Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 150 || PickNik @ KLCC lagi.... ~ olahbersama® Blogger Widgets

April 02, 2015

Chapter 150 || PickNik @ KLCC lagi....

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Last Saturday pegi lagi. Kenapa ke sini??

Sebab FREE.
Sebab air cetek.
Sebab ragu-ragu nak ke air terjun. banyak kes kencing tikus. Air dalam. Arus deras.
Sebab sebelah tu ada playground. Lepas mandi-mandi boleh main playground. FREE.

Nampak macam cheapskate. Tapi logiknya why pay more when you can get it for FREE??
Zahin suka KLCC. nak bawak gi shopping bukan minat. So kita bagi main je lah.

Aku pun sejak ada ZZ dah tak suka window shopping. Sian aku hilang nikmat dunia.Huhu.
Kalau nak beli baju, aku cari online ataupun waktu aku sorang-sorang. Tu pun memang tak lama. Aku jenis beli straight je. Takde pusing sejam dua.


L - R : Sosej/ ayam goreng, Nasi goreng kencur pedas. Nasi goreng garlic tak pedas, pasta carbonara, kuah roti canai, sambal sardin.

Bangun pagi pukul 6 terus masak. Nasi goreng semua dah tumis malam tadi. Pagi tinggal nak lebur nasi dan sayur je. 

Sambal sardin paling mudah. 5 minit je siap. tumis bawang, masukkan sambal segera, lebur sardin. Mendidih (ke menidih??? gasak laa) terus angkat masuk bekas. Siap!!
** Sapa nak order SAMBAL SEGERA ni bagitau i ye. 
Murah je. RM 6.50 / 430g

Carbonara?? Rebus pasta. Dah lembut, masukkan daging hancur. pastu masukkan chicken stock, black pepper & cheese. Siap. Eh ke mac & cheese nama dia? gasaklah. 
* Daging hancur tu frozen. Aku memang dah masak siap-siap banyak-banyak siap ada mushroom lagi. 

Kami pergi dengan adik En. Edi + anak sedara aiolls. So total 6 orang. Pagi tu gerak dari rumah dalam 8.30 pagi.

Zahin dah heboh ngan geng rumah depan. Korang, kitorang nak gi KLCC. 
Zahin dengan baju tshirt and seluar biru pakai hari-hari, Zahra dengan tak mandi pagi. Ko ingat orang nak percaya ke ko nak gi KLCC Zahin?? Pandang pat ploh pat kali nak...

Ambil lagi 2 orang ni kat Kapar, pastu ke KLCC. dekat kul 11 baru sampai. Brunch je la. En. Edi dalam kete dah berzikir lapar. Sosej tu dah habih dalam kete. T___T. Kueh & nasi lemak dari kedai Kapar.    :)

Bagi depa makan dulu. Anak no. 1 dan no. 2. Pipi masing-masing kemain penuh. Simpan makanan lettew.

Iolls, tolong snap gambar and jaga anak-anak.

Abaikan yang kiri sekali tu. Macam tu lah ghope Zahin masa bagitau jiran dia nak gi KLCC.

Ok. Dah seronok. Ramai gak time ni. Tapi depa pandai cari port yang tak ramai orang. Tapi panas. T__T.





Balik singgah KLCC. Ni port wajib. Nampak je terus panjat. Ada pagar pun gasak je. Nasib baik worker dia tak bising. jenuh la aku buat muka friendly takut kena marah kat situ. 

Bila abang long dah memanjat ingat si adik boleh duduk diam je? Nehi nehi. Nak naikk jugakk. Layankan je. 



Jalan-jalan. beli aiskrim. Bagi naik ketapi pusing-pusing.
Masuk parkson gi cari baju anak. Anakku banyak sale aritu. Seluar sampai 70%. Semua dapat blas blas hengget je. Mau tak sawan. Jeans pun. 

Masalahnya semua budak-budak takmo coorperate. Semua lari sana sini. Panjat stroller la katil la. Tak larat aku nak memilih. En. Edi asik suruh cepat je. Aku ni dah la 'rajin' shopping. Sekala-sekala pun payah.

Zahra plak tulah kasut harian dia tulah kasut jalan dia. Selipar je. T__T.
Nak cari kasut baru masalahnya suh try semua takmo. Suh bukak selipar pun takmo. Konon sayang gila kat selipar dia.

Tension aku. Duk la pakai selipar tu kehulu kehilir.

Pukul 3 dah sampai rumah dah. Penat gak. Takpelah. Janji anak-anak happy. 

ok bai. 




Reactions:

4 comments:

  1. tak pernah bwk si Akiff ke sini wpun mmg tahu ade tmpt ni...x smpai stgh jam dr rumah kalau x jem... nak bwk jgak la nti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawak jangan tak bawak. Akiff ada adik nanti lagi best bawak ke sini.

      Delete
  2. kena bawak irfan ke sini gak ler ;)

    p/s : Jemput join segmen CN yer : http://www.cekgunorazimah.com/2015/03/segmen-bloglist-mei-jun-2015-by-cn.html

    ReplyDelete
  3. bestnya tengok ZZ mandi manda.. sesekali bawak anak2 ke tempat sebegini pun best jugak..

    ReplyDelete

back to top