Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 71 || Luahan hati ~ olahbersama® Blogger Widgets

April 01, 2014

Chapter 71 || Luahan hati

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Aku buat blog ni memang khas untuk mengingati detik-detik yang mana aku takut aku lupa di masa depan. Tak kisah la sebab terlupa ke, short term memory ke or apa-apa yang tak baik berlaku (nauzubillah).

satu lagi jika diizinkan Allah someday ZZ boleh baca semua ni. To show the how much I love them. Oh baru 2 ayat dah rasa nak menangis..mak mak betul.

Zahin dah 4 tahun bulan 2 yang lepas. Dah sekolah. Sekarang Zahin sangat cranky. Cranky yang tak semua boleh sabar dengan dia bila dia dah start. Aku selalu tanya pengasuh dia pasal perangai dia. takut dia buat ragam yang sama penat la pengasuh. But Alhamdulillah dia tak buat. Memang behave. Syukur. At least aku tau dia jadi macam tu dengan mak ayah wan opah maknek dia je. 

Bila datang angin kus-kus dia, Zahin suka mengatur semuanya. Jika tak kena, kena ulang balik step yang sama. Contoh bila buat susu, Zahin akan atur sapa yang kena buat susu. Dia akan meragam kalau tak follow arahan dia. Naik turun tangga tak ikut rentak dia, kena buat balik. Lepas mandi sapa nak pakaikan baju..Selalunya kesabaran kami memang terhad dan memang akan ada sesi pegang hanger. Suara toksah cakaplah..berlawan mak pak dengan anak. Bila jadi macam tu selalu aku jadi down. Sebab macam aku ni tak cukup bagus nak jadi ibu. Sebab gagal kawal emosi sendiri. Gagal kawal emosi anak. 

On the other hand, Zahin kerap tak sihat kebelakangan ni. Mostly tau, anak-anak akan meragam bila sakit. Macam Zahin, kerap demam..on off. Bila demam especially malam mesti panas kaw-kaw punya. Masa ni memang banyak En. Edi la duk melayan Zahin. Lapkan badan, mandikan bagi sejuk badan, sapu-sapu, makan ubat.. Sejak Zahra lahir memang Zahin banyak dengan ayah dia especially bila tak sihat. Tengah-tengah malam 2-3 kali En. Edi bangun layankan Zahin. Memang kena pantau sebab zahin boleh jadi tiba-tiba panas atau tiba-tiba ok. 

Zahin ada tonsilitis. Last time check up masa 21/3 aritu, doc nampak ada white spot but amazingly masa tu dia tak demam. Memang sihat la  nampaknya. Cuma batuk dan selsema sket. Aktif macam biasa. Dalam last week demam balik. 11/3 pun jumpa PAED dia tak nampak yang pelik pada Zahin..Check mata, telinga, perut, paru-paru, heartbeat semua ok. Cuma masa tu dia bgtau if Zahin still tak ok and muntah2 21/3 checkup tu mungkin kena admit for further investigation. 

So aku simpulkan Zahin tak sedap badan sebab tu terlalu cranky. Tak tau nak express macammana tak sedap badan dia ...Sebab tu semuanya tak kena..Sian Zahin..kalau lah sakit tu boleh dipindahkan pada aku, memang rela...

Tapi Zahin kuat..Kuat semangat. Lately bila duduk sebelah Zahin suka cium-cium kitorg.. Pastu cakap Zahin sayang ibu..Zahin sayang ayah...Zahin sayang adik...Semalam jumpa adik aku pun cakap 'Zahin sayang ateh'. Ya Allah..seriously aku tak tau nak express feeling macammana..Lately ni jugak asik nak tido dengan ibu..nak duk dekat degan ibu. Aku tak tau kenapa tapi aku tak suka perasaan itu. 

Mungkin terlalu emosi. Ya..memang aku emosi. I am very emotional when it somes to my children. Same goes to all parents out there. 

Zahin bila nak baik dari demam dia akan request nak makan. Selalunya kita tanya nak makan apa..tapi yg ni dia akan request dulu. nak mihun goreng la..nak cucur la..nak keropok la...Selalunya memang sepantas kilat akan buat la kalau bahan-bahan tu ada...Buat alakadar cukup ada rasa yg zahin boleh makan. Dan selalunya memang dia akan makan bersungguh-sungguh kalau itu makanan yang dia request. 

Ahad lepas request nak durian. Oh ya..Zahin memang peminat durian macam Wan dia..Masa kat Sg Buloh ada jual tepi jalan. Kitorg takmo beli sebab banyak lagi tujuan masa tu..Dengan anggapan on the way back kita cari la..tak la kete pun bau durian menyengat. Happen to be, cari duran lepas tu tak jumpa. So masing-masing pakat duk diam tak berbunyi langsung pasal durian.  Nak pujuk, kami beli apple, pear dan pisang. zahin langsung tak sentuh. 

kat rumah opah ada durian frozen. Tapi terasa lambat sangat nak sampai minggu depan. So ingat malam ni nak mulakan misi mencari durian. Doakan. 

Malam tadi aku lipat kain baju yang jarang guna masukkan dalam kotak. Zahra duk memunggah dalam bilik tu. Sampai satu tahap, dia nak kirai abih baju yang aku dah lipat dalam raga. Aku geram juga. Dah la sebakul besar ni belum berusik lagi. Tepuk sikit tangan dia jegil2 makata sket. Dia tengok aku pastu dia tunjuk atas raga baju tu ada toy dia..Rasa nak nangis time tu juga..Huhu...bila aku bagi toy, Zahra zakap time kasih. Oh rasa nak hantuk2 kepala pun ada..Rasa macam useless...

Serious rasa down. Down yang entah hapa-hapa. Tak berat mana pun dugaan aku kalau nak dibandingkan dengan orang lain. So aku bercerita bukan untuk mengeluh tentang hidup aku...aku bersyukur sangat ..Ada suami, ada ZZ. Itulah warna hidup aku. Cuma sebagai manusia, sebagai perempuan dan sebagai ibu, aku tak terlepas daripada emosi yang kadangkala terover, tak tentu hala..macam macam lagilah.

Zahin, Zahra, ketahuilah sayang ibu takkan putus. Walau dimanapun ibu berada..walau dimanapun kalian berada. 

DEMC :: Sementara tunggu turn nak jumpa PAED.



Snogurt Shah Alam :: Mak ayah makan. Anak-anak keriangan..


ok bai. 

Reactions:

0 comments:

Post a Comment

back to top