Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 234 || Pengalaman interview kerja ~ olahbersama® Blogger Widgets

September 03, 2018

Chapter 234 || Pengalaman interview kerja

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Salam.

Terbaca 1 blog pasal dia cerita pengalaman kena interview di pos malaysia. Since I am ex-staff of Pos Malaysia, terdetik juga nak blog about it.

Ada satu ketika aku apply jawatan ni. Iklan tengok dari paper/ jobstreet. Tu pun dah lupa. Dan aku pun tak ingat bila aku apply. Masa first interview aku masih lagi di site Perlis. Belum kawin lagi pun.

Gi kl naik bas. Tak kuasa nak drive. Penat. Pagi tu member yang hantar. Naik tingkat 8. Posmel. Naik lif pusing sana sini tengok lif. Masuk Posmel pusing-pusing jugak tengok office. Ada few candidate masa tu. Ada jawatan Manager & executive. Aku?? of course la bukan manager time tu..Muahaha

Bila ramai macam tu..Haruslah aku nak tau berapa % chances aku nak dapat. Dan sebab aku tak sabar, Aku interview semua candidate kat situ. Apply jawatan apa, Duduk mana, Dah kawin ke belum..banyak tau soalan aku pada semua orang tu..Mana tau ada jawatan kosong...haha..Padahal orang lain semua sembang-sembang kosong je. Aku sorang je yang kepoh.. Ye la ..aku ni jenis tak sabar. Sorry lah kalau nak berteka teki sorang-sorang. Ai is malas like that.

Oh sebelum tu ada bagi test. More to IQ test. Objektif. Jawapan banyak similar. Lebih kepada nak tengok IQ dan what kind of person u are.

Masuk je bilik ada 4 orang panel. 3 lelaki 1 perempuan. Ai is nervous. Sebab tak pernah lagi kena interview ramai macam ni. Sorang dari HR, Sorang dari HR Posmel, sorang GM Posmel dan sorang Technical Manager. Aku tak banyak ingat soalan yang dorang tanya. Tapi dorang tau intention aku nak mintak keje ni sebab aku nak kerja kat KL. Yelah dah nak kawin. Soalan tu memang straight forward je aku jawab.

Tiba-tiba GM tu tanya. Since aku ni keje maintenance..dan office tu pun dalam proses nak renovate, apa pandangan aku tentang semua yang aku nampak. Haha..tricky question tu. Jujur aku jawab..
" Saya naik lif. Saya pandang dalam lif. Keseluruhan lif. Tapi saya tak nampak sijil lif. Sebagai orang awam, saya tak tau samada lif tu selamat atau tak. Sebab saya tak nampak sijil lif. Ia patut dipaparkan pada dinding lif"
Semua diam. GM tu senyum je kat aku. Then sambung soalan-soalan lain.

Masa abis sesi, GM tu je yang hulur business card dia.

The other day, aku emel dia and mintak lagi 3 orang punya emel. Dia reply . Aku bagi emel pada semua panel to say thank you. Siap jemput datang kenduri kawin aku lagi. Kah kah.

Lepas tu kawin. Still di Perlis. Tak lama lepas tu aku sms balik GM tadi tanya pasal status interview. Gila tak malu.. Dia kata waiting for 2nd interview. Aku tanya sebab aku kan tak sabar. Siap tanya GM tu chances aku bape % sebab ada berapa candidate yang apply for the same post. Tu pun aku tau. Memang. Muka tebal time tu.

Then dapat call untuk second interview. Masa tu dah kawin. 2 panel sahaja. Wakil HR HQ dan Senior Technical Manager. Soalan tak banyak. Lebih kepada bercerita.

4 bulan after kahwin baru dapat pindah HQ. masih di company lama. Pastu dapat call dari Pos yang aku dapat kerja tu.. Yeayy!!!! Alhamdulillah. Pastu mintak tangguh sebulan sebab nak habiskan kerja di company lama dulu.

Secara rasminya aku telah menjadi warga Pos Malaysia pada 2009.

Aku masuk dan duk bawah department GM Posmel tadi. first meeting dia cerita balik pasal aku sms dia, bagitau berapa candidate semua.. Ai is malu masa tu. Tapi lantakla.. dah masuk jalan teruss...

Tapi buat masa ini jodoh tak panjang. First day masuk kerja setelah cuti bersalin Zahra aku dengan sedih hati telah menyerahkan surat resign kepada boss aku. Bukan tak sayang.. This is the best team ever. Yes ever. Tapi pada waktu tu aku kena memilih. Untuk memilih sesuatu aku kena lepaskan sesuatu. By October 2012, saya bukan lagu staff Pos Malaysia.

So.. itulah cerita dengan Pos Malaysia.

Kenangan yang paling best. Sebab aku handle projek. Projek Pos yang paling besar. Aku ada dari zero to hero. Sampai siap. Sampai operate. Dari namanya National Mail & Parcel Hub (NMPH) sampailah ditukarkan kepada Pusat Mel Nasional (PMN)...

Moga Pos Malaysia terus maju. I heart u Pos Malaysia.

***Again, ini post bacjdated which ada dalam draft folder. Publish je lah ye dak.

*** Bila baca balik draf ni, saya rasa watak saya dulu dan sekarang sangat berbeza. Which saya yang dulu adalah lebih baik in terms of interpersonal skill & self confident. Need to do something to get that positivity back. Doakan ya.

ok bai.




0 comments:

Post a Comment

back to top