Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 24 || Morsi tumbang... apa hala tujuan? ~ olahbersama® Blogger Widgets

July 04, 2013

Chapter 24 || Morsi tumbang... apa hala tujuan?

| Posting by: edi |



Bismillahirrahmanirrahim,

Kepada sahabat handai yang belum mengetahui, Presiden Mesir, Mohamed Morsi yang dipilih secara demokrasi kini berada di bawah tahanan rumah sejurus digulingkan oleh pihak tentera. 

Beratus-ratus ribu rakyat Mesir berada di jalan-jalan seluruh Mesir untuk mengutuk atas tindakan tentera manakala kumpulan anti-kerajaan pula meraikan kejatuhan presiden itu.
Difahamkan yang penyokong Morsi dan anti-Morsi ni lebih kurang sama banyak. Makan tidak bilamana undi dijalankan utk memlilih pemimpin seramai 13,237,000 undi iaitu 4% saja beza dengan penyokong Ahmed Syafiq iaitu sebanyak 12,338,973 undi atau 48% dari keseluruhan undi (25,575,973).

Kenapa aku buka entry ni, sbb pada mulanya aku pun rasa musykil dan persoalan berlegar2 dalam kapla hotak aku ni, apa istimewanya Mohamed Morsi jika dibandingkan dengan bekas Presiden sblm ini Husni Mubarak. Siapa pula Ahmed Syafiq yang menjadi lawan Morsi ketika dalam pilihanraya Mesir dulu ni.  Senang cita aku tak amik port pun masa tu, tapi dalam bbrapa lama tu, tergerak hati aku tuk buat sikit research dan pagi tadi bila dengaq yang Morsi dah digulingkan oleh pihak tentera, ttb darah aku mnyirap... Istighfar aku.. sbb adakah masih ada harapan utk the true Islam akan didaulatkan di bumi Mesir lagi selepas ini? hanya Allah saja yg tau... ini juga perancangan terhebat dariNYA..

Sini ada sikit bingkisan tuk aku kongsi dengan rakan2, kenapa orang mcm aku menyokong Mohamed Morsi  walaupun aku bukan duduk di Mesir, dia pun tak kenai sapa mak aku.. aku lagi la tak kenai sapa anak lelaki dia, eh apa daa..... 

ini antara research2 aku yg aku dapat dari blog2 dan wiki wiki yang lebih memahami susur galur mengapa Mohamed Morsi jadi pilihan.

Mohamed Morsi





Moahamed Morsi atau nama pnjangnya Muḥammad Muḥammad Mursī ‘Īsá al-‘Ayyāṭ Merupakan calon Parti Keadilan dan Kebebasan kelolaan Ikhwaanul Muslimin, iaitu satu2nya parti berteraskan agama Islam yang benar yang sebelum ni diketuai oleh seorang diktator Hosni Mubarak. Hosni mengamalkan pemerintahan kuku besi dan bertopengkan Islam, namun apa yg beliau buat sebenarnya? boleh rujuk SINI

Di sini ada kisah disebalik pilihanraya yang diadakan tahun lepas dalam bulan Jun. 

"Pelajaran dakwah dri Pilihanraya Presiden Mesir...Ada dua calon iaitu Mohammed Mursi dan Ahmed Syaffiq. Mursi merupakan calon presiden dari Ikhwan. Sedangkan Syaffiq merupakan perwakilan dari regim lama, Hosni Mubarak. Ada kisah menarik yang terjadi di salah satu daerah di Mesir.

Seorang gadis naik teksi. Setelah duduk dalam teksi, si pemandu bertanya, "Siapa yg anda akan pilih?” Si gadis menjawab, “Mohammed Mursi.” Si pemandu hairan dan btanya “Kenapa? Dia kan Ikhwan…” Si pemandu semangat mengkritik Morsi, “Saya ini seorang muslim dan nama saya juga Mohammed.” Si gadis lantas menjawab: “Saya Kristian dan nama saya Maria.” Si pemandu teksi hairan dan semakin bingung dan berkata: “Bukankah Shafqiq akan membenarkan Injil dalam buku pelajaran dan menghapus ayat-ayat Al-Quran?”

Si gadis menjawab: “Bagaimana mungkin saya akan memberikan suara saya kepada orang yang tidak menghormati agamanya?” Si gadis berkata lagi.. “Ketika gereja saya diledakkan, Shaffiq ada bersama Mubarak, sementara Ikhwan ketika itu di penjara…."Ketika syuhada’ berguguran, Shaffiq menjawat sebagai Perdana Menteri, sementara Ikhwan ada bersama para demonstrasi."
 Kelu pemandu teksi dengan huraian si gadis Kristian...lalu bersetuju turut sama menyokong Mursi!"


Ketika ini Penyokong Morsi yang berkumpul di pinggir bandar Kaherah sangat tidak puas hati dan penyingkiran pemimpin negara Mesir ini membangkitkan kemarahan mereka dengan pengumuman yang dibuat oleh tentera itu

Semasa Revolusi 2011, 1,000 nyawa telah terkorban dan ia tidak sewajarnya berakhir dengan sebegitu rupa. 

Kini, amanah besar sekali lagi akan digalas oleh setiap rakyat Mesir untuk melakar masa depan mereka sendiri. Semoga Islam terus mencapai kemenangan. Janganlah pula tersilap langkah kerana buruk padah pasti menanti bak kata pepatah “terlepas mulut harimau, masuk mulut buaya”. Sungguhpun golongan liberalis berpendapat pusingan run-off ini adalah the 'worst-case' scenario yang membuatkan mereka terpaksa memilih antara dua persimpangan namun bagi kita semua yakinlah bahawa hanyalah Islam ad-Din yang akan menjadi penyelamat bukan sahaja di dunia mahupun akhirat sepertimana firman Allah S.W.T dalam Surah Ali Imran ayat 85 yang bermaksud:


“Barangsiapa yang mencari agama(ad-Din) selain daripada Islam maka ianya tidak sesekali akan diterima dan di akhirat kelak tergolong dalam golongan yang rugi.”

0 comments:

Post a Comment

back to top