang gelak sakan la. Zahra marah. Ibu ni Zahra cakap betul Ibu gelak pulak.
.
Ibu gelak sebab awak comel. Comel sangat. Dia kaitkan rambut gatal ada kutu.. so tempat lain kalau gatal ada kutu lah.
.
The way dia relate tu comel sangat.

Zahra, stay comel tau.



Ibu,
12.02am

September 04, 2018

0 Comments

Chapter 236 || Resipi kueh serimuka yang sedap

| Posting by: jie || Photo by : jie | 4

Bismillahirrahmanirrahim,

Wah tajuk tak agak².

Cantik tak serimuka iolls? Berseri kan. 

Secara jujur, ni first time buat kueh serimuka. Fakta, saya memang peminat kueh ni. Heart sangat tapi selalu suruh mak buat. Sebab bila beli yang jual 5 rm2 tu kan, frankly speaking memang tak kena selera. Macam asalkan jual je. Geram iolls. Tapi kalau makan yang order setalam tu kan, mostly sedap. Hahaha..

Resipi ni lama dah simpan. Tiba² pagi Ahad lepas teringin nak  buat. Gi dapur, timbang pulut tak cukup.  Nak beli malas, jadi buat la half adunan. Resipi tu guna loyang 8x8 lagi ko nak halfkan adunan? Takpelah baru first try. Kalau jadi kita boleh beli pulut lagi lepas ni..

Ceritanya, jadi uolls. Bekas tu saiz 4" lebih kurang. So jadi comel la. Saya share resipi untuk rujukan semua in future.

Pulut Serimuka
Sumber : IG nurui_ipan
Loyang 8 " x 8 "

Lapisan bawah
300g beras pulut-rendam 2 jam
200ml santan cair
1 sk garam
1.Lapik loyang dgn plastic dan sapu sedikit minyak.
2.Campurkan semua bahan2 dlm loyang ,ratakan dan kukus dlm kukusan selama 20 minit.
3.Setelah itu tekan padat pulut sebelum di letak kan lapisan atas.

Lapisan atas
4 biji telur
200 ml santan
150g gula
100ml jus pandan- dr 8 helai daun pandan
10g tepung jagung
25g tepung gandum
Secubit garam
1/2 sk serbuk kayu manis-optional
Sedikit pewarna hijau jika suka.

Cara
1. Campurkan semua bahan2 dan tapiskan ke dlm periuk.
2. Masak dgn api perlahan hingga sedikit likat.
Tuang ke atas lapisan pulut dan kukus selama 25 - 30 minit.
3. Balut tudung kukusan dgn kain utk dpt permukaan yg elok- saya cover bekas dengan aluminium foil je.

Utk lapisan pulut ...pastikan santan cair sama paras dgn beras pulut.. sekiranya sukatan santan tak memenuhi paras beras boleh di tambah sedikit air.

Ini pulut sekaya versi mak beliau .. penggunaan serbuk kayu manis buat sekaya lagi sedap ... penggunaan tpg yg sedikit membuat kan texture sekaya jadi agak lembut dan creamy....selalu nya lps kukus bakar selama 20 minit pada suhu 200C ...ini akan buat permukaan pulut sekaya menjadi ber bintik2 keperangan...versi pulut sekaya bakar sgt popular di negeri Perlis.

 Saya lapik plastik dalam loyang. Biladah masak,saya terus keluarkan dari bekas senang je. Memang senang seriously.

Nampak tak.. Cantik je bila tarik plastik tu kan. 

After plastik lapik dikeluarkan. Pun mudah. Harap² kalau buat loyang besar pun mudah.

Zoom sikittt...

Keratan rentas. Yes sukses.

Pasti akan buat lagi lepas ni. Nanti nak try version takde telur pulak. Kalau berjaya juga boleh la share lagi.

K bai. 




September 03, 2018

0 Comments

Chapter 235 || Update blog.

| Posting by: jie |

 Bismillahirrahmanirrahim,

Sian blog. Sawang banyak sangat ni. Fuhhhhh....

Tetiba rindukan waktu suka travel. Tetiba baca balik entry pegi Korea. Tetiba macam dapat semangat balik untuk buat benda-benda positif. Tetiba nak jadi better person untuk hari esok.

So this is list yang akan saya update. Nantilah bukan malam ni yang pasti. Sebab kena cari gambar dalam external harddisk.
1. Update travel Bangkok dengan BFF.
2. Update travel Johor (Legoland) dengan BFF jugak.
3. Update life sekarang, buat apa bake apa jual apa. Mana produknya..  hehehe.. happy pulak rasa nak update.
4. Update pasal anak-anak. Zahin Zahra Zharif. 2 tahun dah Zharif ni korang. How time flies. Nanti cari gambo jalan² dengan dorang jugak.
5. Gambo makanan yang #mzmasak. Aku la tu. Just for record. Eh semalam baru je buat seri muka . Resipi amik dari IG orang pastu try sedap. First time buat. Rasanya entry serimuka ni aka jadi entry pertama kot. Makan je lah yang ko suka kan. Well, yang ni memang positif dr dulu and forever. Kahkah.



Ok bai. Nak lipat kain. Ada 3 gunung Everest ni. Doakan ye.

Bai.
0 Comments

Chapter 234 || Pengalaman interview kerja

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Salam.

Terbaca 1 blog pasal dia cerita pengalaman kena interview di pos malaysia. Since I am ex-staff of Pos Malaysia, terdetik juga nak blog about it.

Ada satu ketika aku apply jawatan ni. Iklan tengok dari paper/ jobstreet. Tu pun dah lupa. Dan aku pun tak ingat bila aku apply. Masa first interview aku masih lagi di site Perlis. Belum kawin lagi pun.

Gi kl naik bas. Tak kuasa nak drive. Penat. Pagi tu member yang hantar. Naik tingkat 8. Posmel. Naik lif pusing sana sini tengok lif. Masuk Posmel pusing-pusing jugak tengok office. Ada few candidate masa tu. Ada jawatan Manager & executive. Aku?? of course la bukan manager time tu..Muahaha

Bila ramai macam tu..Haruslah aku nak tau berapa % chances aku nak dapat. Dan sebab aku tak sabar, Aku interview semua candidate kat situ. Apply jawatan apa, Duduk mana, Dah kawin ke belum..banyak tau soalan aku pada semua orang tu..Mana tau ada jawatan kosong...haha..Padahal orang lain semua sembang-sembang kosong je. Aku sorang je yang kepoh.. Ye la ..aku ni jenis tak sabar. Sorry lah kalau nak berteka teki sorang-sorang. Ai is malas like that.

Oh sebelum tu ada bagi test. More to IQ test. Objektif. Jawapan banyak similar. Lebih kepada nak tengok IQ dan what kind of person u are.

Masuk je bilik ada 4 orang panel. 3 lelaki 1 perempuan. Ai is nervous. Sebab tak pernah lagi kena interview ramai macam ni. Sorang dari HR, Sorang dari HR Posmel, sorang GM Posmel dan sorang Technical Manager. Aku tak banyak ingat soalan yang dorang tanya. Tapi dorang tau intention aku nak mintak keje ni sebab aku nak kerja kat KL. Yelah dah nak kawin. Soalan tu memang straight forward je aku jawab.

Tiba-tiba GM tu tanya. Since aku ni keje maintenance..dan office tu pun dalam proses nak renovate, apa pandangan aku tentang semua yang aku nampak. Haha..tricky question tu. Jujur aku jawab..
" Saya naik lif. Saya pandang dalam lif. Keseluruhan lif. Tapi saya tak nampak sijil lif. Sebagai orang awam, saya tak tau samada lif tu selamat atau tak. Sebab saya tak nampak sijil lif. Ia patut dipaparkan pada dinding lif"
Semua diam. GM tu senyum je kat aku. Then sambung soalan-soalan lain.

Masa abis sesi, GM tu je yang hulur business card dia.

The other day, aku emel dia and mintak lagi 3 orang punya emel. Dia reply . Aku bagi emel pada semua panel to say thank you. Siap jemput datang kenduri kawin aku lagi. Kah kah.

Lepas tu kawin. Still di Perlis. Tak lama lepas tu aku sms balik GM tadi tanya pasal status interview. Gila tak malu.. Dia kata waiting for 2nd interview. Aku tanya sebab aku kan tak sabar. Siap tanya GM tu chances aku bape % sebab ada berapa candidate yang apply for the same post. Tu pun aku tau. Memang. Muka tebal time tu.

Then dapat call untuk second interview. Masa tu dah kawin. 2 panel sahaja. Wakil HR HQ dan Senior Technical Manager. Soalan tak banyak. Lebih kepada bercerita.

4 bulan after kahwin baru dapat pindah HQ. masih di company lama. Pastu dapat call dari Pos yang aku dapat kerja tu.. Yeayy!!!! Alhamdulillah. Pastu mintak tangguh sebulan sebab nak habiskan kerja di company lama dulu.

Secara rasminya aku telah menjadi warga Pos Malaysia pada 2009.

Aku masuk dan duk bawah department GM Posmel tadi. first meeting dia cerita balik pasal aku sms dia, bagitau berapa candidate semua.. Ai is malu masa tu. Tapi lantakla.. dah masuk jalan teruss...

Tapi buat masa ini jodoh tak panjang. First day masuk kerja setelah cuti bersalin Zahra aku dengan sedih hati telah menyerahkan surat resign kepada boss aku. Bukan tak sayang.. This is the best team ever. Yes ever. Tapi pada waktu tu aku kena memilih. Untuk memilih sesuatu aku kena lepaskan sesuatu. By October 2012, saya bukan lagu staff Pos Malaysia.

So.. itulah cerita dengan Pos Malaysia.

Kenangan yang paling best. Sebab aku handle projek. Projek Pos yang paling besar. Aku ada dari zero to hero. Sampai siap. Sampai operate. Dari namanya National Mail & Parcel Hub (NMPH) sampailah ditukarkan kepada Pusat Mel Nasional (PMN)...

Moga Pos Malaysia terus maju. I heart u Pos Malaysia.

***Again, ini post bacjdated which ada dalam draft folder. Publish je lah ye dak.

*** Bila baca balik draf ni, saya rasa watak saya dulu dan sekarang sangat berbeza. Which saya yang dulu adalah lebih baik in terms of interpersonal skill & self confident. Need to do something to get that positivity back. Doakan ya.

ok bai.




0 Comments

Chapter 233 || Throwback 03 - Experience with PMB

| Posting by: jie || Photo by : jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Entry ini aku draft on January 2015. Saja baca. Dan dari duk draf baik aku publish je. 

Takde sapa baca pun takpe. Just for my own record. In case tak ingat di usia tua. Boss I pun masa kat PMB (GM) dah resign and go to AA. 

SCENE 1

boss: i nak makan maggi la for lunch today.
kuli : makan la xpress pizza boss..ada dlm freezer.
boss: ok. i buat 2..u nak?
kuli : boleh jugak.

10 minutes later....

boss : pizza is done. nah..(boss dah serve dlm pinggan siap ngan sudu n hantar kat meja kuli)
kuli : tq boss (sambil senyum)...



SCENE 2

boss : Pls arrange caterer for lunch for 10 person tomorrow.
Kuli : Cannot. Caterer need at least 30 person or RM300 above.
Boss: (surf the internet)...I have to pay RM 230 for lunch only at Thai restaurant. Not include time to go there & time for waiting.
Kuli : Easy boss. I can help u to tapau nasi briyani kambing for lunch. Give me the money & i'll buy for 11 person including me.

hahahahaha....gila keji kuli itu......aku lettew...


Those were the days...Tu semua scene masa aku di Pusat Mel Nasional di Shah Alam. I was there dari start demolition, few areas takde supply elektrik, panjat sana sini dengan keadaan baru pregnant Zahin...


Bila En. Edi tgk gambar site masa tu, dia plak tanya aku.."Tak takut ke tempat ni" macam spooky je..


Yess by looking at the picture itself, memang scary .. Aku adalah orang yang ke-3 di site selepas boss aku dan assistant dia...Dulu masa aku kerja situ, tak berani nak post gambar macam2 kat FB..Sebab satu Malaysia kenal Pos Malaysia (PMB). So takmau nak reveal benda ni lagi sampai siap. As a Malaysian, personally aku bangga dengan pencapaian PMB dan teknologi yang digunapakai. 

Dari awal demolish, pastu cuti 2 bulan pantang ngan Zahin, sambung balik kerja...Projek siap..handover...buat lesson learnt ..peknen balik Zahra...cuti 2 bulan pantang ngan Zahra plak...Naik keje on the first day hantar surat resign..Oh, itu pun nampak agak keji..huhuhu...




But personally it was a very good experience indeed. It was not easy leaving PMB as the working environment  you comfortable most, happy with your bosses, clique and place also is quite sentimental. But there is a time when u need no make a choice. When u are chasing something, there is a situation that u need to let go something. So I choose to resign because of my family.

Frankly speaking, it is not as easy as that to let go all the memories there. Sampai sekarang. kalau ada kawan-kawan upload gambar kat sana aku suka tengok. Suka untuk memorize satu-satu kawasan. Sebab aku tau semua pelusuk dalam tu. Hebat kan kuasa memori kita. Subhanallah.

Current sutiation, my team pun dah berpecah. Sebab asalnya kami bersatu dari pelbagai background. Operation, Management, Engineering, ICT and so on. Jadi bila projek dah habis (on that time) masing-masing kembali pada tugas hakiki. Sekarang ni makin jauh. Tukar department pun ada. 

Takpe. Tu semua untul career deelopment. Sama juga macam aku.

Cuma sekarang ni aku rasa macam nak keje kerani je. Tak sakit kepala. Balik cukup masa. Seronoknya.... (berangan dulu)

Update: Dah resign. Housewife with lot of work to do. Part time baker. Roti, brownies, simple cake, cream puff and more to come. Kelas dah banyak pegi samada offline or online tapi baanyak yang tak praktis/ cuba. Doakan saya stay fokus, stay positif, stay humble, stay calm and stay grounding. 

ok bai. 
back to top