Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 167 || Persiapan Ramadhan: Menu Berbuka dan Bersahur ~ olahbersama® Blogger Widgets

June 15, 2015

Chapter 167 || Persiapan Ramadhan: Menu Berbuka dan Bersahur

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Ewah. Tajuk tak agak-agak.Orang lain sibuk buat persiapan ROHANI. Ko bz cari menu.

Sebab aku nak cuba FOKUS ROHANI lah aku buat planning siap-siap. Supaya bulan ramadhan nanti aku boleh capai target.

1. Boleh baca zikir. Baca tazkirah atau ayat Quran. Kalau tak prepare menu hari-hari duk gugel cari menu bukak puasa. (DOAKAN YA !!)
2. Kurangkan pegi bazaar Ramadhan. Makanan belum tentu kena dengan tekak. Harga pun boleh tahan. Bukan nak salahkan peniaga. Tapi semuanya agak mahal sekarang. **Menteri pun masak nasi goreng sendiri. Tangkai cili api pun tak sempat buang terus #flatlay dalam kuali. Eh. 
3. Kurangkan beli makanan luar. Nak elakkan membazir sebab nafsu mata takut tak boleh kawal.
4. Nak cepat pantas dan tuntas dalam menyediakan makanan. Bulan posa malas duduk dapur lama-lama.
5. Tak suka membeli di bazaar ramadhan. Orang ramai.

Aku tak anti pun bazaar. OK je layan sekali sekala. Target just nak kurangkan bukan tak pegi langsung.

So untuk menjayakan misi ini, aku ulang balik praktis tahun lepas. Boleh refer SINI.

TAHUN NI. Aku plan nak buat frozen jugak. Menu yang dipilih adalah jeng jeng jeng....

1. KENG SOM

First time makan masa pregnant Zahin. Beli kat Tg. Malim. Sedap gila wei. Pastu 2-3 bulan lepas kedai tu dah tak sedap. So kali ni biarla aku buat sendiri. Resipi gugel je lah. Gambar first kat bawah ni dia guna remoah kengsom. Sebab aku takde rempah aku buat cara aku je lah. Yang pastinya memang cara senang.

Tengok ramuan pun lebih kurang macam asam rebus je. Cuma ada cili padi, nenas dan kangkung dak bg rasa KICK. 


SUMBER dari SINI.

SUMBER dari SINI.

Ingat nak buat kueh dia lebih sikit. Pastu frozenkan untuk dalam beberapa bekas. Time nak makan baru panaskan dan masukkan ikan. Sedapnya hirup time panas-panas...


2. PARU



Sumber dan resipi dari SINI.

Rebus siap-siap pastu asingkan untuk setiap kali makan. Nanti nak makan boleh defrost dan goreng. paru memang sedap tapi kalau tak lembut (liat) memang hilang mood. Macam kunyah chewing gum.

Nota:
Rahsia mendapat gorengan rangup adalah menggunakan api besar.

Nak goreng boleh, Nak masak sambal pun boleh. 


3. KUAH LAKSA.




Sumber dan resipi dari SINI.

Teringin punya pasal. Nak makan tinggal beli laksa je. Pastu ulam raja dan pudina dah ada dah kat rumah. Tinggal petik je. Oh ai is happy.

Saja nak try resipi Kak JEE ni. Sebenarnya sekarang pun dah rasa teringin. 

4. Kuah SAMBAL.

Dulu mungkinlah aku buat sambal banyak-banyak. Now tak payah. Sebab aku dah ada penyelamat. Sambal segera yang dah siap masak. Tinggal panaskan dan masukkan makanan kegemaran.

SAMBAL SEGERA ni dimasak selama 3 jam dengan campuran bawang berah, bawang putih, cili kering, asam jawa, gula dan garam. Tapi bila nak masak aku tumis jugak bawang sebab nak nampak hebat. 

Bila malas sangat atau tak cukup masa memang aku campak je sambal ni dalam kuali. Masukkan sotong dan potong bawang besar. Jadilah sambal sotong ang marvellous!!! Nak baca detail boleh rujuk entry aku kat SINI dan SINI.


Salah 1 resipi simple dengan menggunakan cili segera.

Goreng kacang, tempe, ikan bilis. Pastikan tempe hiris nipis utk kerangupan melampau.
Panaskan minyak, just masukkan cili segera secukupnya. Jangan banyak sangat sebab kita nak sambal yang kering..kemudian masukkan 3 serangkai (kacang/ tempe/ bilis) tadi. Siap utk dimakan..



5. Kueh frozen - tak plan lagi nak buat apa. Tapi yang paling mudah bolehlah buat popia. Yang lain tak tau lagi. Donut pun boleh buat sekali. ZZ suka.

Tu je lah. Harap-harap dapat bertemu Ramadhan hingga ke syawal. Aku hanya merancang. 

Wallahua'lam.

P/s: Nak info atau nak beli Larome? Boleh baca di SINI

ok bai. 











Reactions:

1 comment:

  1. in shaa Allah boleh.. tahun lepas pun masak jer.. rasanya ada sesat beli sekali atau tak beli langsung..

    ReplyDelete

back to top