Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 88 || Lunch @ Restoran Orkid Thai ~ olahbersama® Blogger Widgets

June 24, 2014

Chapter 88 || Lunch @ Restoran Orkid Thai

| Posting by: jie || Photo by : Jie & Intan |

Bismillahirrahmanirrahim,

Kebiasaan kami setiap weekend kena jalan-jalan bawa ZZ. Dekat pun takpe janji keluar rumah naik kete. Mak and adik aku pun ada sini, so ajak jalan-jalan makan-makan sebelum sambut ramadhan.

Plan nak lunch di restoran orked thai Shah Alam. Kenapa pilih tempat ni? Sebab kitorang boleh makan di tingkat atas. Ada aircond dan sesuailah untuk musim panas ni. Kawasan tertutup so aku tak risau sangat kalau ZZ nak berjalan dalam tu (still kena pantau).

Sebelum tu jalan-jalan ke Fella Design di Kampung Melayu Subang sebab sampai Ahad lepas ada sale. Nak jamu mata je kekdahnya. Takde wishlist sebab dah labur duit untuk preparation masuk rumah sendiri. Huhu..
So far memang ada murahlah dari harga asal. Tapi nafsu takde nak membeli belah sangat tadi. So tinjau-tinjau saja dan blah.




Ni semua adik aku yang capture. Masa aku bz meninjau dekat Fella Design. 



Zass terus ke Shah Alam. Sampai pun dah 1.30 pm da.



This is what we,ve ordered.

Kerabu Soo Hoon - RM 10

Asparagus garlic - RM 13

Sotong goreng tepung - RM 13

Siakap Stim Limau - RM 38

Butter prawn - RM 20

Tomyam Seafood - RM 20


Total semua campur 4 jenis air, tid bits dan tax is RM 143.65.  For me, harga reasonable dengan portion dan suasana kedai. Tapi kalau lagi murah lagi bagus..hahaha

Kedai ni yang aku tau kalau malam ramai orang. Aku tau pasal kedai ni masa keje di NMC Shah Alam. Sometimes boleh fully book. So far aku hanya pergi time siang. So memang tak ramai orang dan menepati suasana yang aku suka. Tak havoc. Pada yang nak pegi ni aku bagi address. Copy dari google.

Kalau datang makan 1 meja 10 orang/ 8 orang pun dorang ada pakej. Dulu masa keje NMC aku memang suka lunch dan ambil pakej. RM 200++ tak silap excluding drinks. Siap ada free chilli crab 2 ekor.

Bulan puasa ni pun sure ramai orang. Those yang nak berbuka bolehla terjah ke sana...

Restoran Orkid Thai, 
17A, 15A Jalan Tengku Ampuan Zabedah, F9/F Section 9,
40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Tel : 03-5891-0163

Lepas tu pegi kedai perkakas masak kek/ biskut plak.. Tengok Zahra sibuk sgt susun bekas tu. Aku suruh Achu jaga n aku mencari bahan yg boleh dibeli.. Lama jugaklah Zahra leka menyusun semua tu. Senang sket keje aku.




ok bai.

Reactions:

2 comments:

  1. Hahaha terliur la tgk makanan..nasib blm puasa..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..Now dah posa...Jangan terliur...

      Delete

back to top