Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 23 || Homemade : sambal ikan bilis for baby Zahra ~ olahbersama® Blogger Widgets

July 03, 2013

Chapter 23 || Homemade : sambal ikan bilis for baby Zahra

| Posting by: jie || Photo by : jie |


Bismillahirrahmanirrahim,

Ahad lepas, aku buat nasi lemak for the whole family. Mula-mula masak nasi untuk kami...Then baru buat untuk Zahra...kami punya senang je sebab campak-campak semua and biarkan rice cooker bekerja sendiri. Untuk Zahra, aku masak atas api so harusslah sentiasa berjaga-jaga agar tidak hangittt...

Bila dah buat nasi lemak tuk Zahra ni of course nak makan sambal yg sesuai dgn dia. Since tomato pun ada stok so marilah kita menyambal yo.. Mula-mula aku buat puri tomato..nak buat senang je...


  1. Potong buah tomato
  2. Basuh dan buang biji-biji itu 
  3. Masukkan dalam blender 
  4. Masukkan bawang holland dan bawang putih sekaliB
  5. Blend semua dan tenggek (tenggek???) atas api bagi pekat. 
  6. Bila dah pekat, sejukkan dan bolehlah disimpan menjadi puri.


cara nak buat sambal pun senang sangattt!! Aku gorengkan ikan bilis yang dibasuh bersih dengan olive oil. Agak2 saja minyaknya jangan banyak sangat. pas tu aku tumbuk halus.

Tumiskan puri tomato tadi.. Tomato dah ada rasa masam-masam sikit. Nak bagi manis aku tambah puri kurma sikit je dan tuangkan serbuk ikan bilis tadi. Ikan bilis memang tumbuk lumat supaya Zahra tak tercekik. 

Siap!! Senang kan?


Hasil setelah dimasak. Lebih dari cukup untuk perut Zahra.


Aku bagi makan dengan telur dadar yang dicampur broccoli floret dan cheddar cheese. Sambal aku padankan dengan salmon grill. Gambar malas plak nak snap sebab tak semenggah.

So breakfast and lunch makan yang sama je..Since sambal banyak pulak aku rasa, so apakata kita buat menu lain plak. So aku transfrom sambal menjadi bihun goreng..tadaaa....

Sambal tambah brokoli tambah bihun...Goreng sampai masak..racik halus telur dadar tadi dan tabur. Pukul 6.30 dah dinner..bagi Zahra and abg long nya makan sekaligus. Habiss you..Zahin pun makan banyak.

So, sapa kata kalau takda garam makanan tak sedap...Anak-anak, garam itu adalah kasih sayang ai..hew hew...


Bihun/ Mihun goreng. 2 pinggan penuh just nice
untuk 2 orang ni makan habis.


pastu aku terlebih rajinn dan takmo membazir sayur, aku kiubkan pulak brokoli and daun sup. Now boleh simpan dalam freezer dalam keadaan fresh dan boleh buna bila-bila masa. Selalunya stok ni semua aku akan habiskan sekurang-kurangnya 2 minggu. 

Cara nak buat kiub boleh rujuk SINI.




Brocoli




Daun Sup




ok bai.
Reactions:

2 comments:

back to top