Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 223 || Korea : Day 7 Part II - Namdaemun & Myeong Dong Market || ~ olahbersama® Blogger Widgets

March 18, 2016

Chapter 223 || Korea : Day 7 Part II - Namdaemun & Myeong Dong Market ||

| Posting by: jie || Photo by : jie & google |

Bismillahirrahmanirrahim,

Lepas balik dari Nami Island [klik] kami ke Namdaemun Market. Tapi tak beli apa-apa kot. Jalan-jalan cuci mata je. Namdaemun ni aku nampak banyak baju bajan, kasut, beg.. makanan tak berapa banyak sangat. Ni berdasarkan yang aku nampak la...

Peniaga pun agak sombong. Sebab ada aku tanya harga beg pun jawab acuh tak acuh je. Langsung aku tak beli. Padan muka ko.. Hahahha...
Lepas tu nak cari brooch. Pompuan baisalah. Kat sini banyak brooch. Sampai rambang mata. Kami naik sampai atas tengok dorang buat sekali. Kot-kot nak customade. Tapi takde la plak yang aku berkenan. Semua tak beli rasanya. 

Boring. Last -last jalan kat Myeong Dong plak. Haa... kat sini banyak streetfood & banyak kedai cosmetic. I like !!

So kami memang habiskan masa kat sini je lah. sambil jalan sambil makan sambil beli skin care. Banyak beli face mask buat survenir balik nanti. 20 pack dapat 10k Won. Kira murah la tu. Beli brand Nature Republic. 
Street food yang kami cuba. Gyeranbbang. Sejenis bun. Atas dia letak telur sebiji. Ada stall yang letak sunflower seed ada yang tak letak. Beli 1 share dengan Zita. Tak cukup. Beli plak kat kedia lain takde seed. lepas tu takmo dah. Haha..sebab ada manis-manis sket bun dia. Senang je buat ni...

Ni lagi satu yang kami beli. Share ngan Nenot & Zita. Dapat lah harga pakej. Manisan Korea. Dia siap demo lagi cara buat. Terpegun jugaklah kitorang tengok. Dari seketul madu yang dicampur dengan apa ntah . struktur kenyal dan jernih. dia tarik-tarik sampai jadi macam benang kain tu. pastu letak filling dan wrap. 

Ni rupa Dragon Beard Candy tu.. Picture from google.

Rupa asal macam ni lah. seketoi. Pastu dia lubangkan, tarik... Pastu pendekkan..tarik lagi.. Picture from google. 

Tarik sampailah jadi macam ni... konsep macam mee tarik lah gitu...Masa nak tarik ni kena celup-celup dalam tepung tu..  baru tak melekat. Picture from google. 



Bila dah smpai kehalusan yang betul, potong-potong letak filling. 
Ada filling almond, coklat and apa ntah tak ingat. Kitorang beli semualah. Niat nak bagi survenir jugaklah. Picture from google. 

Ni tak beli. Saja amik gambar. Gambar-gambar bawah ni semua tak beli. Suka tengok je. 


sotong & seafood goreng.




Sapa nak beli banana nutella. Aku tak beli tapi ada baca blog kata mamat ni hensem!! so aku cari dan amik gambar je. Dia pandang kanan tu sebab malu. Aku amik je, Tapi hensem gak la..

Kami habis banyak jugak la kat Nature Republic. Dapat banyak juga goodies & sample. Bli banyak & share 3 orang. 



Apa yang kami beli? Soothing gel, aloevera gel, face mask, foot mask and few to name lah.
Tapi memang berbaloi la beli kat sini. Sebab beli kat Malaysia mahal. Leh jadi 3x ganda harga kat sini.

pic from google. Malas nak snap sendiri kekdahnya. 


Macam soothing gel tu aku beli 1 je. Boleh sapu kat rambut, muka, badan. Aku suka sebab dia menyerap, tak melekit dan tak berminyak. so hari-hari aku pakai soothing gel ni kat muka gantikan mosturiser. Best. Sejuk je. ZZ pun aku lumur sekali. 

Pastu menyesal beli 1. So beli je lah kat Malaysia. Nak pesan kat sapa-sapa yang gi Korea pun takleh la pesan banyak. Kang berat beg deme payah. So bertabah je lah beli kat Malaysia. Tapi tahan lama satu bekas tu pun. ok la tu.

harga kat sana 4.4k W, Masa tu conversion rate 3.85. So convert dalam RM 17 la. Now dalam RM 15.40 je . Kat sana la... Kat sini semua over 30. kalau murah pun time sale lah. 

hah dah macam duta plak aku ni. Hahaha..Aku citer banyak sebab aku suka. Ikhlas ni suka. Sampai sekarang pakai. Best.

Nantilah plak aku sambung. kami habiskan masa lama kat market ni. sampai malamlah. Balik hostel pun lewat. Tido dan esoknya last day jalan-jalan Seoul sebab lusa nak balik ke Busan dah. Ceh ayat macamlah Busan tu kampung dia....

ok bai. 




Reactions:

0 comments:

Post a Comment

back to top