Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 121 || Resipi roti - basic dough. ~ olahbersama® Blogger Widgets

November 13, 2014

Chapter 121 || Resipi roti - basic dough.

| Posting by: jie || Photo by : Jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Aku memang guna basic dough. Lepas tu bentuk la ikut suka hati. Nak buat bulan bintang bagai, isi filling atau topping apa, ikut suka.

Bear in mind, ini resipi basic ya. Kalau uolls nak adun, perap dan bakar guna breadmaker better guna resipi provided for breadmaker. Takut tak jadi.

My experience, derhaka sangat untuk breadmaker ni payah. Aku dah beberapa kali dulu try n error derhaka..memang tak jadi. Mostly roti aku bantat dan padat, surface yang tak smooth, macam-macam lagi la..kalau nak bentukkan ikut suka, inilah resipi paling mudah sekali.

Haa...dah bagi resipi ni.. silalah buat sendiri.

Resipi. Basic dough.

500g tepung protein tinggi*
120g gula castor*
5g bread improver*
15g tepung susu*
7g garam*
1 biji telur
225g air sejuk/ kiub ais
11g yis
80g marjerin

Cara-cara (guna pengadun)
1. Masukkan semua bahan yang bertanda * dalam mesin pengadun dan adun kering.
2. Ketika putar, masukkan yis, telur, air. Teruskan mengadun.
3. Apabila sudah menjadi doh bulat, masukkan marjerin. Apabila doh sudah elastik dan tidak koyak ditarik, keluarkan. Bulatkan doh. Perap selama 2-3 jam dalam suhu bilik hingga kembang.
4. Kemudian tumbuk tumbuk doh untuk keluarkan angin, seterusnya timbang mengikut besar dan berat yang dikehendaki.
5. Sedia untuk diadun untuk aneka jenis roti.

Cara-cara (guna tangan)
1. Masukkan semua bahan kecuali marjerin dalam dalam bekas. Campur semua. Uli sikit. 
2. Apabila sudah menjadi doh bulat, masukkan marjerin. Uli lagi. 
3. Apabila doh sudah elastik dan tidak koyak ditarik, keluarkan. Bulatkan doh. Perap selama 2-3 jam dalam suhu bilik hingga kembang.
4. Kemudian tumbuk tumbuk doh untuk keluarkan angin, seterusnya timbang mengikut besar dan berat yang dikehendaki.
5. Sedia untuk diadun untuk aneka jenis roti.

** Untuk dapatkan doh yang elastik, selepas diuli, cari plastik yang bersih dan masukkan doh dalam plastik. Picit-picit dan uli-uli doh dalam plastik lebih kurang 10 minit. Keluarkan dan uli lagi dalam bekas. sambung balik langkah 3.


Doh yang sama. Satu buat bun kosong. Satu isi sosej. 

Sandwich loaf guna pullman tin.

Cadang nak buat roti sarang lebah. Tapi karamel terhangus plak. 
Nak buat lagi gula perang dah habis. So makan kosong je la...Habiss jugak..
Roti cheese. Bulat-bulatkan, bila kembang sapu susu cair 
kat permukaan roti. Lepas tu sagat cheddar cheese dan 
tabur gula kastor. siap. 

Tips #1: Bahan doh ini boleh digunakan untuk membuat beraneka jenis roti dan pizza.

Tips #2: Kalau takde pengadun atau breadmaker dan teringin nak homemade bread, gunalah tangan. Aku mula mula buat guna tangan je uolls. Banyak kali. Menjadi jugak roti dan pizza.

Tips #3: Google dan carilah info banyak banyak pasal resipi dan tips meroti. Aku dan mak aku yang dah ada basic dough ni pun masih lagi beli buku dan refer youtube.

Tips #4: Kalau nak lagi efektif, pegilah join class buat roti. Aku pun pegi tau. Mak aku pun pegi class. So kalau nak ilmu, usaha. Try.

ok bai. 

0 comments:

Post a Comment

back to top