Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 84 || Company Trip to Phuket (Last part) ~ olahbersama® Blogger Widgets

June 10, 2014

Chapter 84 || Company Trip to Phuket (Last part)

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Sebenarnya cerita aku di Phuket dah habis masa Part III. Cuma entry ni aku nak cerita sket pasal Phuket dan pasal hotel yang kitorang stay tu. Perbelanjaan?? Makan pagi, tengahari, malam, GALA dinner dan accommodation semuanya disediakan oleh pihak syarikat. Aku cuma sediakan duit untuk berbelanja di sana.



PENGURUSAN KABEL/ PENDAWAIAN

Kat Phuket ni wiring dan kabel memang caca marba. dalam 1 tiang ni, ada HT dan ada LV. Siap ada excess wire yang gulung-gulung je kat atas tu..In case nak sambung amik je...Gitteww..

Macam kat Malaysia kabel-kabel besar kita tanam. Underground cabel. So nampak kemas. Cuma kalau bermasalah banyak la kerja/ duit sebab melibatkan underground cabel. Haa...kat sini lah besarnya dan pentingnya kualiti cabel serta inspection Engineer yang teliti diperlukan. 

Kat Phuket ni mudahnya tu lah..Kalau bermasalah, semua cabel kat tiang..Senang nak troubleshoot. Cuma memang pada yang pakar saja lah boleh buat. Silap pegang keras ko kat situ.



Ada satu tempat tu tiang ni located kat tengah-tengah awning kedai. Rileks je..In terms of safety, hmmm...fikirla sendiri. Kalau ko nak bunuh diri terjun bangunan especially tepi jalan, ko akan mati dalam 2 keadaan, mati jatuh ke tanah atau mati tersangkut kat kabel. itulah uniknya Phuket.

*Part bunuh diri tu aku tambah. Sila ignore...

Scaffolding antik punya. Kalau kat Malaysia memang dah kena dengan DOSH. Kalau dah beli tapi takde proper training/ certificate pun boleh kena  penalti.



Amik gambar bangunan mesti nampak wayar. Semua ni ambil dari dalam bas je..

Tesco Phuket.

 POKOK KEMBOJA

Pokok bunga kemboja boleh nampak kat mana-mana. Kat Malaysia value pokok ni tinggi. Mahal. Kalau residental area/ business area baru, developer/ kontraktor selalu tanam pokok-pokok ni. Cuma kat Malaysia kita banyak guna bunga kaler merah/ pink/ campur-campur. 

kat Phuket, banyak jenis bunga putih. Macam kat kawasan perkuburan. lagi satu,dari dalam bas, aku boleh nampak banyak nursery. Suka. 

Aku suka pokok ni. Nak letak satu kat lanskap rumah nanti.



BAN THAI HOTEL, PHUKET

Nak tau detail boleh view kat sini. banthaiphuket

Ni husband and wife. Both located kat HQ. Cilok gambar dorang sebab gambar aku takde kat sini..Haha

Hotel lobby.

Check in/ out / reception counter.

Nak tunggu member boleh lepak-lepak sini dulu...

View dari lobby nak ke bilik aku. Pool tu banyak section. Boleh mandi ikut timing yang dorang provide. Cantik sangat. 



 Gambar -gambar bawah ni semua aku ambil dari google search. Cantikkan?

Yang ni mahal sikit. Sebab dari bilik boleh terus terjun kolam. Cantikkan...

View waktu siang. Cantik.

View waktu malam. Lagi cantik!!! Suke!!



Kalau pegi sendiri tak stay kot kat sini. Sebab superior room pun dah 6500 THB. kalau jalan-jalan sure nak cari hotel yang boleh bersih dan boleh tido. Waktu lain memang tak stay sini. Again, terima kasih boss!!!

Cuma aritu tak banyak masa nak explore kacantikan hotel ni. Geng lelaki malam kedua tu ada yang sempat terjun kolam. Seronok depa. 

Akhirnya. Habis jugak cerita aku pasal Phuket nih. Biar panjang. Sebab in case aku terlupa, boleh baca balik. Haha...

Entry Phuket:

PART I
PART II
PART III

ok bai. 








0 comments:

Post a Comment

back to top