Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 237 || Zahra oh Zahra ~ olahbersama® Blogger Widgets

September 22, 2018

Chapter 237 || Zahra oh Zahra

| Posting by: jie || Photo by : jie | Bismillahirrahmanirrahim,

Zahra.
Anak ke2.
Kadang boleh bagi naik darah.
Banyak akal dia ni.
Tadi petang dia tanya boleh tak Zahra nak main bola?? Ibu jawab tak boleh.
Dia tanya kenapa orang lain boleh dia tak boleh?
Ibu cakap Zahra main la bola baling.
.
Sebab ibu minat bola baling.
Sebab bola baling ada dalam SUKMA.
.
Bukan sekat minat dia tau. Dia tak faham pun sebenarnya. Cerita je lah apa yang boleh.

Kalau dengar cerita dia kadang² boleh gelak guling².. tapi Zahra tak suka ibu gelakkan dia. Sorry la Zahra.. ibu tak pernah perlekehkan awak. Ibu cuma sangat terhibur dengan kehadiran awak.  Cute sangat tau tak.
.
Aritu dia tanya..
" Ibu kalau Zahra nak tidur atas DODO boleh tak?"
Ibu ingat DODO tu watak kartun ke apa.. so ibu memang jawab boleh la... kan..

Tetiba dia amik toto bentang atas karpet pastu landing. Kahkahkahakah...

TOTO LAH... TOTO..... 

Pastu tadi petang saja bangkitkan balik isu DODO dengan dia. Gelak je Zahra. Lepas tu dia cakap gini..
"DODO tu yang Zahra suka makan yang kaler coklat tu k ibu".
.
.
.
.
Tu DODOL Zahra. DODOL. DODOL!

Tadi malam tetiba gatal bontot. Pastu suruh ibu garu. Ibu cakap awak ada cacing ke ni. Nanti ibu sapu minyak kat awak. Prgi basuh bontot bagi bersih nanti tak gatal dah.
.
Pastu Zahra jawab
" bukan cacing la ibu. Bontot Zahra ada KUTU!" (dengan nada konpiden).
.
Pastu takkan aku nak duk diam je kan? Memang gelak sakan la. Zahra marah. Ibu ni Zahra cakap betul Ibu gelak pulak.
.
Ibu gelak sebab awak comel. Comel sangat. Dia kaitkan rambut gatal ada kutu.. so tempat lain kalau gatal ada kutu lah.
.
The way dia relate tu comel sangat.

Zahra, stay comel tau.



Ibu,
12.02am
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

back to top