Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 86 || ZZ ke "Farm in The City" ~ olahbersama® Blogger Widgets

June 20, 2014

Chapter 86 || ZZ ke "Farm in The City"

| Posting by: jie || Photo by : Edi |

Bismillahirrahmanirrahim,

Bawak ke sini sempena besday Zahra 4 Jun aritu. Nak buat majlis besar-besar bukannya dia paham lagi. So tak payahlah. Mari kita berseronok ke sini.

Zahra ni aku tau dia memang suka animal bagai. Air pun suka. Jadi kena pegi tempat yang dia suka.

Masa sampai. Mak aii, ramainya orang..Oh lupa, arini besday Agong. So public holiday lah kiranya.

Dalam setengah jam juga lah beratur. Zahin dengan aku Zahra dengan ayah. Zahin sambil beratur macam-macam dia tanya. Budak tengah membesar memang macam tu..Zahra nak diamkan dia bagi je dia tengok video ultraman.


Ni harga tiket. Quite pricey. Tapi aku ok. Sebab compare dengan zoo negara yang lagi mahal tapi tak best sangat. Zahra free sebab tinggi kurang 90cm.



Mula-mula masuk ko akan jumpa menatang ni..ada yang lepas ada yang dalam kandang ada yang dalam air. ZZ teruja sangat. aku pun hehe..Yelah bukan selalu dapat tengok giant tortoise ni..Ada pekerja yang jaga situ pegang kangkung. sapa yang nak feed turtle boleh ambil pada dia..Zahin pun feed jugak. Happy dia.

Zahra tengok je. Aku tak bagi feed. Kang dia lepuk plak kepala tortoise tu..
Tu style dia kalau tengah perati apa-apa. Satu lagi kalau kena marah da dia tau dia salah..Tangan sure ke belakang. 


Tortoise dalam air plak...dalam ni version normal. Banyak ekor juga. Suka ZZ..

Ni tempat ayam itik. Again, lepas jugak. Ada la border dengan batu-batu tapi being Zahra apedehal. Dia panjat batu tu masuk dalam kawasan ayam itik. Kejar ayam itik burung sana sini. Haha..Aku suka Zahra tak takut gitu. Zahin pun mengikut juga tapi Zahin ni penakut + penggeli sket.


















Kambing. Ni pun lepas. Boleh usap-usap. Kambing pun jinak. Zahin usap takut-takut. Zahra siap tepuk-tepuk lagi. Aku plak yang risau takut kambing terkejut kang dia sepak Zahra plak. Hahaha...


Deer. Almost nak ngap kaki Zahra. Tapi Zahra buat dunno je...Aku yang panik..




Ular. Yang ni confirm duk dalam kandang je. Kat atas kepala ada sekor ular sawa besar duk tido kekenyangan. Taktau lah dia makan apa. tapi semua ular sawa tengah kenyang aku rasa. Sebab semua malas.



Rabbit. Ada kandang tapi kandang terbuka which means ko boleh keluar masuk. Ada kangkung jugak boleh feed. bila banyak sangat kangkung berterabur ada yang sapu. Kira binatang terjaga la...Zahra suka. Zahin teringin tapi takut. Haha...

Teringin nak pegang. Bila bagi pegang, lari..Haha..






Keliling kandang rabbit ni ada kolam ikan. Dia bagi sauk dan baldi. So ko boleh main sauk-sauk ikan lepas tu letak dalam baldi. anak ikan je pun. Yang ni ZZ memang suka. Zahin paksa aku tangkap ikan untuk dia. Selagi tak dapat selagi tu lah duk bising. Adik sauk tak dapat pun tak kisah. Janji sauk..Main Air..

Zahra dan air berpisah tiada. Malas aku nak biar dorang lama-lama kat situ. Kang tak jadi keje plak. Aku pun dah basah duk kena percik air je kejenya. 

Suh letak baldi takmo. Letak penapis takmo. Bila dipaksa macam nilah jadinya. Priceless. 
Comel kan?? Bila besar nanti tengok muka sendiri puas-puas ye Zahra. 


Lepas tu pujuk. Jom tengok ayam serama plak. Seronok balik. 


Ajak tengok ikan. Mula-mula takmau. Makanan ikan pun disediakan di sini. Siap letak dalam bekas lagi. Kita tinggal ambik dan feed saje. 




See...Zahra dah happy balik...Tapi baling manja-manja je..Tak masuk dalam air pun. takpelah..Janji baling. Stail kena ada. 

Landak. 



Anak lah ayam..Boleh ambil dan pegang...


Nak pegang sendiri. Kena supervise juga. Takut dia picit anak ayam tu..


Malas nih...asik tido je...dah la demokk...babap kang...

Jinak. Tapi aku tak dekat. Sebab zahra dah cranky. 

Banyak lagi yang tak sempat nak snap. Ada mini kangaroo (malu gila duk hujung2 je), owl, butterfly, poney, ayam belanda.

Zahra tak sempat tido pagi tu. So agak cranky. Zahin nak naik Poney pun tak sempat. Ada show pun tak sempat tengok. Keluar, jumpa aiskrim plak. Belikan untuk ZZ lepas tu nak lagi. Kitorang malas nak layan bawak jugak masuk kereta. Berdarama lah pulak 2 orang ni. Zahra sebab mengantuk sangat. Zahin biasalah. 

Overall, aku rasa tempat ni agak menarik sebab kita boleh get along dengan fauna. Cuma tips aku:

1. Pastikan anak cukup makan/ tidur. Kalau tak boleh mengamuk macam anak aku. Stroller pun tak jalan time nih sebab Zahra sangat sukakan binatang.
2. Buang air siap2. Aku tak berapa suka toilet dia. Jauh + kurang bersih.
3. Kalau ambil package family boleh dapat murah lagi. Aku tak ambil sebab Zahra free. Boleh dapat vitagen lagi untuk anak-anak. 
4. Boleh feed animal dalam tu with no extra charges. Part ni aku suka.

Tu je lah. Tunggu anak-anak besar sikit boleh repeat lagi. 

ok bai. 





2 comments:

  1. Nice tmpt ni..nx week ank saya akn g lawatan kat sini..umminya takdptla p..uhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chekgu Azrine, next time boleh je pegi lagi. Anak-anak sure happy dapat pegi dengan parents.. :)

      Delete

back to top