Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 73 || Lawatan ZZ ke Planetarium negara ~ olahbersama® Blogger Widgets

April 15, 2014

Chapter 73 || Lawatan ZZ ke Planetarium negara

| Posting by: jie || Photo by : Edy |


Bismillahirrahmanirrahim,

Ni cerita lama...Bulan 2 aritu..Punya la lama peram...

Saja nak bawa anak-anak ke planetarium negara. Bajet sangat kids friendly. Mak bapak pun excited sebenarnya.
Baru sampai. Jalan nak masuk. Lanskap cantik dan terjaga. Wahh gitu..

Pas masuk ada cinema. Cinema ni ada few session. Aku tak sempat baca kat luar tu sampai-sampai terus masuk. Kat dalam ni agak menarik sebab skrin dia bentuk kubah. kalau nak tengok the whole skrin mendongakla ko.

Bila dah mula story, aku rasa macam tak best. Sebab cerita ni macam tak kenaaa je...Nasib baik Zahin tak berapa nak faham. Kalau tak sure dia tanya apsal yang dia tau tak sama dengan cerita tu. 

Cerita pasal comet. Pas tu dewa kebaikan, kejahatan...ish seriously tak suka. So aku pejam mata je dalam tu tunggu cerita habih..Zahra?? Dia TAKUT...So sepanjang wayang tu dia peluk je aku..Tu je la waktu dia duk diam pun..

Ni naik kat atas sekali. Ada teropong. Boleh tengok Bandar KL. Time ni sorry Zahra dah tak diam. 

Pandangan Timur

Pandangan Barat

Pandangan sisi. Jenuh kempiskan perut. 

Kat bawah ni semua aku amik dalam Planetarium tu. Generally lebih kepada info pasal angkasawan..apa yang dia buat kat atas tu..How did they survive in space. Facilities yang digunakan. Makan apa kat sana. Err jamu mata je lah...



Yang ni ZZ suka. Lama membelek sambil tekan sana sini. Main panel dalam roket. 

Seat angkasawan dalam roket. 


Aku dah turunkan. Sibuk nak naik lagi. Lepas tu kaki sangkut tak boleh naik atas. Haha...Amik gambar dulu baru tolong anak..

Makanan

Al-Quran


Zahin in space..

Ni toilet. Zahra kalau part memanjat memang favourite dia. Pastu takmau turun gak. 


Gambar ni tak senget. Memang area ni dibuat senget for us to feel how to balance yourself. 
Zahra suka. First bulatan tu macam ko tengok dari dalam spaceship nampak segala bintang. 

Second bulatan yang ada railing tu ko boleh slide ke bawah. Zahra duk ulang main ni je. Berusaha dia stabilkan badan dia jalan kat situ. 



Sebelum keluar. nak jadi astronout lambat lagi kot. Kita amik feel dulu.

Overall, aku rasa tempat ni tak sesuai untuk ZZ. Kena tunggu dorang boleh baca dulu. Sekolah Rendah is the best kot. Barulah ada knowledge transfer.


ok bai. 

Reactions:

2 comments:

  1. Ermm sek ren pun biar dah cerdik pandai skit..apapun tak per utk pendedahan awal..

    ReplyDelete
  2. depa tau nak seronok ja...now cerita pun tak boleh nak imagine..kami pun x boleh fokus sebab duk asik kejar depa ja dalam ni...

    ReplyDelete

back to top