Bismillahirrahmanirrahim,
Sama macam tajuk. Memang aku suka masak benda2 yang cepat dimasak sedap dimakan.
Maggi Goreng Bodo.
Basic recipe.
Rendam maggi dalam air panas. Bila mee bercerai toskan. Tak payah tunggu lembut. Nanti nak goreng balik.
Potong bawang besar + cili padi. Tumis.
Masukkan mee maggi. Perasakan dengan serbuk ayam knorr dan lada hitam.
pecahkan telur. Gaul.
Siap!!
Macam resipi kat atas aku campurkan shitake mushroom. Sedap!!
Nak improvise sukati la nakletak apa...
Mee Sup Bodo.
Rebus angle hair spagetti. 5 minit je siap.
Rebus air. masukkan serbuk sup. Perasakan garam dan perasa. Masukkan sayur sesuka hati.
Siap !! Makan dengan cili potong. perghhhh
Ni mee versi vegetarian. Selalu menu ni aku masak untuk makan sendiri dan anak-anak. En. Edi tak suka sayur belambak macam ni. Oh nak sedap sket pecahkan telur.
Cucur bodo.
Tepung gandum. Ikan bilis tumbuk/ serbuk ikan bilis. Garam . Bwang.Telur.
Bancuh semua. Panaskan minyak. Bila dah panas, masukkan sesudu dalam bancuhan, Kacau-kacau dan goreng. Siap !! In sya Allah jadi dan sedap.
Ni all time favourite anak-anak. ZZ sangat suka makan cucur.
Kengkadang balik keje terus suruh ibu buat cucur. Kadang kadang buat banyak simpan sket untuk esok. Kadang-kadang terus bancuh.Senang je nak buat. Ni untuk orang pemalas lipas.
Bahan-bahan boleh improvise. Ni antara bahan-bahan yang aku selalu buat.
Ikan bilis + bawang
Ikan bilis + kucai
ikan bilis + kentang
Ikan bilis + daun bawang
Crab fillet + serbuk ikan bilis
Sukati ko la nak bubuh apa. Macam aku sebab anak nak makan. So far no complaint walaupung ringkas gile. Alhamdulillah.
OH kuah kacang tu homemade ye. Bukan aku. Tapi mak aku. #bybonda.
Tumbuk pakai lesung lagi. Ko mampu??
Mak nak turunkan ilmu kat aku. Tapi anak dia pemalas. So memang ada buat jual. Berdasarkan permintaan. Selalunya kalau ada kenduri akan dapatlah order banyak sebab nak jamu orang kenduri kekdahnya.
Atau bulan Ramadhan sebab nak makan berbuka puasa. Mak aku jual RM12/ 0.5 kg.
Bahan-Bahan : Kacang tanah/ asam jawa/ gula/ garam/ cili kering.
Aku membesar dengan kuah kacang ni. So kalau makan cucur takde kuah kacang memang tak bestlah hidup nih.
Ayam Grill.
Mudah je. Rebus kejap ayam. Rebus sebab nak ayam moist dan tak perlukan masa lama nak grill.
Dah rebus, perapkan dengan bawang putih tumbuk, rosemary, sos tiram sket.
Peraplah lepas tu grill. Siap!! Sesuai untuk orang diet.
Kalau takmo perap macam tu pun boleh. Perap je dengan apa-apa yang ada kat dapur. pastu grill.
Tapi kalau diet janganlah perap buh gula dan cheese bagai.
Dah siap grill, ko potong nipis nipis kasi makan sama itu maggi goreng bodo pun SODAP.
Macam aku, berdasarkan apa yang aku perap macam tu, rasa ayam ni macam nugget tapi versi ada rempah. Haha..
Sotong Bakar
Basuh Sotong dan toskan. Kelar tapi jangan putus. Tumbuk bawang merah putih / lada sulah/ garam/ kunyit.
Panaskan grill pan. Alas kan dengan daun kunyit (optional) dan grill sampai masak. Siap!!
Garlic fried rice.
Hiris nipis-nipis garlic dan goreng. Ketepikan.
Buat scramble egg dan ketepikan.
Panaskan minyak, masukkan udang. masukkan nasi dan perasakan. Dah masak campurkan balik bawang putih goreng dan telur hancur tadi. Siap !!
Ni bekal untuk En. Edi aritu tapi dalam kete Zahra dah makan semua udang tu.
Ni semua resipi basic je. Korang boleh tambah based on apa yang ada kat dapur. Aku kalau setakat nak masak untuk En. Edi dan ZZ memang mudah. Tapi nak masak untuk orang kadang-kadang tak konpiden gak. Hahahaa
ok bai.
ok tuh walaupun simple tapi sedap dan menarik..
ReplyDeleteChe sue, boleh la... untuk tekak kami...
Delete