Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 236 || Resipi kueh serimuka yang sedap ~ olahbersama® Blogger Widgets

September 04, 2018

Chapter 236 || Resipi kueh serimuka yang sedap

| Posting by: jie || Photo by : jie | 4

Bismillahirrahmanirrahim,

Wah tajuk tak agak².

Cantik tak serimuka iolls? Berseri kan. 

Secara jujur, ni first time buat kueh serimuka. Fakta, saya memang peminat kueh ni. Heart sangat tapi selalu suruh mak buat. Sebab bila beli yang jual 5 rm2 tu kan, frankly speaking memang tak kena selera. Macam asalkan jual je. Geram iolls. Tapi kalau makan yang order setalam tu kan, mostly sedap. Hahaha..

Resipi ni lama dah simpan. Tiba² pagi Ahad lepas teringin nak  buat. Gi dapur, timbang pulut tak cukup.  Nak beli malas, jadi buat la half adunan. Resipi tu guna loyang 8x8 lagi ko nak halfkan adunan? Takpelah baru first try. Kalau jadi kita boleh beli pulut lagi lepas ni..

Ceritanya, jadi uolls. Bekas tu saiz 4" lebih kurang. So jadi comel la. Saya share resipi untuk rujukan semua in future.

Pulut Serimuka
Sumber : IG nurui_ipan
Loyang 8 " x 8 "

Lapisan bawah
300g beras pulut-rendam 2 jam
200ml santan cair
1 sk garam
1.Lapik loyang dgn plastic dan sapu sedikit minyak.
2.Campurkan semua bahan2 dlm loyang ,ratakan dan kukus dlm kukusan selama 20 minit.
3.Setelah itu tekan padat pulut sebelum di letak kan lapisan atas.

Lapisan atas
4 biji telur
200 ml santan
150g gula
100ml jus pandan- dr 8 helai daun pandan
10g tepung jagung
25g tepung gandum
Secubit garam
1/2 sk serbuk kayu manis-optional
Sedikit pewarna hijau jika suka.

Cara
1. Campurkan semua bahan2 dan tapiskan ke dlm periuk.
2. Masak dgn api perlahan hingga sedikit likat.
Tuang ke atas lapisan pulut dan kukus selama 25 - 30 minit.
3. Balut tudung kukusan dgn kain utk dpt permukaan yg elok- saya cover bekas dengan aluminium foil je.

Utk lapisan pulut ...pastikan santan cair sama paras dgn beras pulut.. sekiranya sukatan santan tak memenuhi paras beras boleh di tambah sedikit air.

Ini pulut sekaya versi mak beliau .. penggunaan serbuk kayu manis buat sekaya lagi sedap ... penggunaan tpg yg sedikit membuat kan texture sekaya jadi agak lembut dan creamy....selalu nya lps kukus bakar selama 20 minit pada suhu 200C ...ini akan buat permukaan pulut sekaya menjadi ber bintik2 keperangan...versi pulut sekaya bakar sgt popular di negeri Perlis.

 Saya lapik plastik dalam loyang. Biladah masak,saya terus keluarkan dari bekas senang je. Memang senang seriously.

Nampak tak.. Cantik je bila tarik plastik tu kan. 

After plastik lapik dikeluarkan. Pun mudah. Harap² kalau buat loyang besar pun mudah.

Zoom sikittt...

Keratan rentas. Yes sukses.

Pasti akan buat lagi lepas ni. Nanti nak try version takde telur pulak. Kalau berjaya juga boleh la share lagi.

K bai. 




Reactions:

1 comment:

  1. Nice blog post….thanks for sharing it..
    Book online bus ticket from Redbus

    ReplyDelete

back to top