Bismillahirrahmanirrahim,
Part I dan Part II boleh refer sini.
Hari ke-3 (last day). Lepas breakfast terus gerak ke tempat cashewnut. Macam-macam jenis gajus ada...Macam-macam perisa. Rasa macam nak borong semua perisa. Ko boleh rasa macam-macam. Nak rasa sampai kenyang pun boleh. Kalau ko lalu la...
Air gajus pun ada. Sedap. Tapi aku tak beli..hahaha
Penjaga-penjaga Zahra.. haha
Bergambar dengan pokok gajus. Dalam gambar tu semua gajus tipu. Pokok ni arwah ayah tanam sebelah rumah je masa kecik dulu. Pernah panjat, pernah jatuh pokok ni. Kakak aku jatuh pokok gajus sampai patah gigi ko..haha
Time bulan puasa dulu selalu dia berbuah. Kitorang tak suka sangat buah dia sebab kelat-kelat sket. Suka tunggu biji dia tua..Pastu bakar sabut banyak2 campak je dalam tu. Nampak hangus, silakan amik abtu, ketuk dan makan. Oh masa tu sedap sangat makan biji gajus yang dimasak sendiri. Kenangan semua tu..
Yang pasti anak-anak aku takkan merasa kenangan tu. Pokok kat rumah pun dah kena tebang. Semua rumah kat lorong rumah mak aku dulu ada pokok ni.. dalam semua rumah tu ada 1 rumah je yang ada gajus kuning. So secara psychology, gajus dia paling sedap bagi kami..Haha
Ex-subordinates. Kanan aku dah jadi Pengurus bangunan Perlis. Kanan dia dan kiri aku jadi penyelia bangunan. Kiri baju hitam jadi eksekutif bangunan Persekutuan Seberang Perai Utara. How time flies...and I'm happy it turns out good. Alhamdulillah.
keychain
Jenis-jenis tiram yang hasilkan pearls...
Pompuan suka ni..Tapi aku tak pandang..Ai is malass...
Takut berkenan..
Lepas tu pegi tempat T-shirt. Ni aku memang niat nak shopping. Memang aku main campak-campak je masuk bakul. Masa tu campak-campak allocate untuk semua. Tapi dah balik rumah macam tak cukup je. Kesimpulannya aku memang tak pandai membeli. dan lagi bagus, aku memang tak membeli untuk diri sendiri. Bravo...Last-last T-shirt En. Edi pun aku tumpang pakai jugak. Jadilah. Suami isteri kena share. Aku bagi hadiah aku pinjam balik. Boleh la tu...
Baru sampai. Diberi penerangan dulu...
Sample Design.. tengok dulu sebelum beli.
Packaging baju pun cantik. Boleh buat hadiah bagi family/ kawan-kawan. kat sini yang bagusnya kita boleh buka packaging ni. Takde sapa nak marah. Takde pelayan atau promotoer yang duk ikut ko promote macam-macam. memang free and easy.
Keychain dan cenderahati lain pun ada jual.
Seluar pendek bunga-bunga tu aku beli untuk Zahin.
Pelbagai saiz tuk tuk. Aku tak beli.
Bersih dan kemas. Kitorang datang serbu dah macam garuda. Haha
Dah settle semua membeli, naik bas. Zahra pun dah penat gila. Mana taknya dah pukul 1 masa tu dan Zahra dah bangun kul 7 pagi tadi. Alhamdulillah tak mengamuk. Bf je trus lena.
Dah lena, depa ajak turun plak bergambar..Aku memang tak turun...So gambar beramai-ramai muka aku takde.
Sempat la dalam setengah jam lena, sampai airport. Pun masih senyum dan tak mengamuk. sebab kami check in lambat, so proses menunggu tak la lama. Sampai waiting hall, duduk dalam 10 minit terus panggil boarding. Aku sebab bawak Zahra so dapat laluan special. Laluan OKU + warga emas. hahaha..Terasa emass sangattt...
sesi perabihkan duit Thailand. Dunkin Donut kita.
Salah seorang penjaga setia Zahra.
Naik flight pun dapat window seat. Alhamdulillah. 5 minit bf terus sambung tido. Qada' kekdahnya. Makan minum semua aku bedal. Tapi roti dia keras. Tak mampu nak menggigit.
Zahra dapat baby's puree. Tapi sampai sekarang duk ada kat rumah tak buka-buka. yelah aku kan tak pernah beli benda tu. Nak makan pun macam seram.
Masa dah sampai Serendah, ada member call kata beg aku tertukar. Kena gi airport balik tukar. Terus berhenti kat tepi, check beg. Ya Allah memang sah tertukar. Masa ni tension gila dengan diri sendiri apsal la tak percaya pada instinct sendiri. Sebab masa ambil tu aku ada terdetik beg ni macam kecik sket. Tapi identiti beg memang 100% sama. Cuma aku tak tengok tag nama kat beg tu. Ngok betoi.
Tak berani nak bincang banyak dengan En. Edi..Hahaha..tau takut ko...Bila call balik staff MAS dia kata kitorang tertukar beg dengan orang sama. Kira aku amik beg dia, dia amik beg aku. Dia yang amik beg aku dulu..Staff MAS bagi aku no phone dan suruh settle sendiri. Lepas call rasa lega sikit. Balik rumah rehat kejap, pastu mandi and keluar balik gi bangsar. Kebetulan Isnin kami bercuti so tak kisahla jalan-jalan malam tu.
ZZ pukul 10 dah tumbang dalam kete. Both penat. So apa yang aku boleh simpulkan dan belajar dari percutian ni (pandangan personal ye, tak setuju tak apa)..
1. Phuket bukanlah tempat pilihan untuk aku bawa family. I mean dengan keadaan umur anak-anak aku sekarang. Memang tempat nak bersuka ria. Aku masa sampai tu dalam bas duk berdoa moga-moga takde bala timpa aku. Haha..Bukan apa masa belum pegi aku banyak google nak gi Phi Phi Island je. Masuk je bas tour guide terus cerita pasal kabaret show, tiger show, Ladyman show, massage bla bla bla..Maunya aku tak takut. Doa je lah.
2. Phuket sangat open. Semua show2 tu open. Teaser katanya. Nak lebih-lebih kena bayar, masuk dalam. Haha..Display pun banyak. Sexy man la..Eii geli mak. Nak amik gambar pun mak tak sanggup. Oh spa untuk gay pun ada. Selamba je tulis kat depan kedai. Gambar lagi la tak boleh blah.
3. Zahra jenis yang boleh dibawa jalan-jalan. Mudah dalam ertikata umur Zahra sekarang. Semua tak banyak bunyi. Semua tahan lasak. So next trip boleh lah consider to bring along Zahra. Dah confident.
4. Penggunaan SSC iaitu babywearing sangat praktikal untuk Zahra. Aku memang buat keputusan yang tepat dengan guna SSC instead of stroller. Nak tau lebih-lebih boleh baca entry kat SINI.
4. Aku tak pernah tinggalkan Zahin untuk berseronok. Lepas bas gerak je Jumaat pagi tu terus sedih. Nangis dalam bas. Kah kah...mak-mak sangattt....
5. sentiasa check luggage. Possibility untuk tertukar memang ada. padahal dah ada nama dah kat tag MAS tu..APTB.
Walau apapun, terima kasihlah kepada syarikat yang telah membawa kami ke sana. Wakaupun ada kekurangan here and there, usaha anda semua amat dikagumi. Terima kasih Boss. Terima kasih juga sebab hadiahkan 500B kepada saya masa luckydraw dinner ALOHA. Hew hew hew...
* Jangan tanya aku kos ke sana. Aku tak tau. Cuma segala mak nenek show semua tu 1000B setiap show. Massage full body boleh dapat 500-600B.
Nanti aku cerita sikit pasal hotel dan apa yang aku nampak sepanjang kat Phuket k. Last entry.
ok bai.
0 comments:
Post a Comment