name='keywords'/> Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V olahbersama® Blogger Widgets

November 17, 2014

4 Comments

Chapter 122 || Sambal Ekspress Super Sedap !!!

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,


Ok nak cerita pasal produk lagi. Ni produk makan plak. Yelah dah sapu L'arome maknanya boleh la makan macam-macam. Hahaha..

Aku jual pun main-main je mula-mula. Tapi eh banyak plak permintaan. So jual je lah. Sikit-sikit pun lama-lama jadi bukit.

Apekebenda ni yang ekspress ni? Well, produk ni produk biasa saja. Masak pun di rumah je. Masak dalam periuk je. Tapi dimasak dengan penuh kasih sayang. Cheewah..

Semalam baru je bawak ke seminar Estart di Casuarina Meru. Sold out. Tu pun tak abis promote sebab bawa sikit je. Mudah nak sold out sebab aku jual murah je. Bawah RM10 je tau. Cuma kalau nak dipos tu berat sikit la sebab sebotol pun dah 430g. 

sambal ekspress ni pendek kata boleh jadi pengganti cili kering kisar/ cili boh di rumah anda. Sebab sebelum dibotolkan, memang dah dimasak lama (lebih kurang 3 jam) so memang mudah la kalau nak masak benda lain lepas tu.

Berdasarkan pengalaman dan skill memasak aku, memang aku banyak buat sambal tumis je. Sambal ikan, udang, sotong, daging. semua.

Lepas tu ada member sekolah buat ikan bakar campur sambal ni. Sedap gila dia bagitau. Aku pun tak pernah buat. So trylah guna ikan pari. Siap lapik daun kunyit. Oh memang marvellous gila. Tak sangka mudah gila..

Ni aku tunjuk je lah gambar testimoni member member yang dah beli. So far memang yang kenal je lah beli dengan aku. Yang belum kenal takde lagi. tapi kita boleh pos ke semua tempat. Takde masalah. Dijamin sampai dalan keadaan baik.


1 botol . 430g. RM 6.50 SAHAJA. Tidak termasuk kos pos.
Kandungan : Cili kering. Bawang merah. Bawang putih. Gula. Garam. Asam.


TQ beli Pn. AY. 


TQ beli Pn. N.A.B. Mula-mula beli 4 botol. Lepas tu nak repeat 5 botol.  


TQ Pn. NN. Paling banyak beli. Beli lepastu sedekah kat pengasuh and family members. 
TQ juga Pn. ER. Pn Y.A.T.


TQ Cik AAM. TQ juga Pn HAS. Tak habislagi dah repeat order nak buat stok. 


Sapa nak order boleh PM iolls di 012.597.7398. Setakat ni yang dah order memang semua repeat order. Terima kasih. 

** Nama sengaja di shortform. U know who u are. TQ guys!!!

Ok bai. 



November 13, 2014

0 Comments

Chapter 121 || Resipi roti - basic dough.

| Posting by: jie || Photo by : Jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Aku memang guna basic dough. Lepas tu bentuk la ikut suka hati. Nak buat bulan bintang bagai, isi filling atau topping apa, ikut suka.

Bear in mind, ini resipi basic ya. Kalau uolls nak adun, perap dan bakar guna breadmaker better guna resipi provided for breadmaker. Takut tak jadi.

My experience, derhaka sangat untuk breadmaker ni payah. Aku dah beberapa kali dulu try n error derhaka..memang tak jadi. Mostly roti aku bantat dan padat, surface yang tak smooth, macam-macam lagi la..kalau nak bentukkan ikut suka, inilah resipi paling mudah sekali.

Haa...dah bagi resipi ni.. silalah buat sendiri.

Resipi. Basic dough.

500g tepung protein tinggi*
120g gula castor*
5g bread improver*
15g tepung susu*
7g garam*
1 biji telur
225g air sejuk/ kiub ais
11g yis
80g marjerin

Cara-cara (guna pengadun)
1. Masukkan semua bahan yang bertanda * dalam mesin pengadun dan adun kering.
2. Ketika putar, masukkan yis, telur, air. Teruskan mengadun.
3. Apabila sudah menjadi doh bulat, masukkan marjerin. Apabila doh sudah elastik dan tidak koyak ditarik, keluarkan. Bulatkan doh. Perap selama 2-3 jam dalam suhu bilik hingga kembang.
4. Kemudian tumbuk tumbuk doh untuk keluarkan angin, seterusnya timbang mengikut besar dan berat yang dikehendaki.
5. Sedia untuk diadun untuk aneka jenis roti.

Cara-cara (guna tangan)
1. Masukkan semua bahan kecuali marjerin dalam dalam bekas. Campur semua. Uli sikit. 
2. Apabila sudah menjadi doh bulat, masukkan marjerin. Uli lagi. 
3. Apabila doh sudah elastik dan tidak koyak ditarik, keluarkan. Bulatkan doh. Perap selama 2-3 jam dalam suhu bilik hingga kembang.
4. Kemudian tumbuk tumbuk doh untuk keluarkan angin, seterusnya timbang mengikut besar dan berat yang dikehendaki.
5. Sedia untuk diadun untuk aneka jenis roti.

** Untuk dapatkan doh yang elastik, selepas diuli, cari plastik yang bersih dan masukkan doh dalam plastik. Picit-picit dan uli-uli doh dalam plastik lebih kurang 10 minit. Keluarkan dan uli lagi dalam bekas. sambung balik langkah 3.


Doh yang sama. Satu buat bun kosong. Satu isi sosej. 

Sandwich loaf guna pullman tin.

Cadang nak buat roti sarang lebah. Tapi karamel terhangus plak. 
Nak buat lagi gula perang dah habis. So makan kosong je la...Habiss jugak..
Roti cheese. Bulat-bulatkan, bila kembang sapu susu cair 
kat permukaan roti. Lepas tu sagat cheddar cheese dan 
tabur gula kastor. siap. 

Tips #1: Bahan doh ini boleh digunakan untuk membuat beraneka jenis roti dan pizza.

Tips #2: Kalau takde pengadun atau breadmaker dan teringin nak homemade bread, gunalah tangan. Aku mula mula buat guna tangan je uolls. Banyak kali. Menjadi jugak roti dan pizza.

Tips #3: Google dan carilah info banyak banyak pasal resipi dan tips meroti. Aku dan mak aku yang dah ada basic dough ni pun masih lagi beli buku dan refer youtube.

Tips #4: Kalau nak lagi efektif, pegilah join class buat roti. Aku pun pegi tau. Mak aku pun pegi class. So kalau nak ilmu, usaha. Try.

ok bai. 

November 12, 2014

0 Comments

Chapter 120 || Wordless Wednesday

| Posting by: jie || Photo by : Edy | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Kata wordless. So tepek gambar banyak banyak. Untuk kenangan. 

Bunga kat rumah mak iolls. Taken masa kenduri aqiqah Zahra. Masa dia 6 months young tak silap. Now dah 2 tahun 5 bulan. Gila peram. Nak upload sebab cantik.

Bunga. Pagi. Embun. Lebah. Cantik. Subhanallah



ok bai.





October 29, 2014

0 Comments

Chapter 119 || L'arome #06 - Testimoni L'arome ClearSkin (LCS) my family

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Cerita pasal L'arome ClearSkin (LCS) yang terdahulu boleh kilik link kat bawah ni.

01. Product review -L'arome Sliming Serum 
02. Testimoni L'arome Slimming Serum yang best

03. L'arome4u FB page

04. Kulit cantik dengan L'arome ClearSkin (LCS)
05. Testimoni sendiri LCS

Seperti yang aku dah sebut sebelum ni, mak dan adik aku pun pakai LCS ni. So now aku nak reveal perubahan dorang kat sini. tengok ya kawan-kawan.


Mak aku
Dia ada jerawat kecik-kecik tu. Mak aku ni jenis jaga kulit lebih dari aku. So bila nampak kulit muka iolls better dari dulu, haruslah korek rahsia kan.

Nah...boleh nampak kan beza dia. Jerawat kecik-kecik tu dah takde dah. Mak iolls confirm lah happy.


Adik aku
yang ni korang tengok sendiri la...Malas nak komen. Biar gambar berbicara. Apa komen dia??

" saya sangat happy sebab akhirnya masalah jerawat ni beransur pulih. I love L'arome"

Haha..tak la se skema tu..pang kang.. Tapi yang pasti memang dia happy lah. Kalau tak muka tu tak pernah nak senyum. Duk depan cermin berejam menelek muka. Pastu sendiri telek sendiri tension.

Jangan gitu ya kesayangan semua. Kalau ada masalah cepat-cepat cari solution. Aku tak kata produk lain yang korang pakai tu tak bagus. Tapi aku nak cerita pasal bagusnya LCS sebab aku dah pakai, dah rasa dan dah nampak kesannya pada aku, mak aku dan adik aku. Haa...Tak lupa jugak pada kawan-kawan aku.

Mahal? Aku ada 2 orang kawan a.k.a stokis L'arome yang memang sebelum ni pakai jenama 'International'. Pengguna setia uolls. Tapi sejak guna LCS ni deme suka dan dah tak pakai lagi produk tu. Sekali lagi nak cerita bukan produk lain tak bagus. Mati aku kena lahar plak nanti. Tapi sebab kesan yang ada pada LCS ni setanding dengan produk International tu dan boleh dapat dengan harga yang lebih murah. Ini yang aku katakan buat comparison Apple to Apple.

Nak buat comparison lagi?? Cuba GOOGLE je produk berasaskan apple stem cell ni. Samada produk yang kita consume/ kosmetik international. Cuba pegi jalan-jalan kat area kosmetik International. Tanya sales person tu harga mana-mana produk yang berasaskan apple stem cell. Agak-agak kalau ada yang bawah RM100 sila bagitau ye. Oh tester kit mungkin murah..Tapi cuba tanya any cream yang kandungan dia 30ml. Tak dapat derr murah-murah. 


Apple stem cell - Diambil dari epal liar di Switzerland. Kenapa ambil epal liar? Sebab epal species ni (malus domestica) tak kecut biarpun berbulan-bulan jatuh ke tanah. Makan memang tak la..Pahit bebeno. So atas dasar inilah L'arome ada kandungan epal liar ni untuk cantikkan kulit kita even terdedah pada apa jenis cuaca sekalipun. Tambah-tambah kat Switzerland tu berapa musim duk ada. 

Switzerland jugaklah tempat yang sama untuk producekan produk-produk berasaskan stem cell. Normally memang lagi mahal dari LCS. Kenapa LCS ni dikatakan menyamai standard produk International tetapi dijual dengan harga yang MAMPU MILIK??

Sebab packaging dibuat di Malaysia. Syarikat hanya bawa kandungan LCS dari Switzerland. Beli sendiri jar dan packing disini. Syarikat ada pilihan untuk jadikan produk lebih mampu milik. 

KKM?? Of course ada. Tapi ada yang tanya kenapa tak letak no KKM pada kotak? 

Oh mudah saja. Sebab pasaran kita juga International. Yang terawal di Indonesia. so KKM kita tak laku kalau di negara lain. Untuk mudahkan packaging, kita sama ratakan packaging. Sapa yang nak tau lebih lanjut boleh refer website dan cari. 



Meh meh..sapa yang nak jana pendapatan tambahan meh bagitau akak. Modal serendah RM350. Harga tu bukan harga saja-saja ya..Itu harga produk yang anda beli dan dapat free membership. Bila dah jadi member senanglah korang nak buat bisnes..Mudah je. Duk depan PC atau smartphone taip-taip, post testi and promo..orang nak beli anda dapat bonus.

Nak sihat/ body cantik?? Ada Slimming Serum.
Nak muka lawa?? Ada Clearskin
Nak tambah pendapatan?? Jom join kami. 

PM/ call/ whatsapp - MARZIAH 012.597.7398



Nanti next entry aku cerita detail sket macammana dan kenapa kena buat side income. Till then. 

Ok bai. 








October 13, 2014

4 Comments

Chapter 118 || L'arome #05 - Testimoni sendiri L'arome ClearSkin (LCS)

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Lebih nak bercerita kesan penggunaan LCS untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan terdekat. Pada saya kesan LCS sangat bagus especially kepada kulit kering. Asalnya kalau ikut dari info yang kami dapat, LCS ni kita sapu merata pada muka dan leher. Yelah, nanti nampak tona muka dan leher tak sekata plak. 

Aku start guna LCS 13 September. Now 13 Oktober. Means dah sebulan. Ok ke aku pakai? 

Ok nak cerita dulu. Aku ni jenis kulit kering. Very dry skin. So sebelum ni memang kena sapu lotion banyak-banyak. Tapi aku tak suka sangat apply lotion. Sebab penat. Yelah lepas basuh tangan nak kena apply lagi. Sebab lotion ni ibarat 1 layer di atas kulit yang akan halang kulit dari mengering. Bila layer tu dibasuh, dia hilang. Pastu kena apply lagi. Ai is malas like that.

Tu kat tangan. Kat muka pun sama...Ikut mood. Tetiba keliling hidung dan bibir mengering. Dah kena cari pelembap plak. Kadang-kadang semua pelembap tak jalan bubuh je lotion muka kat situ. Hasilnya, at 1 time dia akan berminyak. So pipi ok tapi hidung berminyak. Tona tak sekata. Ai is stress like that plak. 

Aku masa mula-mula pakai LCS pun tak la teruja sangat. Sebab aku susah nak percaya produk muka ni. Sebelum ni aku ada pakai 3 produk. 

* Produk pertama buatkan kulit aku jadi lawa gila!! putih bersih je. Tapi macam tak kekal lama. Its like macam kulit ko bila dah immune dengn produk tu dia dah tak jadi apa-apa. Mana taknya, aku tak berapa pakai krim malam dia. Tak suka bau dan rasa melekit. Nak tido pun rasa tak best. So aku skip pakai krim malam. Memang tak menjadi la..Haha

** Yang kedua ni ok jugak. tapi krim siang cepat beno habihnya. Sebab lepas solat Zohor dan asar pun aku apply. So krim siang secoet (dalam 6g kot) aku pakai 3 kali waktu siang. Bukan macam foundation tapi structure macam clear gel. Yang malam pun aku pemalas lipas. So tak lengkap la rutin penjagaan muka aku.

*** Yang ketiga ni lebih kurang sama dengan yang pertama. Aku tak suka krim malam dia. Melekit. nak sapu pun tak selera. Pastu pencuci dia jenis sabun. Untuk aku yang jenis kulit kering ni, penggunaan sabun sebenarnya sangatlah tak digalakkan. Sebab  lagi akan keringkan kulit. Kenapa beli?? Sebab ada member pakai kulit dia jadi lawo plak..Haha..

So start 13 September lepas aku pakai LCS. Pencuci muka dan BB cream aku guna produk kedua. 

Apa praktis aku??

Pagi (weekdays)
1. Cuci muka dengan pencuci produk kedua. Lap kering.
2.  Pakai LCS.
3. Pakai BB cream produk kedua.
4, Pakai gincu. 
Siap.

Lepas solat Zohor & Asar (weekdays)
1. Pakai BB cream.
2. Pakai gincu. 
Siap.

Malam sebelum tido.
1. Cuci muka dengan pencuci produk kedua. Lap kering.
2.  Pakai LCS.
Tido. 

weekend:
Pagi- kalau keluar, ikut praktis pagi weekdays. Kalau duduk umah, ikut praktis malam.
Malam- Rutin sama.

Tu je. Takde kosmetik tambahan. 

Hasil??Jujur cakap aku suka. 
1. Pori-pori aku mengecil. Jadi kulit aku nampak halus sikit. 
2. Warna kulit sekata. . Bukan cerah melampau ya. Muka nampak glow. Bukan berminyak.
3. Kulit makin lembap. Ni paling suka. Dah tak kering lagi.
4. Parut jerawat pudar. Hilang semua belum lagi la. Tapi aku happy dengan result ni walaupun tak hilang semua.
5. Jerawat kalau naik senang mengecut.

Aku ambil angle yang sama sebab nak tengok sendiri kesan parut jerawat aku tu. 


Lepas tu aku gatal nak try. Apply plak kat tangan. Tapi apply sebelah je. Sebab nak tengok kesan macammana kan. Hasilnya? Tangan yang aku apply LCS lebih lembap. Yang tak apply kekal kering la kan. Nak tengok? Jangan ngeri plak ye. Haha.. 

Padahal aku apply sekali je. Pagi-pagi. Lepa tu kalau gi toilet ke makan ke basuh je tangan guna sabun macam biasa. Tapi still nampak beza kedua-dua tangan. 
## sila abaikan parut tu. Fokus pada kulit ai.



Testimoni aku kat group L'arome kitorang. Dah dijaja pun kat dalam facebook.


Member aku sorang lagi pun ada masalah kulit kering kat kaki. Bawah buku lali bila bersila selalu terdedah pada lantai. So kawasan kulit kat situ jadi kering dan tak cantik. Dia pun cuba-cuba je apply kat situ dan ternyata hasilnya positif. tapi aku tak bolehla tunjuk gambar kaki dia kat sini. Yang perempuan sapa nak tengok aku boleh bagi. Please PM iolls.



Balik kampung raya haji lepas mak and adik pun tegur. Muka nampak glowing. Wow perkataan glowing tu susah nak dapat weh. Jadi aku anggap itu adalah good sign. kalau ada yang kata "eleh, ntah-ntah saje je nak amik ati pujila aku"..haha..  Gua tak terase beb...Up to uolls...

Sebab kalau mak and adik aku berpura-pura takla dorang pun duk kenen nak pakai LCS jugak. Mak aku kulit takde jeragat. Tapi ada jerawat kecik-kecik yang dia pun tak suka dan nak get rid. haha..Weekend ni nak jumpa so bolehla tengok apa hasilnya. Sebab bila call katanya dah ok. Kawan-kawan a.k.a jiran pun dah sibuk bertanya mak iolls pakai produk apa. And guess what?? Mak dah ada customer pun!!! Hujung bulan bayar ..Haha...What else can I say...

Adik aku. Dia ni kronik sket. Muka dia penuh jerawat. Jerawat yang bernanah hokay. Untuk pompuan, pada aku tu dah gila teruk. Kesian tau tengok muka dia. Sebab kesian, aku suh dia pakai LCS gak. Dah la aku tolak half price je. Siap money back guarantee tau kat dia ni. Happy lettew dapat LCS half price. Tapi hutang. Tak bayo lagi...Muahaha...Student katanya. Pokai.

After 2 days pakai aku tengok jerawat mengecil. Weekend ni pun aku nak jumpa dia nak tengok. IPTA cuti seminggu ni. Dia nak surprise-surprise aku katanya. Nyampah. Tapi dia bagitau jerawat besar yang bernanah tu semua dah takde. Tinggal parut dan merah-merah saje. Siap bagitau lagi
" Dulu amik gambar mesti guna camera 360. Sebab kulit tak licin. Sekarang dah guna kamera biase"
Oh kesian sungguh ko dik non. Takpe ahkak dah bagi jalan. Ko usaha je la dik.  Nah belanja gambar dia sekeping. Tapi sebab adik ai pemalu ai blanco la sket. Muahahaha.

Tu je lah nak cerita buat masa ni. Sempena aku pakai sebulan jerawat manja dan tumbuh kat dahi hari ni. Takpelah, itu maknanya aku normal. Aku dah apply LCS. Jap lagi tamatlah riwayat ko jerawat. Gila konfiden kan??? Payah tau aku nak konfiden gini. 

Ni additional info.
1. LCS ni tak menghakis kulit ye kawan. Tiada sebarang pengelupasan pada aku. Takde pedih ke hapa.. Takde semua tu.

2. LCS tak perlu pakai selalu sebab dia macam serum pada kulit. Mudah meresap ke dalam kulit dan terus bekerja untuk perbaiki struktur kulit.

3. LCS ni kandungan dia 30 ml. So tahan 2 bulan. Memang tahan ye. Macam muka letak 5 spot je dan sapu merata. Tapi kalau nak sapu kaki nak sapu tangan jangan complaint la abih cepat. 2 bulan ni berdasarkan penggunaan kat leher dan muka saja.

4. Harga mahal?? Mahal jika kita bandingkan LCS dengan produk Malaysia. Murah jika bandingkan dengan produk International. So please compare apple to apple ya. 

5. Untuk aku, aku kata murah. Sebab bila pakai LCS aku dah tak pakai toner, krim malam dan compact powder. Dulu kena pakai. 3 benda ni je dah RM 140++. Eh memang mampu milik la... Produk setanding international tapi harga jauh lagi murah. Tapi kalau ko nak pakai semua tu dengan LCS ni pun takpe. Aku malas.

6. Even dah pakai LCS ko still boleh campur dengan UV cream/ BB cream/ foundation kesukaan ko. Oh pencuci muka pun boleh guna ikut suka kulit ko. 

Cukuplah 6 je. Tu pun jenuh dah aku taip. Ini  bukan propa ya. Kalau tak caya meh jumpa aku tengok sendiri. Next week aku tunjuk hasil muka mak aku and adik aku plak. Sorrylah mak ai tak pandai mms semua ni. Jadi kena tunggu wiken ni baru jumpa mak. Yang si adik plak sibuk nak surprise..APTB..

Ok bai. 

Entry L'arome:
01. Product review -L'arome Sliming Serum 
02. Testimoni L'arome Slimming Serum yang best

03. L'arome4u FB page

04. Kulit cantik dengan L'arome ClearSkin (LCS)












back to top