Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 72 || Balik kampung ~ olahbersama® Blogger Widgets

April 14, 2014

Chapter 72 || Balik kampung

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Minggu lepas kitorang balik kampung Sungai Siput. Kali ni balik dengan Joi sekali sebab dia nak ikut. Alhamdulillah, Joi dah dapat tukar ke Gemas. So lagi mudah la nak balik instead of dari Kuching dulu.


zahra yang happy nak balik kampung...


Mak tak tau pun dia nak ikut. Kitorang pun  tak bagitau. Sampai je mak terkejut. Tapi mak sukaa..Sebab ramai yang balik.

Pagi tu mak beli nasi lemak. Goreng telur ayam kampung. Saiz agak besar dari telur kampung biasa. Mak kata tu telur kembar. Terus goreng 2 biji. Aku makan satu En. Edi makan satu. Kot-kot dapat anak kembar nanti..wakaka..

Sabtu tu plan nak dinner luar. So mak pun malas nak masak lunch..Dia ajak semua sekali gi kenduri. Ok la...Jom..Lepas asar kitorang ke Ipoh. Sebenarnya nak makan-makan dengan mak sebab 15 April ni besday mak. Kira sambut in advance je la ni..

Google sana sini cari tempat makan. Sampai tak tau nak gi mana. Tapi yang paling femes dalam gugel adalah nasi vanggey (nasi ganja). Mak aku sorrylah nak melayan kedai mamak ni. So at last kitorang gi restoran sabar menanti dekat stadium Ipoh. Sampai before maghrib so orang tak ramai lagi. Dah macam nak berbuka posa je kekdahnya.

SABAR MENANTI  makanan...

Order nasi, lauk pauk dan nak test mee kari. Korum tak cukup time ni...Kak Die ngan intan takde...takpe nanti kita buat lagi makan-makan macam ni...

Mee kari sedap tapi masin sikit. Tak habih.

Menu of the day. 

Besar kan ikan tu...Kejap je clear..Kuah dia pun sedap gile!!

So far, ikan siakap tu paling best. Aku order siakan stim halia. Dia guna halia muda so rangup. Habis halia tu aku ngan mak aku kerjakan. Start pandai makan halia pun masa berpantang ZZ la ni...Mak pun cakap sedap. Siap cakap lagi next time boleh makan makan lagi pastu order ikan ni 2 ekor. haha..Size ikan kirorang tu agak besar la jugak tapi kejap je abih...Tak taulah ikan tu sedap sangat ke atau kitorang ni piranha..hahaha..Tapi series, ikan memang sedap. Recommended.

Pas makan, solat dan ke Tesco plak. Mencari bahan untuk dimasak esok. Beli sotong, ketam, ikan dan bayo..pastu terus balik.

Esok pagi mak masak nasi lemak dan cucur udang. Hmmm sedapnya. Lama dah tak makan nasi lemak mak masak. Selalu beli je..Hahaa...Nasi lemak digandingkan dengan telur rebus, sambal sotong dan ikan bilis. Timun kacang semua tu tak penting.
Bangun pagi. Makan cucur udang. Bukan senang nak suh depa bergambar macam ni...

Mandi. Kolam ntah gi mana..so mandi la dalam besen. Besen kena sama nanti bergaduh. Nasib baik opah ngan ateh rajin melayan. Opah dah basah macam mandi sekali je kekdahnya. 

Tengahari makan ketam masak lemak cili padi, sup sayur campur, sambal sotong, ikan goreng, ikan masin and sambal belacan. Petang mak and Joi pi pasar malam beli yong tau foo, putu bambu..makan lagi. Pastu siap meroti lagi. Aku buat cinnamon bun mak aku buat kelapa bun. Guna doh yang sama je...

Cinnamon bun tu aku sorang je yang suka..Yang lain macam tak berapa sangat sebab tak suka cinnamon. Tapi tak tau kenapa, even orang lain tak suka pun aku nak buat jugak..

Dalam pukul 9 kitorang gerak balik. Sampai 12.30. tido. Kejut Joi pukul 3.00.  Pukul 3.30 pagi dia gerak balik Gemas. 5.50 pagi sampai Gemas. Alhamdulillah.

Rasanya kali ni balik kampung asik makan je. Plan nak kurus tapi mulut asik mengunyah. So sebenarnya kalau nak diet jangan balik kampung. Nanti tak tahan..hahaha

ok bai.
Reactions:

2 comments:

  1. Hahaha..sedap kan mkn dgn halia sekali, favourite jgk tuh..ermm sukanya ZZ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la izzeyda...memang sedap halia muda ni..ZZ memang tau nak seronok ja....

      Delete

back to top