Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 141|| Besday dan resipi ketam bercili ~ olahbersama® Blogger Widgets

March 11, 2015

Chapter 141|| Besday dan resipi ketam bercili

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Ahad lepas. Besday En. Edi. Kat rumah masa tu ada 2 orang adik ipar, mak mertua dan sorang anak sedara selain kami la...

Tahun ni beli je. Kek secret resipi. Beli 4 slice. Sebab kalau beli sebiji kek confirm tak habih. Dah jangan membaziaq.

Suruh budak-budak 3 orang ni pegang kek. Tolong nyanyi kat ayah. Duk kat dapoq jangan berjalan-jalan. Alhamdulillah semuanya mendengar kata. 2 orang gegirl tu lebih kepada excited sebenarnya. Syukur gak Zahra pun behave. Besar dah anak ibu.



Sempena besday gak, aku suh En. Edi beli ketam dan masak ketam bercili. Resipi yang dia nak sangat buat aritu. Beli kat TF barang basah. Balik rumah semua dia buat. Aku tolong tengok je. Pastu tolong rasa. Sebab dia nervous nak rasa. Ngek.



Alang-alang tu meh aku bagi resipi sekali. Ni aku bagi berdasarkan apa yang En. Edi buat aritu.

Bahan-Bahan
- 3 ekor ketam.
- 1 labu bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- halia dalam 1 1/2 inci
- 5 tangkai cili padi
- Cili kisar (aku pakai sambal segera power ni)
- tomato/ sos tomato
- sos tiram
- gula/ garam/ perasa
- sedikit air
- telur itik (aku pakai telur ayam je)
- daun ketumbar

CARA-CARA
- Bawang putih/ bawang besar/ halia/ cili padi ditumbuk kasar. Pastu tumis.
- Masukkan cili kisar. Aku pakai sambal segera INI je. Confirm MELETOP sambal korang. 
- Masukkan ketam.
- Masukkan tomato/ sos tomato. Sos tiram dan sedikit saja air. Jangan banyak anyak sebab ketam keluar air gak nanti.
- Perasakan garam gula.
- pecahkan telur dalam mangkuk. Tuang je dalam ketam ni. Kacau-kacau tutup api.
- Masukkan daun ketumbar. Wangi u.





Rasanya???

Sebab besday dia, weolls makan semua kata sedap. Tapi memang sedap pun.
Okeh bang. Lepas ni boleh buat lagi. I lap U.


Rahsianya? En. Edi teringin lepas tengok chef 5 rempah 5 rasa tu ubat. Aih apo sonang sangat ni. Nak buatlah.

Tengah-tengah massak sat-sat cek balik recording tu takut ada bahan yang missed out. Pandai !!!

Nanti boleh record semua series tu. Pastu bagi dia tengok. Pstu teringin. Pastu gi pasar pastu masak. Kami makan. Oh I luv u too !!!! Muahahah

Sebagai kenangan, kami simpan video ni di sini. Untuk tatapan ZZ bila besar nanti. 

ok bai. 

5 comments:

  1. Orang laki masak memang skema, ikut sebijik2..selalu orang pompuan ni yang suka derhaka resepi..pandai2 tambah/kurang bahan..hahaha..
    Mati2 aku ingat hang yang masak..choi lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ti, kena puji selalu. Baru dia rajin masak. kui kui..

      Delete
  2. rajinnya en.edi masak ya.. hehehe..

    ReplyDelete

back to top