Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 82 || Company Trip to Phuket (Part II) ~ olahbersama® Blogger Widgets

June 05, 2014

Chapter 82 || Company Trip to Phuket (Part II)

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Part I boleh refer SINI. 

Sabtu - Bangun pukul 5. Pukul 6 turun bawah breakfast. Zahra pun angkut terus je. Nanti dah bangun baru fikir kat mana dia nak mandi.

Ni breakfast kitorang pagi tu. Aku tak makan semua. Snap je rajin.

Ni aku makan. First round. 


Salads. 

Ni condiments untuk menu kat atas tu...







Yang ni aku suka. Pancake pun siap ada machine. Seketul ni 4 suap je dah abih. 

Sedap. Lupa plak nak snap cappucino dia. Kagum dengan barista tu..



Dalam bot, makan biskut..minum pastu tido balik. Dah nak sampai baru jaga ari sini nak ke Phi Phi Island makan masa 2 jam. Hoih lama tu. Aku memang doa je moga2 Zahra tak cranky dan tak mabuk laut.

Alhamdulillah..pegi balik zahra biasa saje..ok je...pegi tido..Time balik dengan aku pun tido sekali..penat...

Phi Phi Island pada aku biasa saja. Tak taulah pada mata orang lain hebat gila. Cuma permandangan nak ke sana..memang cantik. Pulau ni pun bersih. Susah nak jumpa sampah-sampah dalam air. bersih. Masa lalu kat jeti ko dah boleh nampak anak-anak ikan main main dalam air.

Naik feri besar. Tak boleh singgah tepi. Kalau yang pegi honeymoon ke jalan-jalan in small group memang wajib singgah sini. 

cantik kan? Ni aku snap dari dalam feri je. Zahra tidooo...



See..bersih kan laut dia? Aku lupa nak snap betul-betul dalam air. Korang boleh nampak clearly anak ikan berenang-renang di tepian. Ceewah...

Kitorang lunch kat sini. Lupa plak nama restoran. Sebab lapar sangat. Ruang kosong tu ada lagi spagetti bolognese. Suka la Zahra dapat favourite food dia. 

Lepas tu pegi naik bot lagi and snorkeling. Bot kali ni kecil sikit dan lagi berombak. Aku pun lagilah berdoa moga-moga Zahra baik-baik saja. Sebab ada Zahra, so aku memang tengok je la orang snorkeling. Hujan gerimis plak tu. Gambar orang snorkeling takde sebab aku pun tak join. Jeless..

Laluan nak ke restoran. Kiri kanan semua kedai survenir.

Tengok dari luar je. Tak masuk pong...


Donut macam-macam perisa. takyah JCo / dunkit donut/ big apple bagai...Again, tak beli..
Malu akak ni aku snap gambar dia...


Pelancong luar memang banyak. 



Habis snorkeling lebih kurang 1 jam, terus ke jetty Phi Phi Island and catch up feri nak balik. Sampai jetty terus ke tempat dinner. Pukul 6 dah dinner uolls. Kalini dinner kat kedai tepi jalan je. But food dia ok la...Tetapppp ada tom yam. Gambar tak snap sebab hujan dan laparr...

Malam tu free and easy. Aku ikut dorang jalan-jalan ke Chinatown. Bangla Road dorang dah pegi semalam dan agak serammm di sana katanya. Tak taulah seram betul ke seram lain macam.

Time kasih Ayu amikkan gambar ni. Sebab aku nampak kurus time ni..Haha..
Memory babywearing. Sebab malu, Zahra sangat behave dalam SSC. 


Naik tuk tuk gi sana...Nak pegi tu jenuh jugak bercakap dengan driver tu..Nak balik lagilah..Kitorang yang tunjuk jalan kat driver nih..Nasib baik masing-masing ayam ngan itik. Kalau tak dah mintak diskaun dah..

Tuk-tuk ni macam beca la kat Melaka ngan Penang tu..Letak lampu bagai dengan music lagi nak tarik perhatian pelancong. Pegi 200B balik pun 200B. Kalau ikutkan taklah jauh sangat. Kalau kat Malaysia naik teksi bermeter pun tak semahal ni. Tapi sebab Phuket ni memang tempat pelancong, 200B tu macam takde hal..

Masa malam tu ada beli crepe kat tepi jalan. Dalam banyak-banyak stall ni lah yang paling kami rasa bersih. 80B. Member aku beli nak letak topping chocolate je. So 80B. Aku order banana chocolate. Dia letak pisang besar sebijik ngan chocolate. 80B jugak. Bengang je member aku sebab harga sama. SEDAP plak tu.

Kat Chinatown macam-macam ada. Cuma aku takde rasa nak membeli sangat. Balik bilik dan kemas barang sebab esok nak check up. aku kena pastikan semua in order sebab aku kena siapkan diri sendiri dan Zahra. So tugas jadi double.

Nanti aku sambung lagi..last part..takde la apa sangat pun..Cuma untuk aku simpan sebagai kenangan.

ok bai.





Reactions:

2 comments:

  1. cantik semua gmbo yang ko snap ni mar...
    by S4 je ye..tp clear elok..
    jadi kenangan semua ni...bila zahra besar sok dia leh tgk hasil tulisan ko ni..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. 98% guna S4. 2% cilok gambar dari orang lain. Guna S4 and edit guna apps...

      Delete

back to top