Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 225 || Korea : Day 8 Part II - Insadong Market & Yang Good Restaurant || ~ olahbersama® Blogger Widgets

May 10, 2016

Chapter 225 || Korea : Day 8 Part II - Insadong Market & Yang Good Restaurant ||

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,


Naik bas lagi. Masa mula-mula nak masuk ke Market ada show. Tengoklah walaupun tak paham.


Insadong market ni lebih tersusun. Ada banyak kedai dan tak banyak stall. Stall pun more to street food. Kami banyak habiskan masa beli survenir kat sini. Beli keychain. Beli beg. Beli t-shirt.




Beg tu cantik. Tapi aku beli design lain...






Kedai Garam pun ade.. 





Ni antara 1 kedai yang kami spot menjual dengan harga berpatutan. Best. Dia pun boleh cakap malay sikit-sikit. So banyak jugaklah survenir yang kami beli kat dia. Korang kalau datang Insadong cari kedai ni...Yang wefie dengan kitorang tulah owner kedai.
Penat membeli lepak jap kat coffee house. Kitorang kat Korea memang layan coffee house je hari-hari. Sebab tu lah duit aku banyak habis. Kalau betul-betul belanja banyak yang boleh save. Bukan berlagak ye uolls. Kat Malaysia memang aku tak layan coffee house sebab kita banyak pilihan. Boleh je nak minum air mineral tapi kami saje je layan tekak. Sebabnya konsep nak pegi Korea adalah nak berjalan dan makan. Jadi memang takde limitation when it comes to food.
Kedai ni jual all beg 10k Won. Besar kecik semua sama. aku beli la 1. Dua orang makcik ni beli banyak. Sapa nak mintak kat dorang. haha

Sampai petang jugaklah di Insadong. Pastu naik bas balik ke Guesthouse. Malam nanti Ipah nak ajak makan daging. Halal yooo... So semua happy sebab dah banyak hari tak makan daging. See kitorang memang always happy when it comes to food. Rugilah jalan jauh-jauh tapi tak rasa makanan Korea. Itu pendapat kitoranglah. pendapat orang lain kami tak tau.. hihi...

Mode makan ON. nak repeat memang payah la. Mau makan tahun nak datang lagi. Yelah hujung bulan 7 (In Sya Allah) baby nak keluar. Jadi takkan nak mendukung ke sana. Tak leh lompat bintang nanti. hahaha...

Sebelum dinner kami ke Hangang River tengok rainbow fountain show. dari Guesthouse kami guna subway. Video aku upload sikit je so kalau nak tengok lebih korang google ya. Haha.. Apa yang best?


video
Fountain tu terhasil dari jambatan ke sungai lah. Ada pancutan air yang ikut rhythm lagu dan warna lampu yang macam rainbow. Lepak sekejap kat sini. Menikmati fountain. lepas tu ke seberang pulak tengok lampu dekat 2 building ni. Dah lupa building apa tapi cantik sebab lampu yang bertukar-tukar jugak. Video takde sebab aku malas nak cari. So aku masuk je kat sini gambar. 

Scene building ni aku ade perasan masa tv series She was pretty.


Kami ke Yang Good Restaurant.  Yang good ni dekat area gangnam. Ala...yang lagu Gangnam style tu. Inspired by this area la. Lorong Gangnam. Dari Hangang River naik teksi.Then jalan kaki guna waze. hazabedah juga nak sampai sebab lorong kecik dan lorong agak scary (untuk kitoranglah).

Gangnam ni sebenarnya area ongkaya duk melepak. Yang parking tepi club semua kete mahal-mahal. Sambil minum beer sambil sembang. So bila kami berempat jalan kaki dengan pakai tudung ramai yang pelik.. Haha... Semua jalan sambil buat-buat berani.


Jenuh la jugak pusing-pusing cari. Tetiba Zita takde. Panik sat. Rupanya dia menyelinap masuk ke 7E tanya orang dalam tu. Wei takut gak kalau Zita hilang camne nak mereport. Hahahahaha..



#Halal
Akhirnya sampai jugaa.... jauh perjalanan luas permandangan. Demmm.. lapo plak sambil taip entry ni.


Aku pun dah lupa set apa yang kitorang order. Tapi mee ni pada aku memang WIN. Sedap sangat sebab pedas. 

Kat sini jugaklah aku rasa makan mee sejuk. Rupanya memang mee tu sejuk. Kuah dia siap ada ice blended. Nenot order ni sebab dia sakit tekak. 


Contact details:
서울특별시 강남구 논현로95길 15 (Seoul, Gangnam-gu, Nonhyeon-ro, 95 gil, 15)
Phone number: 02-567-7060

Total bil malam tu 63,000 won. kami ambil 3 jenis lamb, 2 jenis mee, 2 nasi. Air kosong & kopi free flow. tapi dah kenyang so takde ambil kopi pun. Sidedish semua dia akan refill kalau habis.

Dah kenyang kami tak kemana. Terus balik. Packing beg. Esok nak ke Busan. Weehooo...


ok bai. 

Reactions:

0 comments:

Post a Comment

back to top