Bismillahirrahmanirrahim,
Pagi kemarin kluaq berita tentang cadangan PDRM untuk memperkenalkan penggunaan e-plate atau dalam bahasa mudahnya
Berita lanjut boleh rujuk di sini
Menurut kata KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa polis merasakan inilah masanya untuk menggunakan kaedah ini keranai bilangan kecurian kenderaan skang semakin meningkat. Katanya lagi, dah byk negara menggunakan kaedah atau sistem ini bagi tujuan ini dan tak nmpak kenapa ianya tak boleh diimplementasikan di negara yang indah lagi harmoni ini?
negara yang indah lagi harmoni ini tu aku tambah.. hihi.
W/bagaimanapun kaedah atau sistem ini dah pernah dipropose last 2006 di mana setiap kenderaan akan dapat digunakan seperti juga yg terdapat pada MyKad sistem termasuk informasi berkenaan kenderaan dan maklumat pengguna.
Sistem ini merupakan sebahagian daripada Sistem Penguatkuasaan Automatik Kerajaan (Government’s Automated Enforcement System), yang juga akan merangkumi 700 buah kamera pengawasan baru di seluruh negara. Kamera2 ini akan dilengkapi dengan pembaca e-plate, penguatkuasaan dpt membantu mengesan pemandu yang melanggar peraturan lalu lintas seperti lampu merah dan garisan berkembar. erkk...??? nmpaknya mcm nak luaskan kuasa
Katanya lagi, proposal berkenaan ini akan dilanjutkan kpd kerajaan sedikit masa lagi.
Atas kajian yg aku jalankan pagi tadi dengan byk bertanya kepada uncle Google
kebanyakan E-plate ni akan menggunakan kaedah RFID atau Radio Frequency Identification. Menurut kajian itu ianya 99.98% tepat dan secure untuk permasalahan seperti diatas. WOW! yelaa ciptaan manusia, mana boleh 100% tepat.. mesti ada lag kat mana2..
Ianya beroperasi di dalam range frekuensi 868MHz atau 915 MHz dan pembaca kuasa yang sangat rendah yang boleh dikuasakan menggunakan bateri atau solar.
Detail anda boleh rujuk di sini dan di sini.
Apepun bg aku, aku amat alu2kan kaedah atau sistem yang boleh mencegah dari berlakunya kecurian kenderaan yang makin menjadi2 lately ni.. bukan kete2 mcm kancil atau wira je, pagi ni baru lagi member kepada member aku dah rumah kena pecah lbih kurang kol 3.30 - 3.50 pagi tadi... so kkwan diluar sana kalu dapat membantu rakan kita ni.. tiga keta skali depa larikan...
jd sama2laa dapat kita bantu rakan kita ni. kalu ada sesapa yg nmpak.. bleh laa hubungi pihak polis atau hubungi aku...
Selaamatt...
0 comments:
Post a Comment