Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 21 || Homemade : 4 days rule - Prawn/ shrimp tested & tasted good!! ~ olahbersama® Blogger Widgets

July 01, 2013

Chapter 21 || Homemade : 4 days rule - Prawn/ shrimp tested & tasted good!!

| Posting by: jie || Photo by : jie |


Bismillahirrahmanirrahim,

Selalunya untuk food Zahra aku akan buat guna ikan bilis, ayam, daging, salmon, ikan merah dan tenggiri..Now since Zahra dah setahun apakata kita try udang nak Zahra?? Zahra angguk je tau...Apapun semua dia nak..

So I'm using 4 days rule here. Memang follow abihla..sebab takut jugak Zahra allegik.

Mai tengok apa aku buat untuk 4 hari nih.


Pasta Olio

  1. Rebus Pasta and set aside. 
  2. Panaskan olive oil, goreng sikit bawang putih yang didadu halus. 
  3. Angkat and set aside. 
  4. Tumis remaining bawang putih dengan bawang holland, masukkan udang yang dipotong halus jugak. 
  5. Then masukkan sayur carrot and brokoli yang aku dah stim siap-siap. Last masukkan pasta, bawang putih goreng tadi dan siap.


Aku bekalkan juga timun Jepun yang dah di steam as finger food dan sebijik apple as snack. This is how I pack Zahra's bento..hew hew




Nasi goreng udang. Resipi sama je dengan pasta olio. Finger Food aku bagi steam carrot and broccoli. Snack bagi sebijik mangga manis ooh..meletopss..



Sup Udang. Sama jugak bahan-bahan cuma air sup tu aku guna stok ayam. Siap untuk dimakan bersama pasta atau nasi. 



Nasi goreng udang balik. Makan time panas-panas memang sodap. Untuk dinner plak aku tambah je stok ayam bagi berkuah sikit. Sup pun Zahra suka jugak.

So habih la 4 days rule dengan jayanya. Nanti bolehla makan tomyam udang pasni kan Zahra. Eh

Pada parents yang rasa anak korang ada risk of allergy, kalau takmo guna 4 days rule ni boleh terus pegi juma doc untuk buat allergic test. Itu test aarrr, macam-macam korang boleh tau anak sebenarnya allergic dengan apa. But sometimes allergic boleh berubah-ubah mengikut usia.

Macam aku, just monitor and try all kind of food naturally. kalau nampak tak OK, better stop few weeks and try balik..If tak ok jugak, avoid la for longer time.

Last but not least...Zahra is enjoying her meal..BLW sajo...
ok bai.
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

back to top