Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 89 || Tips pemakanan dan berjimat di bulan Ramadhan ~ olahbersama® Blogger Widgets

June 30, 2014

Chapter 89 || Tips pemakanan dan berjimat di bulan Ramadhan

| Posting by: jie || Photo by : jie & Google |

Bismillahirrahmanirrahim,

Saja buat entry ni untuk ingatan diri sendiri dan sesiapa juga yang ingin ambil ilmu di sini. A friendly reminder, tips ini adalah lebih kepada ibu-ibu yang bekerja dan kurang masa nak masak untuk family tapi still nak serve homemade food. Untuk aku, honestly memang tak sempat. Kami sampai rumah pukul 7 waktu bukan bulan puasa. Bulan puasa mungkin boleh awal sikit. Paling awal pun mungkin 6.30 pm. Sampai rumah kena layan anak lagi so memang tak sempat nak spent masa lama di dapur. En. Edi plak memang jenis suka makan lauk yang dimasak, bukan yang dibeli. Jadi ini adalah cara yang praktikal untuk aku buat masa ini.

Pada SAHM/ WAHM pun boleh apply. So banyak masa waktu puasa boleh tumpu pada ibadah, anak-anak dan other house chores. Tapi kalau cukup masa untuk masak untuk family, lagi bagus. Banyak pahalanya.

1. Memasak Lauk
Rancang apa yang ingin dimasak untuk bersahur dan berbuka. Paling kurang pun perancangan 1 hari kehadapan. Contohnya nak makan nasi putih dan kari ikan bawal.

Sediakan dan masak kari pada malam sebelumnya selepas berbuka. Bila dah masak, sejukkan dan simpan di dalam peti ais (cooler). Kalau masak banyak, asingkan supaya satu bekas boleh dihabiskan dalam satu-satu masa sahaja. Maknanya satu boleh simpan kat cooler dan bakinya simpan di dalam freezer. Yang kat cooler tu, esok bila sampai rumah boleh masak nasi dan panaskan saja lauk kari. Jadi juadah utama sudah tak jadi masalah lagi. Sedap pun sedap dan terjamin cukup rasa sebab masak sendiri dan boleh rasa.

Yang dalam freezer boleh makan lusa ke, next week ke, ikut suka.

Ada 4 jenis lauk. Aku pack untuk sekali makan. Means lepas panaskan aku kena habiskan lauk tu. Takde simpan-simpan dah. 




2. Persediaan untuk memasak.
- Jika nak masak sebelum berbuka, yang ni pun kena rancang juga. Apa yang ingin dimasak. Kalau nak masak sup ayam, stok bawang kisar boleh dibuat dan disimpan di dalam peti sejuk. pendek kata, stok bahan kisar lah. bawang putih, bawang merah, halia.

Asingkan siap-siap portion ayam yang nak guna dalam 1 bekas. So balik kerja boleh terus guna dan tak perlu nak asingkan. bawang goreng boleh goreng siap-siap malam sebelumnya atau lagi awal dan simpan dalam air tight container.

Semua ini penting supaya kita semua boleh masak campak-campak macam dalam rancangan masak-masak kat TV. Semua dah sedia kat meja tinggal nak guna je. Dah save masa di situ. Kalau sampai rumah pukul 6 dah boleh masak dah.

3. Penyimpanan stok sejuk beku. 
- Stok pertama yang boleh disimpan adalah item no. 1 di atas.

- Stok kedua adalah stok kueh mueh frozen. Untuk persediaan ramadhan ni, aku dah siapkan karipap, masalodeh dan popia frozen. Itu yang dah ada la. Jadi balik kerja boleh terus keluarkan dan goreng. Macam-macam kueh sebenarnya yang boleh dibuat frozen. Aku pernah buat donut, aiskrim goreng, bergedil, roti sosej, samosa dan lain-lain yang korang suka. Confirm berkhasiat sebab homemade. Oh jimat lagi di situ.Jimat masa dan jimat wang.

- Stok ketiga ni aku suka buat. Aku beli sayur. Kadang-kadang aku tak guna pun semuanya. Contoh beli carrot 3 biji dalam 1 pek..Mungkin guna dalam 1 je. So lagi 2 terbiar. Atau yang paling mudah, daun sup, daun bawang/ ketumbar. Selalu kalau beli mesti ada lebih. Jadi aku potongdaun ni, masukkan dalam bekas kiub kecil dan frozenkan. Bila beku aku keluarkan dan pindahkan dalam ziplock plastic bag dan label. Bila nak guna, ambil 1 atau 2 tau lebih ikut suka dan campakkan saja. Segar ke? Aku bekukan dalam chest freezer, so far Alhamdulillah. Nak bukti? cuba baca kat SINI untuk tempoh penyimpanan dalam makanan sejuk beku.

- Yang ada anak kecil pun sebenarnya boleh apply cara frozen ni. Aku dulu suka frozenkan shredded carrot, brokoli, daun sup dan puree. Mudah sangat kerja sebab campak-campak je nak masak.Macam gambar kat bawah ni.

Shredded carrot. Ikut suka nak halus or kasar. Tapi untuk bayi seeloknya diberi dalam bentuk puree pada baby sebab carrot susah nak hadam.

Masukkan dalam bekas ni. Masukkan air. Bekukan. Bekas ni aku beli di GIANT 2 pcs RM4.99. 1 bekas ada dalam 10 kiub..kot

Once dah beku, boleh keluarkan. Masukkan dalam ziplock bag / bekas. Label. 

Frozen brokoli. Untuk Zahra. Dulu.

Daun sup. Nak masak apa boleh campak terus. 


3. Rancang pembelian/ perbelanjaan.

Jika dah buat semua yang di atas tu, kita dah kurang demand untuk membeli. Sebab?
- Makanan dah confirm sedap, bersih.
- Boleh adjust kuantiti lauk yang nak dimasak berdasarkan keperluan perut seisi rumah.
- Semua benda boleh buat sendiri. Kenapa nak beli...

Boleh je membeli di pasar Ramadhan. Tapi hadkan kuantiti. Yang paling bagus plan juga apa yang kita rasa nak beli di sana. Kalau harini rasa nak makan ayam percik, boleh beli. Kalau sambil lalu tu ternampak murtabak, boleh plan esok untuk beli murtabak.

Anak-anak aku kecil lagi. So memang belum trained untuk berpuasa. Tapi insyaAllah pada yang ada anak yang dah bersekolah dan berpuasa, adalah menjadi satu kepuasan kepada ibu-ibu atau bapa-bapa jika anak-anak request nak ibu/ ayah masakkan instead minta untuk belikan. Anak-anak juga tahu air tangan ibu doranglah  yang paling sedap dalam DONIYA. haha

***
Saja nak cerita. Ada jiran aku kat kampung. Jiran sekampung tapi bukan sebelah rumah. Jauh sket la dari rumah aku. Kalau dia bagi mak aku any dish, kami rasa memang tak sedap. Kitorang adik beradik selalu tension bila makan dish makcik nih. Makanan makcik ni memang tak kena langsung dengan tekak kitorang tapi katanya anak-anak selalu request makcik ni masak ni. Kitorang memang selalu complaint tak sedap tak sedap. Anak-anak dia ni takde taste ke? betapa kitorang sangat tak paham masa tu.

Bila besar, banyak terdedah dengan teknologi. Banyak membaca. So aku dah ada jawapan kenapa anak-anak makcik ni suka makanan dia. Sebab makcik ni masak dengan ikhlas dan penuh kasih sayang untuk family dia. So itu yang membuatkan dish dia sedap bila anak-anak dia makan.

Contoh lagi. Aku suka laksa yang mak aku buat. Laksa homemade dan kuah laksa homemade. Sebab aku dari kecik dah diajar makan macam tu. Bila besar aku makan macam-macam laksa. Tapi hati aku tetap kata laksa mak aku paling sedap. En. Edi plak suka laksa basah readymade tu. Sebab dia pun makan cara macam tu dari kecik.

So apa yang aku nak cerita ni, kalau kita masak dari hati..Insya Allah suami dan anak-anak akan suka. Orang lain, tu jatuh no. 2. Gittew...

ok bai.











16 comments:

  1. bestla mar..tq share tips ni..byk gakla ilmu frozen yg kudapat dari pembacaan kt cni..hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. No prob Hartini, frozen ada 2. satu lagi 'let it go' let it go'..Hahaa

      Delete
  2. wah2 frozen2 plak blajar ari nih..alhamdulillah setelah 2 ari berpuasa semuanya msk sendiri..blm lagi beli lauk pauk kt bazar ramadhan..harap2 ari nih dan hari2 mendatang pn masih bdaya nak msk utk anak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. izzeyda, puas kan dapat masak untuk family...

      Delete
  3. betui.sy setuju ayt last tu"kalau kita masak dari hati..Insya Allah suami dan anak-anak akan suka. Orang lain, tu jatuh no. 2. Gittew...".sy rasa sy masak x bes,tapi suami slalu puji dan nk invite kwn2 mai mkn,sy jadi serba salah.semoga boleh la sy improve masakan sy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann?? Kalau suami dah plan nak jemput kawan-kawan sedap lah tu maknanya. Chaiyokk!!

      Delete
  4. Terbaik lah post ni :) Kena cuba method sis ni.Saya housewife yg baru nk belajar mcm mana nk jadi housewife.hihihi

    ReplyDelete
  5. Ziplock bag kt mna boleh bli yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakura-chi, boleh beli di tesco, giant. Ada di bahagian plastic. dekat-dekat dengan aluminium foil.

      Delete
  6. Tq atas tips yg berguna.. Nnti share banyak lagi.. Tips sesuai utk wanita yg bekerjaya dan nak jimatkan masa

    ReplyDelete
  7. mar, sue tag mar untuk GA nih..

    http://izzeyda.blogspot.com/2014/08/segar-bersama-fresh-care-dan-safe-care.html

    ReplyDelete
  8. Tumpang tanya, kalau masakan sayur (cth:sayur campur/sup sayur/masak lemak bayam/dll) boleh tak klu kita frozen-kan? TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sayur lebih sedap yang fresh. kalau kita reheat sayur akan terlalu lembut dan tak sedap. Khasiat pun akan kurang. Untuk sup boleh buat stok ayam/ ikan bilis/ udang. Bila nak pakai just masukkan dalam periuk dan masukkan sayur. Sekejap je dah siap sup sayur. Just my 2cent. :)

      Delete

back to top